MAB 2: NICE TO KISS YOU*

Romance Completed 902469

“Perempuan gila mana yang cium kau?” tanya Zahrin tanpa basa-basi.

Zahran yang sedang memasang tali leher di depan cermin nyaris tercekik leher sendiri. Sah, rahsianya sudah bocor.

Dasar anak saudara tak ada akhlak! Makinya dalam hati.

Sia-sia saja rasuah dengan empat scoop ais krim. Alih-alih terbongkar juga rahsia.

“Macam mana kau didik anak-anak kau Rin?”

Eh? Zahrin mengernyit hairan. Apa kena mengena pula soalannya dengan cara dia mendidik anak?

“Kau patut kena ajar anak-anak kau menjaga amanah. Rahsia tu amanah tau. Nak-nak rahsia bapak saudara yang dicabul di tempat awam.”

Zahrin terbahak. “Siapa perempuan malang tu?”

Zahran berdecit. Dicampak tali lehernya yang masih belum berhasil dipakai ke muka Zahrin.

“Bukan dia yang malang, Aku yang malang. Sial hidup aku 40 hari. Tengok, pakai tie pun tak jadi-jadi.”

Zahrin mencapai tali leher yang dicampak Zahran lalu berdiri, membantu abangnya memasang tali leher.

“Tak, sebenarnya cuba kau cerita macam mana kau boleh tiba-tiba kena cium?”

“Aku tak tahu. It’s all of a sudden. Aku tengah tunggu Lily Lana depan toilet, tiba-tiba perempuan gila tu datang peluk aku, lepas tu tiba-tiba dia cium. Gila betul.”

Zahrin terkekeh. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana situasi Zahran ketika itu. Silap besar perempuan itu mencium Zahran.

“Tapi, nampak macam dia kena kejar dengan seseorang…Sebab sebelum dia datang, aku macam dengar bunyi tapak kaki orang berlari. Lepas tu ada dua lelaki serbu masuk tandas perempuan, macam cari orang. Aku rasa cari dia…”

“Lily kata perempuan tu cantik,” kata Zahrin. Dia sudah selesai memakaikan tali leher untuk Zahran.

“Cantik tapi murah. Macam barang kat pasar malam. Orang pegang, angkat, letak, at the end orang tak beli. Faham?”

Zahrin tidak menjawab, tetapi dia tidak menolak kebenaran kata-kata Zahran itu.

“Majlis Seelan malam ni kau pergi?” tanya Zahrin.

“Tak. Aku dah bagitahu Seelan, malam ni aku dengan ayah kena entertain client dari Qatar. Kau dengan Dina wakil aku,” jawab Zahran sambil menyarungkan blazer ke tubuhnya.

“Let’s go!” ujarnya setelah berpuas hati melihat penampilannya di depan cermin.

Hari ini Imperial akan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Yun Hua untuk pembinaan Imperial Hill YunHotel di Nilai. Perjanjian itu membolehkan pembinaan Imperial Hill iaitu pembinaan hotel dengan 210 bilik danYunHill Premier pula iaitu pembinaan sebanyak 1,076 unit apartmen di YunHill Nilai.

MAJLIS menandatangani perjanjian itu diadakan di Imperial Hotel, Nilai. Kilat lampu kamera menghujani meja tempat Zahran selaku CEO Imperial dan Datuk Eric CEO Yun Hua ketika kedua-dua mereka menurunkan tanda tangan.

Arianna yang duduk di barisan kerusi paling hadapan, setentang dengan meja itu, seperti kehilangan jantung ketika melihat Zahran. Ingin dia berlari keluar, tetapi dia tidak mahu membuat kecoh di majlis penting ini. Daripada tidak mahu dilihat Zahran, alih-alih nanti dia menjadi pusat perhatian pula.

Sembunyi-sembunyi dia mengeluarkan telefon dari tasnya, lalu mengambil gambar Zahran dan menghantarnya kepada Amber.

-Amber, lelaki hari tu rupanya CEO Imperial. Habislah aku!-

Hantar!

Tidak lama dia menunggu sehingga dia melihat Amber menaip balasan.

-And now Yun Hua is signing an agreement with Imperial?-

-Yes!-

-R.I.P. In loving memories, Arianna Chan Xiao Ling.- Bersama mesej itu, Amber menghantar gif Coffin Dance.

Arianna ketap bibir. Amber memang benar-benar PA tidak boleh diharap. Sepatutnya fikirkanlah jalan penyelesaian, ini menambah lagi rasa kesalnya. Disimpan semula telefon itu dengan hati yang mendongkol geram.

Di depan sana, Zahran dan daddynya sedang berjabat tangan sebelum bertukar dokumen perjanjian disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Arianna gelisah menunggu majlis selesai supaya dia boleh senyap-senyap keluar dari tempat ini. Dia tahu Yun Hua mengadakan kerjasama dengan Imperial namun dia tidak pernah menghadiri pertemuan dengan Imperial sebelum ini kerana sibuk dengan modelling. Cuma beberapa bulan kebelakangan ini baru dia cuba berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kerana malas lagi mendengar omelan keluarganya yang mahu dia berhenti menjadi model.

“Arianna!”

Arianna baru sahaja bangun dari kerusi untuk keluar dari dewan itu apabila tiba-tiba namanya dipanggil. Suara daddy! Tidak mungkin dia berlari keluar seperti ketika dia melihat kelibat Qaiser beberapa hari lalu. Silap-silap hari ini suami siapa pula diciumnya.

Arianna menoleh dengan senyum paling manis dia ukirkan. Zahran ketika itu sedang berbual dengan datuknya yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yun Hua.

“Zahran…”

Lemah longlai lutut Arianna ketika mendengar daddynya menyebut nama Zahran. Ingin dia bertukar menjadi cecair lalu meresap ke dalam permaidani di bawah kakinya. Namun dia tahu itu mustahil. Yang tidak mustahil, dia hanya mampu berdoa supaya Zahran tidak mengecamnya. Hanya sekejap saja pertemuan mereka, bukan? Tidak mungkin Zahran dapat mengingat wajahnya.

Zahran menoleh dan saat dia melihat Arianna, wajahnya berubah. Sangat ketara perubahan itu dan Arianna dapat melihatnya.

Ah, hanncur berkecai harapan Arianna. Riak wajah Zahran itu menunjukkan lelaki itu mengingatnya.

“Meet my daughter, Arianna. Ari, this is Zahran Ashfan, CEO Imperial.”

Arianna menghulurkan tangannya ke arah Zahran. Cuba berlagak biasa seolah tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka.

“Hai, nice to kiss you…I…I mean…Nice to meet you,” ujarnya gugup. Mana tidak, tatapan mata Zahran itu benar-benar membuatnya kecut perut.

Zahran menyambut huluran tangan Arianna. Senyum professional dia paparkan supaya tidak ketara amukan dalam hatinya di depan Datuk Eric.

“Nice to meet you too.”

“Arianna is Yun Hua’s Director of Regional Operations.”

“I see.” Zahran mengangguk-angguk.

Arianna tersenyum canggung. Cara Zahran menyebut ‘I see’ itu seperti mengandungi sesuatu.

Pertemuan kekok itu berakhir apabila Datuk Eric mengajak Zahran dan Arianna ke ruang pameran yang menempatkan replika Imperial Hill YunHotel.

“The construction of Imperial Hill YunHotel is the construction of a hotel with 210 rooms and YunHill Premier is the construction of 1,076 units of apartments,” ujar Zahran, memberi penerangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang melihat replika pembinaan tersebut di ruang pameran.

“The hotel is complete with Rooftop Sky Lounge and Sky Walk and is expected to be completed in two years, while YunHill Premier, currently under construction, is expected to be completed by the end of this year,” katanya lagi.

Arianna hanya memerhati. Pesona Zahran memang mengagumkan. Dengan wajah kacaknya, kefasihan bicaranya, serta auranya yang angkuh dan sombong itu benar-benar menjadi magnet yang mampu menarik semua unsur alam ke arahnya.

“The GDV for this project is 350 million ringgit.” Zahran menjawab soalan salah seorang wartawan yang bertanya.

“That’s quite a big amount.”

“Yes, but this new network of projects will enable continuous development and at the same time create various benefits to investors in meeting the needs of the people in this district including tourists.”

ARIANNA menghembus nafas lega sebaik sahaja majlis itu selesai sejam kemudian. Datuk Eric dan TS Albert berjabat tangan dengan Zahran dan TS Zahari sebelum mereka berpecah menuju ke kereta masing-masing yang sudah berbaris menunggu di luar lobi hotel. Rombongan Imperial masuk ke kereta terlebih dahulu. Selepas barisan lima buah kereta hitam itu berlalu meninggalkan hotel, barulah rombongan Yun Hua masuk ke kereta masing-masing.

Fuh! Tidak dapat Arianna gambaran kelegaannya. Ya, lega untuk seketika. Sekarang Yun Hua sudah bekerjasama dengan Imperial. Mahu tidak mahu dia akan kerap bertemu Zahran selepas ini. Ah, benar-benar bala.

Ketika otaknya masih serabut memikirkan tindakan bodohnya mencium CEO Imperial tempoh hari, telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk. Telefon yang sudah berada di tangan, digeser skrinnya. Sedikit mengeluh dia apabila melihat nama Aaron.

-I’ll pick you up at eight tonight.-

Ah, baru dia teringat malam ini dia perlu menemani Aaron ke parti sempena pertunangan sepupunya.

Hah…Keluhan dia lepaskan. Aaron pun masalah juga baginya. Hendak ditolak tidak sampai hati. Hendak diterima dia pula yang makan hati nanti. Tidak ada keikhlasan dalam hubungannya dengan Aaron. Dia lakukannya demi keluarga.

Keluarganya yang mahu dia menjalinkan hubungan dengan Aaron. Setelah apa yang berlaku lima tahun lalu, dia tidak berani lagi mengingkari.

Mengenangkan itu, lambat-lambat Arianna menaip okey, membalas mesej Aaron. Dicampak telefonnya ke tepi , bersandar ke tempat duduk lalu memejamkan mata, mengusir gusar yang bersarang di hati.

SEPERTI yang dijanjikan, tepat pukul lapan malam, kereta Aaron sudah terparkir di halaman kediaman Tan Sri Albert.

Aaron membukakan pintu kereta sebaik melihat gadisnya itu muncul dari pintu utama. Anggun. Dress hijau off shoulder, labuh dan berbelah sehingga ke paha itu membalut tubuh Arianna dengan sempurna. Rambut panjangnya pula dibiarkan lepas, memberi merit tambahan kepada wajah ayunya.

“Dah lama tunggu?” tanya Arianna sebelum meloloskan tubuhnya ke tempat duduk penumpang.

“Tak jugak. Baru beberapa minit ,” jawab Aaron. Pintu kereta ditutup sebelum dia ke bahagian pemandu.

Menurunkan brek tangan, dia memandu keretanya keluar dari perkarangan Villa. Hening menyelubungi sepanjang perjalanan. Arianna membuang pandang ke luar tingkap manakala Aaron fokus memandu. Sesekali Aaron melirik gadis di sebelahnya itu.

“What’s bothering you?” tanya Aaron.

Arianna toleh, sebelum tatapannya beralih ke depan.

“Nothing.”

“Kenapa you nampak macam tak ada mood?”

“I’m sorry. I cuma penat. Tadi ada signing ceremony dekat Nilai, then I balik office buat kerja sikit, pukul tujuh lebih baru sampai rumah.” Arianna beralasan. Rasa bersalah juga kerana menunjukkan wajah muramnya di depan Aaron.

“I see. Kalau macam tu, lepas majlis nanti I terus hantar you balik.”

Arianna angguk. “I’m sorry.”

“No..No..It’s okay. I yang patut minta maaf. Sepatutnya I tanya dulu sebelum ajak you.”

Suara dan nada Aaron yang penuh perhatian dan pengertian itu lagi-lagi membuat Arianna diterpa rasa bersalah. Dia bukan penat. Dia cuma tidak ada mood.

AARON menggenggam tangan Arianna membawanya masuk ke ruang atas bumbung hotel. Tetamu sudah ramai dan dari jauh mereka dapat melihat Evangeline, sepupu Aaron melambai-lambai ke arah mereka. Aaron mempercepatkan langkah sambil menarik tangan Arianna. Namun semakin dekat, langkah Arianna semakin berat. Mana tidak, dia melihat sosok lelaki yang paling tidak ingin ditemuinya sedang berbual dengan Sealan, tunang Evangeline.

Zahran! Lelaki itu ada di sana. Tuhan, mengapa hidupnya begitu malang akhir-akhir ini? Kenapa dia tidak mencium tiang saja tempoh hari?

Arianna ligat berfikir cara untuk melarikan diri, namun semuanya terlambat apabila lelaki itu menoleh selepas Evangeline memanggilnya dengan nada teruja. Namun, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan. Ya, dia tersenyum tetapi senyuman biasa, seolah-olah tersenyum kerana cuba bersikap ramah pada orang yang kita tidak kenal. Begitulah kira-kiranya.

“Eve, Sealan congrats. Happy for both of you,” kata Aaron.

“Thanks,” jawab Sealan.

“Hei, long time no see…Lama tak hang out sama-sama.”

Arianna teguk air liur berkali-kali ketika Aaron menyapa lelaki yang diciumnya tempoh hari.

“Yeah…sibuk sikit kebelakangan ni. Bila balik dari Macau?” tanya lelaki itu.

“Baru pagi tadi.”

Arianna sedikit menyelit di belakang Aaron walaupun dia tahu itu tidak akan berhasil menyembunyikan dirinya. Tetapi kenapa lelaki itu memandangnya seperti tidak mengenalinya? Maksudnya tidak ada tatapan seperti yang ditunjukkan oleh lelaki itu siang tadi.

Kedatangan seorang wanita anggun dengan wajah angkuh khas isteri orang-orang kaya membantutkan percakapan antara Aaron dan lelaki itu.

“Ash, I nak pergi toilet sekejap.”

Lelaki itu mengangguk.

Arianna merapatkan kelopak matanya.

Aduh, itu isterinya. Cantik betul.

Arianna mula berkira-kira dalam hati. Perlukah dia meminta maaf kepada isteri lelaki itu dan memberitahunya bahawa dia tidak sengaja? Bukan. Tepatnya dia sengaja, tetapi dia melakukannya kerana dia terpaksa. Terpaksa? Ya benarlah Arianna. Macam tidak ada cara lain nak mengelak daripada dikejar.

Arianna hampir saja membuka mulut mahu memberitahu Aaron, dia mahu ke tandas sebelum akal warasnya menegah.

‘Jangan Arianna. Jangan jadi punca keruntuhan rumah tangga orang. Elok-elok isterinya tidak tahu, terus jadi tahu.’

Keluhan berat Arianna lepaskan. Beban rasa bersalah itu terasa menghimpit dadanya. Bibir suami orang menjadi mangsa perangai sewelnya.

Aaron sudah menarik tangan Arianna ke arah kelompok lain pula ketika dia masih hanyut dengan lamunannya. Sudahnya, sehingga majlis selesai dan Aaron menghantarnya pulang, fikiran Arianna hanyut dalam rasa bersalah. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah isteri Zahran. Wanita itu seringkali tersenyum setiap kali bercakap dengan suaminya. Pasangan itu kelihatan serasi dan bahagia sekali. Ampuni Arianna Tuhan, kerana telah mencuri ciuman daripada suami orang.

ARIANNA berbaring di katil dengan mata terkedip-kedip menatap siling. Kedua-dua tangannya didepangkan. Sukar sekali mengusir bayangan Zahran dari kotak fikirannya. Disentuh bibirnya yang telah lancang mencium suami orang. Tidak pernah dia berasa sebersalah ini sepanjang hayatnya. Dia cuba meletakkan dirinya di tempat isteri Zahran. Tentu dia marah, geram, dan sakit hati.

Ah, tak boleh jadi! Dia perlukan sesuatu untuk menenangkan otaknya.

Arianna bangkit lalu mencapai telefonnya. Dibuka aplikasi Grab lalu menempah sebuah kereta. Dia tidak boleh memandu dan tidak mungkin dia menggunakan khidmat pemandu untuk ke tempat itu.

“Nak pergi mana, miss?” tanya pengawal keselamatan ketika melihat Arianna keluar dan sebuah kereta sudah menunggunya.

“Rumah kawan.”

“Siapa?”

Arianna memutar bola matanya. Dia faham lelaki itu menjalankan tugas. Dia juga faham, jika dia hilang tanpa jejak, pengawal itu yang akan menerima akibatnya. Tetapi malam ini dia benar-benar mahu mengosongkan otaknya.

“Amber.”

Lelaki itu nampak berpuas hati apabila mendengar nama Amber lantas menekan suis, membuka pintu pagar untuk Arianna.

Arianna mendengus sebal. Nak keluar dari rumah sendiri pun susah. Macam terkurung dalam penjara!

Di dalam kereta, Arianna menghantar mesej kepada Amber, memberitahu dia akan keluar dan dia mahu Amber menjadi alibinya jika ditanya oleh datuk dan daddy. Selepas menghantar mesej kepada Amber, dia menutup telefon. Malas menerima panggilan atau mesej Amber yang tentu akan memakinya berbakul-bakul.

SELESAI makan malam dengan client dari Qatar, Zahran tidak pulang ke Villa Seroja sebaliknya dia terus ke kondo yang lebih dekat dengan hotel tempat pertemuan tadi. Terlalu letih dan mengantuk untuk memandu jauh.

Ketika kakinya baru saja melangkah masuk ke lif untuk ke tingkat 20, tubuhnya tiba-tiba diterpa seseorang sehingga terdorong ke belakang. Seorang wanita! Ya, berdasarkan baju yang membalut tubuhnya.

"Hoi, apa ni!” Tubuh wanita dengan bau alkohol yang kuat itu ditolak sehingga jatuh terjelepuk ke lantai.

“Nak mabuk, kat rumahlah! Jangan nak menyusahkan orang,” gerutunya.

Zahran tidak mahu peduli, namun melihat wanita itu tidak bergerak, dia jadi serba salah pula. Sikap kemanusiaannya masih menebal walaupun dia cukup benci dengan orang mabuk, terutamanya wanita.

Dia berjongkok, lalu menepuk-nepuk bahu wanita itu.

“Miss…”

Tiada reaksi.

“Miss…” Zahran menyelak rambut yang menutupi wajah wanita itu yang beberapa detik kemudian membuat matanya membuntang sempurna.

“Arianna Chan…” gumamnya. Sudah tentu dia tidak lupa nama itu kerana baru siang tadi mereka bertemu.

Seringai jahat terbit di wajahnya. “Panjang jodoh kita.”

ZAHRAN membawa Arianna ke kondonya. Gadis itu dibaringkan di katil. Kemudian dia duduk di birai katil memerhatikan wajah Arianna yang putih kemerahan itu. Mencungap juga dia mengangkat tubuh Arianna dari lif tadi.

“Nampak macam keding, tapi berat nak mampus. Berat dosa!” gerutunya.

Dineutralkan dulu nafasnya yang mencungap-cungap sebelum kembali mengalihkan fokusnya kepada Arianna.

“Hai Datuk Eric…Datuk Eric…Aku tak sangka kau ada anak perempuan yang cantik macam ni. Tapi sayang…Gila. Dahlah anak tak ramai. Dapat sorang, mental pulak,” gumam Zahran sambil membelai wajah Arianna dengan jemarinya. Kemudian, matanya tertancap pada dada Arianna yang terdedah. Gadis itu hanya mengenakan dress off shoulder yang berbelah hingga ke peha. Lelaki mana yang tidak terusik melihat perempuan cantik terbaring di katil dengan pakaian sebegitu.

Namun, Zahran tidak berniat hendak mengapa-apakan Arianna. Dia cuma mahu memberi sedikit pengajaran kepada Arianna kerana telah lancang menciumnya tempoh hari. Ah, bukan pengajaran. Balas dendam tepatnya.

Zahran berbaring di sisi Arianna. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh Arianna. Kemudian, dia mengambil tangan Arianna dan diletakkan di dadanya sebelum mengambil gambar dia dan Arianna dalam possi yang boleh mengundang curiga sesiapa sahaja yang melihat. Namun dia memastikan hanya wajah Arianna saja yang kelihatan.

"Rasakan! Silap besarlah kau cari gaduh dengan aku. Tak ada perempuan berani cium Zahran kecuali Lily." Zahran menggumam sendirian sambil tersenyum puas melihat semula gambar yang diambilnya tadi.

“Perfect,” ujarnya.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Duit! Ya, duit yang diberikan Arianna selepas menciumnya. Bangkit dari baringnya, Zahran menyeluk saku belakang mengeluarkan dompet. Duit yang diberikan Arianna itu masih disimpannya. Ditarik keluar duit itu lalu diselitkan di celah belahan dada Arianna. Kemudian dia berbaring mengiring di sebelah Arianna, menopang kepala dengan satu tangan dan mengambil gambar mereka berdua. Namun dia tetap memastikan hanya wajah Arianna saja yang kelihatan di dalam foto yang diambilnya. Ah, dia bukan lelaki mulia. Setiap lelaki pasti ada sisi jahatnya. Tidak terkecuali dia.

Tiba-tiba Arianna berkalih dan memeluk Zahran dengan mata yang masih terpejam. Tangannya memeluk pinggang Zahran dan kakinya disilangkan ke peha Zahran. Zahran mahu menolak tubuh Arianna namun tiba-tiba terlintas idea lain pula di kepalanya.

“Tunggulah bila kau tengok gambar ni nanti.”

Sekali lagi Zahran mengambil gambar mereka berdua. Setelah selesai, kaki dan tangan Arianna dialihkan dari tubuhnya sebelum dia bangkit dari tempat tidur.

Berdua dengan Arianna di katil yang sama benar-benar mencabar imannya yang mungkin sudah tinggal senipis kulit bawang. Ataupun mungkin lebih nipis lagi. Apatah lagi dengan pakaian Arianna yang seperti mengundang tetamu untuk bertandang.

“Yang kau pakai seksi-seksi, dedah sana sini ni nak tunjuk kat siapa? Kalau banyak isi tak apalah jugak. Ini macam lembu keding sebab makan rumput kering.”

“Baju elok dah labuh. Dada pulak bukak, lepas tu belah lagi sampai ke peha? Ni memang mintak dirogol ke apa? Nasib baik jumpa dengan aku. Kalau jumpa dengan orang lain? Masak kau jadi lauk.”

“Aku pun bukan baik sangat.” Zahran beristighfar sambil urut dada.

Dicapai telefon di atas meja lalu menghubungi nombor Zahrin. Dia masih belum puas membalas dendam pada Arianna.

ZAHRIN baru sampai ke rumah selepas pulang dari parti Sealan dan Evangeline. Dia terus menuju ke bilik sementara Irdina menjenguk anak-anak mereka yang mungkin sudah tidur.

Baru satu langkah masuk ke bilik, telefonnya menjerit minta dijawab. Diraba telefon di dalam saku seluar sebelum melihat nama pemanggil yang berkelip pada skrin. Berkerut dahinya melihat nama Zahran.

Melangkah ke walk-in closet untuk mengambil tuala, dia menggeser skrin menjawab panggilan itu.

“Ada apa call aku malam-malam?” Tanpa salam, tanpa mukaddimah, terus disergah Zahran dengan pertanyaan itu.

“Amboi, bukan malam Jumaat pun. Yang nak marah-marah kenapa?” balas Zahran.

“Setiap malam tu malam Jumaat, bro. Kau belum kahwin, apa tahu?” Zahrin tarik satu tuala dari almari, sebelum memusingkan tubuhnya untuk kembali ke bilik

Terlonjak kaget dia apabila melihat Irdina sudah berdiri di belakangnya dengan senyum manis.

Tanpa disuruh, tangan Irdina terhulur membuka butang bajunya satu persatu. Ah, itu memang kegiatan yang digemari Irdina sejak dulu.

“Rin, cuba tanya Dina dia ada benang dengan jarum tak?” Suara Zahran di hujung sana membuat Zahrin kembali ke alam nyata setelah sejenak terleka dengan jemari Irdina yang bermain di dadanya.

“Benang dengan jarum? Nak buat apa?”

“Nak santau orang. Eh, nak menjahitlah. Tanya pulak.”

“Yalah, nak jahit apa? Kenapa tak hantar tailor je? Kalau nak jahit butang, bagi je Mak Jan,”

“Eh, banyak cekadaklah kau ni. Cepatlah tanya Dina. Kalau ada, tolong hantar ke kondo aku segera. ASAP. Emergency ni. Antara hidup dengan mati.”

Lagi-lagi dahi Zahrin dibuat berkerut dengan kata-kata Zahran. Usapan Irdina pada bahu dan dadanya sudah tidak lagi dirasakan.

“Kau ni kenapa sebenarnya? Apa yang antara hidup dengan mati? Dada kau koyak? Jantung dah nak terkeluar?”

Mendengar kata-kata Zahrin, Irdina menarik tangan kanan suaminya yang sedang memegang telefon lalu dibawa ke telinganya.

“Zahran…Jantung tu jantung Dini. Jaga baik-baik,” katanya sebelum mengembalikan telefon itu ke telinga Zahrin.

“Hah tu Dina ada. Cepat tanya ada jarum dengan benang tak?”

Malas bertekak, Zahrin menurut sahaja kemahuan abangnya itu.

“Dina, you ada benang dengan jarum?” tanyanya tanpa mengalihkan telefon dari telinga.

Dina hanya mengangguk.

“Dia kata ada.”

“Cepat bawak sini. Aku tunggu. Bawak jarum yang saiz paling besar.”

Tut! Zahran memutuskan panggilan tanpa menunggu jawapan daripada Zahrin.

Zahrin memandang skrin telefonnya dengan wajah sebal.

“Kenapa Zahran nak benang dengan jarum?” tanya Irdina.

“Entah.” Zahrin membutangkan semula kemejanya. “Mana benang dengan jarum? I kena pergi hantar kat dia sekarang. Tak tahulah apa yang emergency sangat. Jarum tu dia kata nak saiz paling besar.”

Irdina berdecit kecewa. Baru ingat mahu bermesra-mesra ketika anak-anak sudah tidur. Ah, Zahran pula mengganggu.

“Kacau daun betul! Suruhlah dia kahwin cepat-cepat!” rungutnya lalu dengan sedikit membentak dia menuju ke almari
tempat dia menyimpan barang-barang jahitan.

Zahrin tertawa. Dipeluk erat tubuh Irdina dari belakang lalu menghadiahkan kucupan pada puncak kepalanya.

“I’ll be back soon,” ujarnya sambil menyambut bekas jarum dan benang yang dihulurkan Irdina.

“Tak payah balik! Pergilah tidur dengan abang you yang tak cukup belaian tu!”

SETENGAH jam kemudian Zahrin sampai ke kondo Zahran. Dia juga ada satu unit condo di sini membolehkan dia mengakses masuk ke dalam bangunan itu.

Zahran buka sedikit sahaja pintu, cukup untuk menjulurkan tangannya saja, mengambil benang dan jarum dari tangan Zahrin.

Panjang leher Zahrin cuba menjenguk ke dalam, curiga dengan tindak tanduk Zahran. Kelakuan abangnya itu seperti dia menyembunyikan sesuatu di dalam kondonya.

“Kau nak jahit apa? Apa yang koyak?” tanya Zahrin.

“Yang dijahit tak semestinya yang terkoyak.”

Zahrin mengernyit tidak faham.

“Kalau tak faham jangan fikir. Thanks sebab sanggup meredah malam yang sunyi hantar benang dan jarum ni kat aku. Jasamu dikenang bro.”

“Benang dengan jarum tu harganya seminggu nafkah batin aku tau.”

Zahran terkekeh. “Alah, macam tak biasa pujuk bini. Dah, good luck! Kalau kena tidur luar, jangan datang sini. cari hotel!” Zahran tutup pintu sambil berdekah ketawa.

Tentu Zahrin sedang memakinya sekarang. Ah, dia peduli apa!

ZAHRAN kembali ke bilik. Bersila di hujung katil, dia menarik kedua-dua kaki Arianna dan dirapatkan supaya berada dalam keadaan lurus. Kemudian, dress Arianna yang terbelah dan sudah terselak sehingga menampakkan paha itu ditarik sehingga lurus.

Setelahnya, dia mengambil jarum dan benang dari dalam kotak. Lengkap dengan gunting kecil juga di dalamnya.

"Untung dapat bini designer. Complete alat menjahit."

Zahran memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Setelah berhasil, dia menyimpul hujung benang.

Kemudian, dia merapatkan belahan dress Arianna lalu menjahitnya. Bermula dari atas sehingga ke bawah.

"Semua aset-aset kau yang kempis ni, tunjuk dekat suami je. Jangan nak tayang kat semua orang. Nanti suami kau dapat sisa je. Kesian."

“Esok kau bangun, melompatlah kau macam pocong."

Share this novel

awer
2022-06-20 19:19:41 

haha...sis suka...


NovelPlus Premium

The best ads free experience