Pada hari ini,Mawar telah berpantang selama 50 hari,dia dijaga dengan rapi oleh ibu mertuanya Datin Maria.Mawar diberi makanan yang hangat dan agak pedas supaya dapat membakar lemak-lemak badannya ketika mengandung.Dia diberi ubat jamu untuk menjaga kesihatannya dengan baik.Mawsr rasa dilayan seperti permaisuri di dalam rumah ini.Sebelum ini pun Mawar telah dimanjakan oleh Datin Maria dan Dato Muaz.Mawar sedang berehat di atas katil sambil menyusukan anak perempuannya itu."Mawar dan Izhar dah bagi nama ke belum ?".Soal Datin Maria teruja ingin tahu."Dah mummy,kami pilih nama Maria Arissa".Jawab Mawar memberi senyuman bermakna buat ibu mertuanya itu."Eh,ada nama mummylah..rasa dihargai pulak..hihihi..
okaylah Mawar nanti kalau nak apa-apa panggil je ye..mummy nak turun bawah dulu".Ujar Datin Maria lalu meninggalkan Mawar di dalam bilik itu.
Mawar yang masih menyusukan anaknya itu sudah rasa lenguh kerana terlalu lama mengendong anaknya.Tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan terjegul lah buah hatinya Izhar Hakim di muka pintu bilik mereka.
"Sayang nak juga".Jerit Izhar mahukan layanan seperti anaknya dapat daripada Mawar sekarang ini."Abang jangan nak buat hal eh ?".Amaran diberi kepada Izhar.Izhar memuncung kerana dia terpaksa menahan diri daripada bersetubuh dengan isterinya."Alaa,sayang ni..sekarang dah sombong eh dengan abang".Luah Izhar kecewa tetapi membuat Mawar tidak dapat menahan gelaknya."Haa,abang cakap sayang ketawa..tak respect betu lahh".Rajuk Izhar dengan isterinya.Izhar terus sahaja memuncung dan menjauhkan diri daripada Mawar,dia membawa semangkuk aiskrim naik ke bilik tidurnya.Dia memakan aiskrim itu tanpa melihat sepasang mata yang sudah mencerlung kedalam melihat dirinya memakan aiskrim"Abang...kan Mawar tengah berpantang ni ? jangan lah makan aiskrim tu depan Mawar".Luah Mawar yang kecur melihat suaminya makan aiskrim.Izhar mendapat satu idea untuk mendajjal isterinya.Dia bangun dari kedudukannya di hadapan tv lalu dia berjalan ke arah katil dan duduk di birai katil sambil menghadap Mawar dan memakan dengan riak wajah yang tidak dapat berkata-kata tentang keenakan aiskrim tersebut.Izhar tersenyum nakal.Mawar geram dengan perangai suaminya itu lalu sahaja dia memanggil ibu mertuanya Datin Maria."Mummy...".Panggil Mawar meleret setibanya Datin Maria di dalam bilik itu dan sepantas kilat juga tangan berkedut itu mengetuk kuat kepala Izhar kerana berbuat sedemikian dihadapan Mawar."Ye Mawar,nak apa-apa ke ?".Tanya Datin Maria dengan penug kasih."Nak minta mummy something boleh tak ?".Soal Mawar meminta izin."Mawar nak apa,tapi jangan minta bukan-bukan pula sebab Mawar dalam pantang".Ingat Datin Maria kepada menantu kesayangannya itu."Boleh tak,Izhar berpantang sekali dengan Mawar..jadi apa yang Mawar makan dia kena makan juga dan apa yang Mawar tak boleh makan dia pun tak boleh makan..boleh tak mummy ?".Soal Mawar selamba membuatkan Izhar ternganga dengan permintaan isterinya itu."Mummy tak kisah..okay je..dah lah mummy nak turun dulu".Sokong Datin Maria sebelum keluar dari bilik itu."Sayang,tak baik tau sayang buat abang macam ni".Luah Izhar tidak puas hati."Sapa suruh makan benda sedap-sedap depan Mawar".Soal Mawar selamba seperti orang tidak bersalah.Mawar gembira kerana dapat mengenakan suaminya itu.
Malam itu,Izhar sedang asyik bermain dengan anak perempuannya Maria disaksikan oleh Mawar yang agak cemburu dengan Maria.
"Sayang kenapa tengok abang macam tu ?".Soal Izhar yang perasan dengan pandangan Mawar yang cemberut itu."Takda apalah".Jawab Mawar acuh tak acuh dengan suaminya."Aik,lain je nada tu..sayang merajuk dengan abang ke ?".Soal Izhar yang amat mengenali kerenah isterinya."Sekarang kita dah ada baby,mesti abang lebihkan anak daripada Mawar kan ?".Luah Mawar dengan nada yang agak sedih.
"Lahh,abang kena berlaku adil pada sayang dengan anak kita ni..sayang tak boleh halang abang..itu tanggungjawab sayangku".Ucap Izhar dengan penuh kasih."Habis kalau lepasni Mawar nak manja-manja dengan abang macam mana ?".Soal Mawar seperti orang buntu kehilangan idea."Sayang..dalam hidup abang ada dua orang je iaitu sayang dengan anak kita".Jujur Izhar terhadap Mawar."Dah tak boleh lah manja-manja dengan kerap lagi lepasni".Ujar Mawar dengan nada sedih."Tak boleh lah sayang".Ucap Izhar selamba sambil bermain-main bersama anaknya."You're are still My Baby Girl".Ucap Izhar penuh romantis serta dihadiahkan kenyitan mata buat isteri tercinta.Auchh sweetlah korang ni !.
Share this novel