BAB 2

Horror & Thriller Completed 9227

HANTU BANZAI!

Saya ada kisah misteri yang pernah terjadi ketika saya menuntut di sekolah menengah di salah sebuah sekolah di sarawak. waktu itu saya berada ditingkatan 5. Setiap 2 minggu sekali semua pelajar asrama akan balik ke kmpung masing-masing.
saya dengan teman pengawas saya 5 orang tidak balik ke kampung pada hujung minggu waktu itu, ini kerana kami ingin mengulangkaji di sekolah sahaja kerana kami akan menduduki peperiksaan tahun akhir tingkatan 5.

Sedang kami mengulangi pelajaran di dlam bilik kami terdengar bunyi hentakan kasut di luar bilik kami. Saya dan rakan-rakan saya semua berdiam diri. Jadi saya tanya kawan saya yang lain, ada tak mereka dengar bunyi itu. Kawan saya pun berkata mereka juga ada terdengar bunyi yang pelik itu.

Waktu menunjukan pukul 1pg. Salah seorang kawan saya terus mengintai dari celah pintu bilik kami gunakkan untuk mengulangkaji pelajaran lalu dia terus memanggil kami untuk melihat sendiri apa yang dia ternampak. Alangkah terkejutnya bila kami semua ternampak hantu jepun bekawat di depan koridor asrama kami!!!

Kami pernah dengar cerita itu kc tetapi belum pernah melihat atau terserempak dengan mahluk hantu Jepun yang diceritakan. Setelah kami melihat kejadian malam tu kami semua tidak lagi berani untuk bermalam di asrama pada hujung minggu. Ini adalah kisah yang nyata kerana sekolah saya ini dirikan di bekas kawasan tapak peperangan zaman jepun cuba nak memerintah sarawak dulu.

3-Hantu Bilik Stor

Tahun 1996 den telah merantau ke Perlis (MRSM). Masa tu den dapat duduk Blok C. 4 orang dalam satu bilik (katil sorang satu). Kebetulan pulak bilik sebelah den (bilik den 2 dari tepi tandas) ditutup pintu depan belakang (dipaku dengan kayu). Masa tu den tak pikir ape-ape la sebab ingat diorang buat stor letak bebarang. So, bermula la perjalanan den dgn kisah seram di asrama tu. Tapi kali n den cerita satu je dulu.

Pada satu malam sabtu, ramai la yang balik ke rumah. Sebab den dok Selangor nak balik tu jauh sekali la. Jadi mana yang tinggal ni lepak-lepak bilik den (sebab den tokey komik). Masa tu ada plak senior yang buka cerita seram. Den kurang seramnya sebab memang sblum masuk asrama dah biasa jumpo. Jadi lepas tengah malam tu masing-masing takut nak keluar bilik nak balik bilik tido. Adalah dalam 15 orang tido bersempit-sempit dalam bilik den tu.

Pada jam 3 (mungkin lebih sebab tertido pun dalam kul 2.30), den terjaa dari tido sebab macam silau. Rupanya pintu bilik den tu dibuka orang dari luar. Den cuma tengok sape. La, mamat ni rupanya (nama dah lupa). So, den sambung la tido balik. Esoknya den cari la mamat yang bukak pintu bilik den malam tadi. Tapi semua orang yg den tanyo cakap mamat ni dah balik rumah Jumaat petang. Habis sape plak yg bukak pintu dan pandang den malam tu? Semua yg tido dalam bilik den tak sedar yg pintu tu dibuka...

Isnin tu bila mamat tu balik ke asrama saje je den tegur dia. Memang dia balik petang jumaat tu. Start dari tu den mula jumpa benda yg bukan-bukan ni (bukan den ajo..ramai lagi yg kena).

ps: Kata orang, kalau seklai pernah terserempak dgn makhluk-mahkluk halus ni, akan ada repeat..tak tau la den. tapi yg kena kat asrama dulu balik-balik orang yg sama (yg teruk la)..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience