Asmodeus melabuhkan punggung nya di sofa setibanya di rumah agam milik neneknya. Terasa penat menyelubungi dirinya setelah hampir setahun lebih tidak bekerja. Namun dia merasa bangga dengan diri sendiri kerana masih memiliki kepimpinan dan kebijaksanaan menyelesaikan masalah pekerja. Namun begitu, persoalan Simoon terhadap permintaannya untuk kemunculan kali pertama dirinya di depan semua pekerja langsung dia tolak. "Kenapa tuan tak sudi nak perkenalkan diri tuan di depan semua pekerja?" soal Simoon pada petang itu. "Aku bukan tak sudi. Aku cuma tak selesa. Kalau nak kenal aku , jumpa aku seorang diri. Senang nak kenal dan ingat muka." jawab Asmodeus bersahaja. Bukan aku ...