Rate

Prolog

Other Series 520

Aku Senah Johari terkehel leher binti Abdul Abang Ghani. Ok, aku gurau. Nama aku Alyna Aliza binti Johari Abdul Ghani. Aku dah berumur 24 tahun. Dah tua kan aku? Huhu....

Aku merupakan mati-susah-kipas (maksud aku die-hard-fan) of Ejen Ali. Bila aku baca Ejen Ali Fanfiction kat je, mesti ada nama aku as kakak Ali. Yelah, kekadang otak writer diluar sana kreatif sikit. Tak sedar yang dia still bocah. Ceh, aku pun senanya sama je. Dasar tak sedar diri.

Lagu favorit aku? Lagu Let It Go dalam filem Frozen. Tak lah, lagu kegemaran aku ialah Darkside by Alan Walker. Best oo. Kome je yang tak tahu.

Aku paling tak suka bila mak aku panggil aku untuk buat kerja rumah. Aku akan bagi alasan dan kadang-kadang alasan tu langsung tak logik. Sebab aku memang jujur orangnya. (kembang hidung)

Bila aku widow shopping je, mesti kat tangan aku kena ada paper bag. And dalam tu mesti kena ada baju. Aku tak sanggup bogel kat rumah. Mandi pun pakai kain pelikat au!

Selalu jugak orang gelar aku Ustazah. Padahal aku bukan pakai tudung pun. Just setakat aku always dapat top 3 time sekolah agama je buat apa kan?

Aku bukan nya nak riak, tapi kalau korang nak tahu yang aku ni lagenda tau dalam masakan. Aku pernah mengharumkan nama kampung atas resepi unik aku. Kalau korang nak tahu jugak, sebenarnya aku tak terpikir langsung resepi tu. Tetiba lalu kat otak aku :v

Aku dah dapat rasa yang korang bosan kan? Maklumlah kisah aku tak macam Romeo dan Juliet. Jauh lagi kisah Mak Uda opah Upin Ipin dan abang Ghani. Ehek. Ok lah. Esok aku sambung lagi. InshaAllah. Aamin. Assalamualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience