Rate

1

Other Series 503

                                        HARAPAN

Part??1

        PAGI itu aku dengan wajah bersemangat bangkit awal untuk ke kolej dengan nyanyian kecil,aku menggalas beg menuju ke tingkat bawah. Di ruang makan sudah terlihat mama sibuk menyiapkan hidangan makanan. Adik ku Alif juga turut adameringankan beban.

"Ha akak elok dah turun...meh la tolong kita ni...jangan cuba bermalas-malasan."

Aku tersengih mendengar gurauan kecil adik tunggal aku yang berusia jarak 3 tahun denganku. Ya..sekarang dia baru berumur 17 tahun. Aku pula 20 tahun.

"Ye lah adik" ucapku seraya rambut adikku aku ramas kuat pabila aku menerpanya. Seperti biasa adikku hanya berdecit dengan senyuman. Sudah terbiasa diperlakukan sebegitu oleh aku.

Aku turut membantu mereka menyediakan sarapan pagi itu. Sementara giat melakukan kerja, aku dan adik bersenda gurau.

Alif dan aku selalunya mencoretkan suasana. Aku jugalah pemulanya. Kami pasti bertikam lidah hebat jika aku yang mulai menyusun bicara.

Tidak pula mama marah atau berleter. Malah dia ikut sama mentertawakan keletah kami anak-anaknya.

"Kak tu mana pandai masak..tak payah nak tambah perisa. Masakan kak hari tu pun sampai hangus dibuatnya."

Itulah kata balasan yang dilemparkan pabila ku memuji diri.

Bukannya apa aku ada berkata tadi, mi goreng buatan mama sedap sekali. Tapi kalau aku yang masak tak kurang sedapnya juga.

"Maklumlah...akak tolong mama sediakan bahan tadi. campurkan bahan, kacau, malah akak yang campurkan garam." ujarku awal tadi.

Aku membidas kata-katanya, "Helo dik, tu dua tahun lepas k..waktu akak lapan belas tahun. Sekarang akak dah pro la bab-bab masak ni...."

"Ye lah kak. Akui la jugak tu. Tapi taklah pro mana gak kan kak kalau semalam akak masak sambal ikan bilis masin." balas alif selamba.

Menyirap darahku mendengarnya, rasa seolah hendak menghisap darah orang. Orang itu semestinya tidak lain dan tidak bukan adik tunggalku sendiri ahmad alif bin hishamuddin.

'Men sedap ye kau boh akak ya!' gumam hatiku lalu aku menyiku lengan adikku.

Alif mengaduh kesakitan lalu menyapu sikunya. Sensitif betul hatiku apabila dikutuk adik sendiri

'Ya, aku akui, aku belum mahir memasak...entahlah apa masalahnya. Mama cakap masak ni simple je..men campak je bahan-bahan dia. Jadi aku pun akur la kata-kata mama..tapi kenapa masakan aku tak sesedap chef mama erk?!'

"Dah tu ilya..cukuplah lah termenung. Nanti lambat pulak je kolej." ucap ibuku menyedarkanku. Barulah mama mahu bersuara sebaik lama membisu sejak tadi. Mama memang begitu dia tidak banyak bercakap, tetapi hanya banyak tersenyum dan ketawa. Memang sejak kecil mama begitu.

Berbeza dengan papa, dia banyak berbicara dan sangat ramah. Aku dan adikku turut sama mewarisi gen mereka. Alif seorang peramah seperti papa. Aku pula mewarisi mama yang pendiam.

'Ya..sejak kecil hinggalah umur aku sudah menginjak ke 20 tahun..aku masih penyenyap' gumam hatiku lagi.

"ilya hishamuddin... Duduk sarapan cepat. Nanti lambat ke kolej..."Teguran papa mengejutkanku lagi.

Seperti biasa pastinya tiap-tiap pagi papa akan mengemas halaman luar rumah sebelum bersarapan bersama.

Keluarga kami sedikit unik berbanding keluarga lain. Aktiviti harian kami, bangun seawal lima pagi untuk usrah, solat sunat dan solat subuh berjemaaah bila masuknya waktu. Selepas jam enam. Masing-masing bersiap ke tempat pengajian masing-masing.

Yang pertama siap awal pastinya alif, dia akan turut serta membantu ibu mengerjakan kerja di dapur. Papa pula menguruskan halaman luar. Pokok bunga  diperiksa dan disiram. Lantai halaman disapu. Kereta mercedez benz papa cuci dan periksa dulu. Langkah berjaga-jaga. Papa aku seorang yang cerewet dan tegas.

Sebelum termenung lagi, aku sudah pun melabuhkan punggung di kerusi. Mi goreng dikunyah perlahan semasa fikiranku melayang-layang tadi. ketika menjamah makanan, kami semua pasti membisu dan hanya menikmati hidangan.

Usai, menjamah habis makan di pinggan.Seperti biasa mama akan melaksanakan tugas terakhir mengemas meja makan sendiri. Selalunya kami membantu,tapi tidak pada hari ni. Kami sudah terlewat

"Pa..cepat pa...alif dah lambat nak ke sekolah tu.7:20...nanti papa nak hantar ilya lagi. Kalau lambat, jem trafik kl nanti" gesa aku lalu dengan langkah terkocoh-kocoh aku menyalami mama. Alif turut serta begitu.

Pantas kami menapak keluar rumah. Sempat aku mengerling sekilas pandangan ibu yang hanya tersenyum mendengar kataku serta wajahnya jelas terpamer riak tenang saja. Sudah jelas mama ku tak banyak bicara! tak banyak bicara!?

Tidak seperti dulu, mamaku ceria dan punyai banyak celoteh. Dia banyak ketawa dan sering membuat kami tidak kering gusi. Setelah arwah nenek meninggal Mama terus berubah sikap. Aku juga tidak mengetahui sebabnya.Mahu menyoal tidak pula ku punya keberanian untuk itu.

Aku melihat keluar tingkap. Pagi itu kelihatan hening sekali. Entah mengapa keadaan seolah-olah berubah. Aku seperti tidak dapat mengenali keluargaku. Akhir-akhir ini mereka berkelakuan pelik.

Alif tak banyak bicara, jika tidak dimana saja kami berperang mulut termasuk dalam kereta. Papa juga banyak berubah dari kebiasaan. Dia banyak membisu, serta yang amat menganehkan pabila papa tidak langsung menyentuh butang radio. Selalunya pasti pagi begini tazkirah pagi dari mutiara fm akn kedengaran.

Aku menganggap perubahan dalam kereta hari ni berpunca dari kelewatan kami. Ini satu anehnya.

Aku menggumam. 'Tak pernah kami lambat tetiba pagi ni kami pecah rekod. Makin pelik aku dibuatnya.' tetapi aku abaikan sahaja.

Alif sudahpun tiba di destinasinya tadi. kini aku juga begitu. kolej tempatku belajar berdekatan sekolah adikku. Oleh kerana itu aku tidak menetap di asrama.

'Sebenarnya aku nak buat pengakuan. Aku takut nak duduk asrama. Sebab tu aku berulang dan pilih kolej yang dekat dengan rumah.' bisik hatiku lagi.

Setelah menghadiahkan senyuman dan salam. Aku turun dari tempat duduk belakang kereta mercedez benz papa lalu melangkah pergi. Seperti biasa,alif akan mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu. Aku pula di belakang, kekadang kami bertukar tempat juga. Begitulah rutin setiap hari.

Aku menyusun langkah penuh teratur dan bersemangat menuju ke kelas. Tetapi saat jam di tangan dikerling pantas mukutku melopong.

'Alamak takkan dah lupa kau lambat hari ni!' gumam hatiku. Pantas kakiku berlari mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Nampaknya aku akan melakukan kesalahan besar yang tak pernah aku lakukan sepanjang hidup.

'Aku ni berdisiplin okey!'

Ssmpat lagi hatiku memuji diri. 'Well ilya, siapa tak kenal gadis wayar putus ni. Aku la..orangnya.

'ketawa meledak terus dalam hati

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience