"kalau macam tu,kenapa korang semua datang ke rumah ni takkan semata mata nk jumpa beta"aku perlu tahu niat diorang semua ni."haha,aku taulah kau bukan puteri sora"kouru tersenyum sinis padaku."Err..betul tapi aku buat semua ni untuk kawan aku,jadi boleh korang rahsiakan tentang ni"aku merayu kalau tak habislah nasib hikari nanti."Boleh,tapi ngn satu syarat"kouru menunjuk jari telunjuknya itu."Apa syaratnya??"aku memandang mereka ngn serius."Syaratnya kau perlu memilih salah sorang dari kami semua untuk menjadi teman hidup kau"aku seakan tak percaya Dan tergamam,teman hidup maksudnya SUAMI kan??"t..tapi aku ni baru sekolah menengah"aku ragu ragu ngn syarat yang diberikan oleh kouru.
"Jadi maksudnya kau nak kitaorang bongkarkan identiti kau lah"keira memandang aku ngn muka jahat."Okey,aku setuju tapi aku tak boleh tentukan sekarang aku akn kenal satu demi satu dan aku akn beri jawapannya nanti setuju??"Diorang hanya memandang satu sama lain dan mengganguk tanda setuju."Jadi kita ikut giliran hari ni aku kouru,pastu alfred,hyun,kyrene,keira,ri-jin dan el"kouru memang teliti orangnya jadi aku takdelah pening nanti tapi mampukah aku memilih aduhai otak aku pening.aku memandang tepi mereka semua sudah hilang,yang tinggal hanya kouru.
Aku menuju ke sekolah ngn menaiki kereta mewah milik kouru,mulanya aku tak nak tapi dia memaksa aku supaya ikut.kuat memaksa kouru ni.geram!!."Jadi nanti mesti ramai peminat aku kan??kau ikut pintu belakang nanti diorang tak sukakan kau pulak"kouru memandang aku sedikit bimbang pada mukanya itu."Baiklah tuanku"aku gembira ada orang yang risau tentang aku.Keadaan sesak di depan sekolah,ramai peminat yang memegang kain rentang ditulis "Kouru"aku rasa terkejut ngn keadaan itu macam mana aku nak keluar dari kereta ni.Peminat2 itu mula berkumpul di depan pintu kereta,aku mula bimbang dan aku memandang kouru ngn cemas."M..macam mana ni??diorang dah kepung kita"aku memegang bahu kouru ngn muka yang bimbang mereka semua akan benci aku kalau keluar dari kereta ngn kouru.
"Kita buat plan B"kouru mengenyit mata padaku,secara tiba2 hati aku berdegup laju memandangnya.Pintu dibuka oleh pemandu aku mula risau apa rancangan kouru ni??.Dia mula menarik tangan aku ngn pantas dan mengangkat aku seperti puteri,aku berasa terlalu malu"hei lepaskan sayalah,saya ni berat tau tak??"aku menolak dia ngn tangan kerdilku ini."Just relax,I can help you"Dia ni memang suka ambil keputusan sendiri agaknya peminat2 dia hanya lihat kami ngn geram.Kouru berlari ke dalam akedemik itu ngn selamba.
Aku betul2 malu ngn keadaan itu,dan secara tak sedar dia masih mengangkat aku seperti itu.kouru hanya memandang aku dan tersenyum sinis.Hidung Belang!!!"L...lain kali bagitaulah dulu,pada saya!!"aku mencebik dia hanya memandangku."Kau tetap comel bila marah,lagi2 masa malu"dia menyentuh hidungku ngn manja.Dengan perlahan dia menurunkan aku."Tak Berat kan??"itu soalan yang paling sopan aku pernah katakan pada dia.Dia mengusap kepalaku yang kini terdapat telinga kucing ngn lembut."Tak berat,ringan sangat sampai sakit belakang aku"Dia tergelak gembira melihat aku yang mula bengang."Apa apalah cakap jelah berat"aku mula beredar ngn hati penuh bunga bungaan,itu kali pertama aku merasakan perasaan itu sungguh bahagia.
Aku memabaca buku di perpustakaan bersama Hikari untuk membuat tugasan yang diberikan oleh cikgu zetty kalau aku tak siapkan dendanya akan bersihkan tandas setiap pagi.Tak boleh aku membayangkannya."Himeko,sejak akhir2 ni awak gembira saje ada benda berlaku ke??"Hikari hanya memandang aku penuh curiga,aku menghentikan kajian aku untuk memikirkan idea lain untuk lari dari tajuk itu.Pangg!!Hentakan meja itu membuatkan aku tersedar dari lamunanku."Ni tempat aku,kenapa kau kat sini pulak pergi sekarang!!"Seorang lelaki berjubah hitam memandang aku ngn geram dan menunjukkan taringnya.Elmerd Si Vampire??aku kenal dia,hikari pernah cerita dia pernah membunuh ramai orang untuk kepentingn sendiri sejak itu ramai tidak mahu dekat dengannya."Tapi saya yang sampai dulu lagipun banyak lagi tempat kosong yang lain"aku tak boleh mengalah walaupun dia menakutkan sampaikan di perpustakaan tiada langsung bunyi suara yang. keluar sejak dia di sini.
Dia memandang tanganku dan memegang ngn kuat sampaikan aku menjerit kesakitan."Ahhh!!sakitlah.....saya cuma cakap saje"Aku hampir menangis tapi dia seperti tak peduli dan terus menekan tanganku ngn kuat."El...sudahlah tu kau tak patut buat begini..lagipun dia perempuan"kouru memegang tangannya dan memandang El dengan geram."Heh....tengoklah siapa yang muncul hero pujaan yang selalu dinantikan...kau ada hak ke??"El seperti mencabar kouru aku melihat tangan kouru hanya megenggam kuat tapi dia tetap bersabar."Sebab DIA MILIK AKU"semua di perpustakaan itu terkejut termasuklah aku."Aku tak nak kau cederakan dia sebab dia milik aku sekarang"El hanya tersenyum sinis"Kau ni kelakarlah kouru..."El mula beredar dari tempat itu..
Kouru membawa aku ke bilik rawatan untuk membalut lukaku ini."Kouru terima kasih,kalau tuanku takde mungkin aku dah takde kat dunia ni"aku berasa lega dia tak apa apakan aku ngn teruk."kelakarlah kau ni,selagi aku ada kau takkan dicederakan macam tu lagi aku janji"Dia memang prihatin terhadap aku.Aku hanya tersenyum mendengar kata2 dia itu.Kouru seperti kelaparan mukanya pucat aku hanya melihat."Kau tak apa2 ke??muka kau pucat sangat"Dia hanya menggeleng perlahan dan dia tak berdaya membalas pertanyaanku."kau dah lama tak makan darah ke??"Dia hanya memandang wajahku dan tersenyum pahit."Aku tak perlukannya,aku hanya perlukan kau sora"Kami saling memandang antara satu sama lain.Jantungku seperti dipanah ngn cinta.Himeko sedarlah dia hanya vampire,satu hari nanti dia akn hanya mahukan darah kau.Mungkin betul kata hatiku vampire hanya mahukan darah
Selepas itu,aku pulang ke rumah ngn sedih tapi mengingatkan tentang kejadian di akedmik membuatkan aku gembira.Aku harapkan esok lebih menarik,aku akn nantikannya
Share this novel