2. Lady Annelisia

Fantasy Completed 340246

Asmodeus turun ke tingkat bawah setelah bersiap dengan memakai pakaian korporat lengkap serba biru gelap, menampakkan sisi tubuh badan yang sasa. Rambutnya yang serabai sebentar tadi di sisir tepi dengan gel pompadour menyerlahkan lagi maskulinnya yang dilengkapi dengan sedikit jambang di mukanya.

Lady Annelisia yang menunggunya di tepi tingkap besar sambil merokok, langsung tidak mengendahnya. Malah dia asyik dengan asap rokok yang disemburkan ke arah langsir hitam menawan yang tergantung cantik dengan sedikit hiasan patung Gorilla.

“Bau lah langsir tu kena asap rokok kau.” Asmodeus menegur.

Lady Annelisa menghembus asap rokok sekali lagi, kemudian baru dia menoleh ke arah suara jantan itu.
“Kau kan banyak maid. Suruh lah mereka cuci.”

Asmodeus mendengus. “Apahal datang tetiba tanpa inform aku?”

Lady Annelisia ketawa. “Perlu ke aku inform setiap kali aku datang sini?? Bukan nya kau jawab pun kalau aku telefon. Sibuk sangat dengan projek dia!”

“Kau ni dah kenapa? Suka hati aku lah nak buat apa! At least beritahu aku!” Asmodeus mendekati Lady Annelisia dengan wajah yang garang.

Lady Annelisia merenungnya dengan tajam. Apabila mata mereka berdua bertentangan, tiba-tiba Asmodeus memegang leher Lady Annelisia, menarik muka wanita itu lalu mengucup bibir seksi wanita itu dengan rakus. Kucupan lelaki itu dibalas dengan rakus oleh Lady Annelisia. Bunyi desakan dan erangan dari Lady Annelisa membuat jarinya pantas membuka kemeja Asmodeus, namun lelaki itu menahannya. Kucupan mereka terhenti.

“Why? Don’t you miss me, hmmm? King of Lust?” Lady Annelisia bersuara sambil kembali mencium leher Asmodeus dan jarinya sambung memegang pinggang seluar lelaki itu.

“I always want you, my lady. But I’m a little tired. Malam ini kau datang balik, okey?” Asmodeus berbisik kepadanya.

Lady Annelisia menarik tangannya sambil mengeluh. Dia duduk di sofa dan mengambil sesuatu di dalam tas tangan kecilnya. Dia mengeluarkan cermin kecil dan sebatang lipstik berwarna merah lalu dicalitnya sedikit lipatik merah itu di bibir nipisnya.

“Apa hal kau datang ke sini? Mesti ada something yang Nava arahkan kan? Ceh! Macam aku tak tahu!” Asmodeus mengambil gelas kecil dan mencapai wain di kabinet yang tersergam indah depan matanya.

“Well. Nava bagi kau tugasan. Jangan ingat semua benda ni free of charge k!” Ujar Lady Annelisia lagi.

Asmodeus terdiam. Hmmm… Nasib perempuan bernama Nava ni tak pandai pakai whatsapp. Kalau tak, fuhhh… bernanah telinga aku dengar dia membebel kat aku.

“So? Apa dia?”

“Dia buka kilang baru. Dia nak kau uruskan sementara dia pergi travelling esok. Esok pagi kau kena tinggal di rumah Nava dan uruskan kilang tu.” Jawab Lady Annelisia lagi.

“Haihh! Aku baru je nak berehat. Nava ni nak buka kilang apa?”

“Rehat apa kebendanya? Dah setahun lebih kau goyang kaki, buat projek setiap hari, ni hah! Bau rumah pun macam bau rumah pelacur. Aku rasa George pun dah nak muntah hijau hidu bau semua ni!” Lancang mulut Lady Annelisia bersuara, sempat menjeling ke arah Butler George yang masih berdiri menanti dengan setia di tepi.

“ George dah biasa. Kau sibuk apasal? At least bau macam rumah pelacur, macam kau tau baunya macam mana? Atau kau pernah jadi pelacur?” Asmodeus tersenyum sinis.

Serta merta muka Lady Annelisia merah padam. Namun dia sabarkan sahaja. Dia mendengus.
Asmodeus ketawa.” Letih lah aku gaduh dengan kau. Cakap dengan Nava, malam ni aku berangkat. Lepas ni aku nak keluar sekejap. “

“ Okey. “jawab wanita itu pendek.

Asmodeus yang perasan wanita itu seakan-akan merajuk, dia Cuma memujuk.

“ Datang malam nanti. Aku tunggu. “

“ Sorry! I got an appointment tonight! “balas Lady Annelisia dengan wajah yang menyampah. Sah dia merajuk!
Lady Annelisia berdiri di depan pintu. Butler George segera bukakan pintu untuk nya.

“Kau ada appointment apa dah sekarang? Bukan ke kau ditugaskan oleh Nava untuk melayan aku seorang?” Asmodeus cuba mengungkit perjanjian Lady Annelisia dengan Nava.

Perempuan seksi bertubuh langsing itu mengeluh.
“Ya, aku tahu. Tapi aku pun ada kehidupan aku sendiri. Kau kan baru je bermain dengan perempuan genit tu! Takkan tak puas lagi?! Itu haa… Dua orang lagi tu tengah tunggu kau. So, apa salahnya aku keluar enjoy sekejap?” bebel Lady Annelisia lagi dengan rasa tidak puas hatinya itu.

“Berkira juga kau ni eh. Kau milik aku, Annelisia. You always are.” Pujuk Asmodeus lagi.

Lady Annelisia tersenyum.
“Kau hanya miliki tubuh aku, tapi kau takde perasaan dengan aku, kan?”

Ah! Perempuan ini bermain dengan perkataan perasaan pula! Syaitan ada perasaan cinta ke dengan seseorang?

Asmodeus diam sejenak.

Tekaan Lady Annelisia benar. Lelaki itu memang tidak mempunyai perasaan istimewa terhadapnya. Dirinya hanya menjadi seperti pelacur baginya. Dengan perasaan tak puas hati, Lady Annelisia sempat menjeling ke arah Asmodeus, lalu keluar dari rumah itu dan menaiki Limo hitam, lalu pergi dari kawasan rumahnya.

Asmodeus mendekati Butler George dan berkata, “Kemas barang aku sebelum aku balik dari luar.”

“Baik tuan. Tapi tuan…”

“Tapi apa?”

Butler George yang tunduk, menunjuk ke arah dua orang perempuan yang berdiri tunduk tiba-tiba di belakangnya.

“Kenapa dengan mereka?”

“Mereka berdua belum di sentuh oleh tuan, tuan.. Sebelum tuan pergi esok pagi… Bagaimana dengan mereka?”

Asmodeus melihat wajah kedua-dua perempuan itu satu persatu. Ah! Wajah yang penuh dengan nafsu. Dia mengeluh.

“Kau call Eligos. Suruh dia datang malam ini. Aku takut aku tak mampu handle dua orang sekaligus.” Bisik Asmodeus kepada George.

“Tapi tuan, dalam perjanjian, hanya tuan seorang…”

“Aku tahu lah apa aku buat! Kau ikut je apa yang aku cakap!” Asmodeus mula marah. Ishhh!

Butler George mula takut. “Baik… tuan..”

Asmodeus mengeluh panjang. Dia keluar dari rumah dan menaiki kereta Mercedes nya. Dia pecut dari situ.

Pergi saja dia dari situ, dua orang perempuan itu, Rani dan Rose itu menuju ke arah Butler George dan menanya,
“Macam mana, George?” soal Rani.

“Malam ni, korang berdua siap bersedia. Pastikan korang bersih!” ujar George, kemudian dia pergi dari situ.

“Tapi George, tuan Asmodeus ke yang akan layan kami berdua? “tanya Rani lagi ingin kepastian.

George menghela nafas yang berat.

“Aku hanya ikut arahan tuan Asmodeus sahaja. Jadi, jika kau dua nak apa yang kau mahu, buat sahaja apa yang aku suruh, faham? “balas George lagi dengan tegas. Kalau boleh, dia tak nak ingkar arahan lelaki bersifat bengis itu.

Rani dan Rose hanya angguk kepala menurut perintah sahaja. Nak atau tak nak, mereka berdua tak nak rugi.

Rani dan Rose memandang sesama sendiri sambil tersenyum lebar.

They say, “All good boys go to heaven”
But bad boys bring heaven to you…

Wait for next chapter :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience