Rate

Bab 1 : Hari Pertama Bersama Roommate

Horror & Thriller Series 523

Kawan aku ni dia belajar di sebuah universiti terkemuka tanah air.Nak diikutkan cerita masa daftar dan orientasi universiti dia takde roommate.Bilik dia untuk 2 orang tapi dia duduk sorang je la masa orientasi ,kira katil lagi satu tu kosong.Lepas habis je orientasi, dia perasan masa balik bilik ada beg tapi takde orang kat katil kosong tu.Baru la dia rasa lega sikit ada roommate sebab dah seminggu masa orientasi tidur sorang malam-malam.Excited lah nak ada roommate tapi roommate pulak tak muncul muncul.Hilang ke mana pun tak tahu.Sambil baring main phone kat atas katil,dia rasa mcm ada bunyi pelik kat katil kosong yang tak berpenghuni tu.Sambil baring dia pun tengok katil tu.Tiba-tiba,ada manusia bawah katil tengah baring sambil senyum kat dia.Dia sangat takut lalu menarik selimut untuk menutup pandangan.Sambil muka tertutup dengan selimut ketakutan ,dia terfikir tu ke roommate dia,asal ada bawah katil?? Betul ke tu manusia??Then dia pun bukalah selimut yang ada kat muka dia ,nak pastikan.Sekali tarik selimut dari muka,manusia tu dah ad kat tepi katil dia sambil tersenyum creepy.Dia sangat terkejut lalu bertanya "kau siapa?".Dengan suara lembut yang agak creepy sambil senyum "hehe saya duduk sini jugak lah dengan awak".Kawan aku pun terus salam dan kenalkan diri kat budak tu.Tapi budak tu tak kenalkan diri dia pun.Selepas itu, malam pun tiba,kawan aku ni katilnya ditepi tingkap.Lepas je habis solat terus dia tanya roommate dia asal xsolat lagi? Selepastu, dia jawab "nak solat tapi malu ramai kawan saya kat luar tingkap tengah tengok".Kawan aku sangat terkejut kerana bilinya ditingkap 4.Kawan aku tu dah mula tak tenang.Dia baring atas katil sambil main phone layan fb ,insta supaya tak berbual dengan roommate dia.Tiba-tiba roommate dia menangis.Dia pun tengok roommate dia nangis atas katil berbungkus dalam selimut,tangisnya sangatlah nyaring.Dia pun memakakai earphone yang ada ditepi katilnya supaya tidak mendengar suara roommatenya yang sedang menangis.Sambil dengar lagu itu,lirikan matanya terpandang lagi kearah katil roommatenya yang sedang berdiri diatas katil sambil berselubung dengan selimut.Kawan aku tu dah start fikir bukan-bukan.Dia pun baring mengiring menghadap dinding supaya tidak melihat katil roommatenya.Seleoas bangun dari tidur,katil jadi sempit.Dia melihat roommatenya sedang tidur sebelahnya sambil berselubung dalam selimut.Kawan aku dah tak tahan ,dia terus keluar dari bilik untuk ke pejabat asrama mintak nak tukar bilik.Tapi pejabat asrama tak boleh luluskan kerana alasan dia nak tukar bilik tak berasas.Sebab mengikut data dari pejabat asrama, dia memang tinggal sorang.Tiada kemasukan pelajar baru pun ke bilik dia......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience