Rate

BAB 4

Romance Series 9883

"Hai awak",ucap ika dengan ramahnya.Entah dari mana datangnya peramahnya kembali.Iman yang menatap hpnya menoleh ika yang comel itu.Iman hanya mendiamkan diri.Inilah sifat semulajadi iman,pemalu,pendiam dan jarang ketawa dan tersenyum.Tapi dalam riak mukanya boleh membuatkan orang terpaku,dengan kecomelannya.Iman berumur 3 tahun lebih tua daripada adiknya dan ika.Mereka berumur 19 tahun.Lalu iman menatap hpnya kembali." Awak cakaplah sesuatu..Saya kawan abang awaklah.,Abang awak si Aiman tu.",ujar ika lalu duduk disebelah Iman.Iman terkejut besar.'Abang?'Lalu iman tersenyum kecil.Lucu juga budak sorang ni,Aiman tu adiknya.Bukan abangnya.Tapi iman membiarkan sahaja ika bercerita."Awak mesti masih sekolah menengahkan?Kalau comel semacam awak ni mestilah masih sekolah menengahkan??"ujar ika lagi dengan gaya comelnya itu.Iman hanya berdiam diri dan tersenyum kecil,kelakar dengan ika,dari sikap ika hinggalah gayanya."Awak,apa yang seronok sangat dengan hp awak tu.Sampai awak tersenyum kecil tu.Meh saya tengok.",ucap ika lalu mengambil hp Iman daripada tangan iman.Iman hanya membiarkan.Tak pernah dalam sejarah hidupnya dia diperlakukan seperti itu,tapi dari riak mukanya yang dari tadi berdiam diri,terlukis sebuah senyuman dan membuat hatinya gembira."(Menatap hp iman)Ya Allah,main games rupanya..",kata ika sambil menggeleng-geleng kepalanya dengan sikap iman.Iman yang melihat gelagat ika diam-diam tersenyum kecil."Dah,jangan main games ni lagi,utamakan pelajaran awak..",ujar ika dengan gaya seorang ibu berkata kepada anaknya.Hp iman dikembalikan oleh ika.Iman hanya tersengih lalu mengangguk.Entah kenapa kepalanya,automatik mengangguk.Ika terus tersenyum."Pandai...",ucap ika lalu mengusap kepala iman.Apa tidaknya terlebih comel.Iman tersengih malu.Malu sebab diperlakukan oleh seorang perempuan yang tidak dia kenali,tetapi sikapnya macam seorang perempuan yang dah lama hadir dalam hidupnya."Kenapa pipi awak ni memerah,,,malu yea?",usik ika sambil tersenyum lebar.Iman cepat-cepat menutup pipinya.Manakala ika ketawa besar.Iman apa lagi macam udang rebus dah muka dia,dan ika tak habis-habis gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience