BAB 4

Romance Completed 22490

Seusai mandi,Syafira duduk di pintu halaman belakang.Syafira teringat saat hari bahagianya bersama Zulhuzairi."Aku terima nikahnya Syafira sakinah binti ismail dengan mas kahwinnya rm500 ringgit tunai",saat Zulhuzairi melafazkn ayat tersebut dia yakin bahawa Zulhuzairi dapat membahagiakan dia.Dia juga sedar yang dia sudahpun sah menjadi isteri seorang CEO SYARIKAT BERSATU.Saat acara menyarung cincin disaksikan kedua-dua orang tua mereka.Dengan spontan Zulhuzairi mencium dahi Syafira.Syafira ibarat terkena renjatan elektrik dan matanya tidak berkelip-kelip memandang muka suaminya yang kacak seperti Aiman hakim.Jangan mimpi aku akan layan kau sebagai seorang isteri,semua ni cuma lakonan semata-mata sebab nak jaga hati orang tua aku,kau faham!bisik Zulhuzairi lalu mematikan suasana romantik itu.Hampanya hati,keluh hati Syafira.Sesudah selesai sesi bersalaman dan bergambar bersama Zulhuzairi,Syafira terus masuk ke dalam biliknya kerana penat melayan tetamu.Huh!lega rasa.Terus syafira mendaratkan badanya di atas katilnya.Saat matanya ingin terlelap,pintu biliknya dibuka oleh seseorang.Syafira terus membuka matanya."Mamat ni,aku ingatkan siapalah tadi?".Syafira terus menyambung menutup matanya.Kemas barang kau,hari ni juga kita balik,kata Zulhuzairi.Abang xada cuti panjang ke?tanya Syafira lagi sambil membuat muka comelnya.Aku xada masa nak jawab soalan budak kampung macam kau ni,pergi siap cepat,kata Zulhuzairi lagi.Tapi kalau mak ayah tanya Syafira nak jawab apa?tanya Syafira lagi.Kau ni lembaplah,pandai-pandai kaulah nak cakap apa dekat mak bapak kau bukannya mak bapak aku pun,faham!Zulhuzairi mencengkam kedua-dua pipi Syafira.Syafira hanya menganggukkan kepalanya.Mak ayah,Syafira dengan abang kena balik hari ni juga sebab esok abang ada meeting penting jadi abang xdapat nak tolak tawaran tu,bohong Syafira."Pandai juga kau tipu mak bapak kau,dasar plastik",desis hati Zulhuzairi.Ye ke?xapalah mak dan ayah faham,Zul cari duit untuk keluargakan.Pergi jelah tapi bawa kereta tu elok-elok,kata Mak sal.Mak jangan risau ye kalau ada masa Zul akan bawa Syafira balik jumpa mak ayah,kata Zulhuzairi dan menyalami kedua-dua orang tua itu.Bro,jaga adik kitaorang elok-elok.Perangai dia memang macam budak-budak tapi kalau dia marah ke merajuk dia akan diam je,kalau dia banyak cakap tu maksudnya angin dia bagus,kata abangnya iaitu abang Fadhil.Kalau Syafira sakit dia memang manja sikit.manja mengada-ngada gitu,kata abang Fadhlan.Kedua-dua kembar tersebut terus ketawa bersama.No hal bro,alah perempuan ayat sikit dah cair,kata Zulhuzairi dan turut ketawa bersama abang iparnya.Setelah selesai sesi bersalaman Zulhuzairi terus masuk ke dalam kereta.Mak ayah,Syafira balik dulu.Mak jaga ayah elok-elok.Ayah jaga mak elok-elok.Kalau mak ayah sakit makan ubat ok?Syafira xdapat nak jaga mak ayah sebab Syafira jauh dari mak ayah,kata Syafira dan memeluk kedua-dua ibu bapanya itu.Cepat-cepat dikesatnya air matanya itu.Sudah-sudahlah tu nak.Mak dan ayah bukannya pergi mana-mana ada dekat kampung ni,kalau Syafira rindu bawa Zul balik kampung sekali mesti dia xkisah.Syafira ingat satu pesanan ayah,Syafira kena dengar cakap suami Syafira dan jangan melawan cakap suami sebab ayah xpernah ajar pun anak ayah jadi anak yang kurang ajar.Kalau nak pergi mana-mana mesti bagitahu suami dulu,ok?kata Pak mail.Syafira hanya mampu menanggukkan kepalanya.Syafira kena ingat apa yang ayah pesankan jangan jadi isteri derhaka kalau nak rumah tangga bahagia,tengok macam mak jaga ayah elok je,usik Mak Sal.Dah pergi lagi,nanti suami kamu tunggu lama dalam kereta tu,kata Mak Sal.Dia merasa sebak apabila anak kesayangannya pergi jauh dari dia.Baiklah,jawab Syafira.Abang berdua jaga mak ayah elok-elok,okay?,kata Syafira dan menyalami kedua-dua abang kembarnya itu.Adik,ini kitakan abang of courselah abang-abang adik ni akan jaga mak ayah dengan baik-baik,betul x fadhil?tanya Fadhlan.Betul tu adik,masa adik sakit siapa yang jaga?abang-abang adik juga yang jaga,betul x along?balas fadhil lagi.Yang itu abang setuju,meh sini bagi abang pelukan terakhir,Fadhlan mendepakan tangannya.Dah besar pun nak main peluk-peluk,xnaklah adik,Syafira menjelirkan lidahnya kearah Fadhlan.Ish adik ni nak kena ni.Fadhil tahan adik,kata Fadhlan.Serta merta Fadhil menahan Syafira dan Fadhlan terus memeluk Syafira dengan erat.Fadhil turut sama memeluk Syafira akhirnya ketawa mereka bertiga meletus.Zulhuzairi yang memerhati gelagat mereka bertiga membuat muka menyampah.Xapa,aku bagi kau bahagia dulu nanti lepas sampai rumah aku,kau akan merasa masuk neraka,selamat datang ke neraka aku,ketawa Zulhuzairi dan menekan butang Start dikeretanya apabila Syafira ingin memasuki kereta audi nya.Setibanya di rumah Zulhuzairi.Hoi! bangun,kita dah sampai ni,kata Zulhuzairi dengan kasar.Syafira mengosok-gosok matanya dan keluar dari kereta tersebut.Hey kau nak pergi mana?bawa barang kau sendiri aku xkuasa nak angkat beg kau ni,kata Zulhuzairi dan membaling beg Syafira mengena kaki Syafira.Syafira hanya mendiamkan diri dan masuk ke dalam rumah tersebut.Syafira membontoti langkah Zulhuzairi.Apabila Zulhuzairi naik ke atas dia turut mengikut langkah Zulhuzairi.Kau nak pergi mana ni?Zulhuzairi melihat Syafira dengan kening sebelahnya terangkat ke atas.Naik ke bilik kitalah,kata Syafira dengan spontan.For your information Cik kampung,itu cuma bilik aku seorang saja,ada faham?so kalau kau nak bilik kau dekat hujung sekali yang itu khas untuk orang kampung macam kau ni,kata Zulhuzairi lagi.Tapi kita kan dah kahwin dan tempat seorang isteri di sisi suami,kata Syafira.Kita cuma kahwin atas kertas je bukan atas dasar cinta so kalau aku rasa aku nak lepaskan kau,aku akan lepaskan,don't worry.Dan apa kau kata tadi tempat seorang isteri di sisi suami yang itu aku setuju kalau aku kahwin dengan perempuan yang aku cinta tapi untuk kau layak di sisi sampah je,ketawa Zulhuzairi dan menolak-nolak kepala Syafira.Sebelum kau nak ke sana bagi dulu cincin mahal tu sebab perempuan kampung macam kau xlayak pakai benda mahal kau cuma layak pakai benda murah je yang sama nilai harga diri kau tu,kata Zulhuzairi dengan bongkah.Syafira terus mengeluarkan cincin tersebut dari tangannya dan di berikan kepada Zulhuzairi.Sesudah Syafira memulangkan cincin tersebut Zulhuzairi terus naik ke atas biliknya tanpa menghiraukan Syafira.Huh!sampai hati,keluh hati Syafira dan melangkah dengan lemah menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience