Rate

prolog

Family Series 3004

"Abang kenapa abang sanggup tipu Amore. Abang tahu tak betapa susahnya Amore nak terima abang . Kenapa baru sekarang nak cakap kenapa tak tunggu Amore mati dulu." Ujarku kepada Fayyadh sambil menahan geram di hati. Kalau ikut hati aku,ada yang makan penampar. Tapi bila ingat semula dia husband aku,tak jadi nak bagi penampar.Nanti tak pasal-pasal dapat gelaran isteri nusyuz.

"Amore please dengar dulu penjelasan itabang . Ya memang abang dah tahu lama tentang benda ni semua,tapi abang tak bersedia nak bagitahu amore sebab abang tahu bila amore dapat tahu semua ni . Amore tak boleh terima. " Ujar Fayyadh sambil cuba meraih tanganku.

Ya aku dapat lihar air muka dia yang benar-benar jujur dengan penjelasan yang dia bagi. Tapi aku tak boleh terima kenapa dia tak pernah cuba untuk bagitahu aku. Sedangkan sebelum ini dia yang buat perjanjian tak akan ada rahsia dalam rumah tangga.

"Abang, boleh bagi amore masa tak untuk fikir tentang semua ini. Amore janji amore tak ambil masa yang lama untuk fikir semua ni." Ujarku dengan penuh pengharapan agar dia benarkanku pergi tenangkan diri buat sementara waktu.

Ya aku perlukan ruang buat sementara waktu ini. Aku tak nak keputusan yang aku buat nanti terpengaruh dengan keadaan sekeliling aku.

"Abang boleh hantar rayian ke raykal ke untuk jaga amore. Please abang Amore janji Amore tak akan lari daripada abang." Ujarku cuba memujuk fayyadh.

"Okey, abang bagi Amore pergi, tapi dengan syarat ." Ujarnya sambil memandang ke dalam anak mataku.

"Apa syaratnya abang."

"Abang ada 3 syarat yang Amore perlu patuhi sebelum abang ambil keputusan untuk lepaskan amore pergi tenangkan diri." Ujar Fayyadh sambil mamandangku dengan penuh pengharapan.

"Syarat pertama abang nak Amore buat kepusan mengikut akal fikiran bukan mengikut kata hati Amore."

"Syarat kedua abang tak nak Amore buat keputusan mengikut kata orang sekeliling. Abang tak nak Amore cerita masalah yang jadi ni kepada sesiapa faham! Biarkan masalah ini hanya kita berdua sahaja yang tahu."

"Syarat terakhir ialah tolong jaga keselamatan. Amore tahukan abang ada banyak musuh di luar sana jadi kalau ada apa-apa benda pelik berlaku call abang secepat mungkin faham!" Ujur Fayyadh dengan suara yang agak tegas.

Ye aku tahu dia terlampau risaukan keselamatan aku walaupun Rayian dan Raykal sentiasa ada bersama aku.Ya Allah sukarnya aku hendak buat keputusan sama ada cinta atau benci.

"Amore kenapa diam?"

"Tak de apa-apa la."

"Amore boleh ikut ke syarat-syarat abang?"

"Amore janji Amore akan ikut semua syarat abang." Ujurku dengan penuh yakin walaupun aku tahu ada kemungkinan aku akan langgar syarat yang dibuat olehnya.

"Janji tak akan pernah cuba melarikan diri dari Rayian dan Raikal." Ujurnya dengan suara yang agak tegas.

"Inshaallah Amore cuba." Ujarku takut-takut sambil bermain dengan jariku sendiri.

"Kenapa amore perlu ada 'CUBA' sedangkan amore wajib patuhi semua arahan abang." Ujarnya sambil memandangku dengan pandangan yang sangat tajam malah lebih tajam daripada mata pisau.

"kalau amore tak boleh ikut semua syarat yang ditetapkan,abang tak akan izinkan Amore ke mana-mana tanpa abang di sisi Amore." Ujarnya lagi.

"Ye Amore janji, Amore akan ikut semua syarat abang dan tak akan membuat sebarang masalah yang boleh buat abang marah janji....." Ujarku sambil menekankan perkataan 'janji' sambil melakukan mimik muka yang comel.

Aku tahu dengan muka comel aku pasti dia tak akan boleh lawan kerana aku tahu muka comel aku merupakan keleman dia.

"Yela abang bagi keizinan kepada Amore untuk tenangkan diri tapi ingat jangan buat perkara yang pelik. Ingat Amore masih ada suami yang sayangkan awak tau." Ujarnya sambil tersenyum lalu menyentuh pangkal hidungku.

"Ingat ye Amore masih ada keluarga jadi jangan la pergi lama-lama nanti abang rindu."Ujarnya sambil memuncungkan mulutnya seperti orang yang sedang merajuk.

"Abang jangan la buat macam tu." Ujarku dengan suara yang manja.

"Kenapa?" Soalnya dalam nada yang manja juga.

"Abang buat sayang tak boleh berfikir secara rasional." Ujarku sedikit tegas agar dapat melindungi perasaan berdebarku.

"Maksud Amore?" Ujarnya sambil mengerutkan kening.

"Abang la comel sangat buat Amore rasa tak sanggup nak pergi." Ujarku sambil memandang ke arah lain.

"Kalau macam tu tak perlu la pergi." Ujarnya sambil terseyum.

"Mana boleh macam tu.Abang dah bagi keizinan kena la pergi." Ujarku sambil tersenyum nakal.

"Tadi kata tak sanggup nak pergi.Sekarang nak pergi pula." Ujarnya dalam nada merajuk.

"Alaa... amore pergi sekejap je bukannya lama pun." Ujurku sambil membuat muka comel sama seperti Fayyadh buat tadi.

I won't be silence,you can keep me quite...

Fayyadh membuat isyarat supaya aku diam      sementara dia bercakap di talefon.Dia berjalan agak jauh dari aku.

Aku rasa ini mesti ada kaitan dengan kes yang haritu.Lihat daripada wajahnya sahaja aku dah tahu itu mesti melibatkan perkara yang serius.

Aku mengambil keputusan untuk tunggu di laman rumahku.Boleh ambil udara segar selepas meluahkan segala masalah yang ku pendam selama beberapa minggu ini.

Aku membuat isyarat keluar kepada Fayyadh.Dia hanya mengangkat tangan sebagai tanda ok.

Aku keluar dari bilik bacaan itu dengan senyap.Ya dirumah ini hanya ada aku,Fayyad dan pembantu rumah.Rayqal dan Rayian hanya datang ke sini pada waktu siang.Jarang mereka datang ke sini pada waktu malam kecuali hari kes yang haritu.

Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang berhadapan dengan taman bunga.Disini tidak terlampau panas walaupun duduk pada waktu tengah hari kerana banyak pokok disekeliling.Disini juga tempat aku menenangkan diri apabila aku serabut.kawasan yang hijau ini merupakan kawasan favourite aku.

Tiba-tiba aku rasa hati aku tak tenang.Aku rasa berdebar-debar.Kenapa dengan hati aku ni ada benda buruk terjadi ke?

Aku rasa diri aku diperhatikan.Aku bangun   dan berjalan ke rumah untuk masuk kedalam rumah.

Tetapi tiba-tiba penglihatan aku jadi gelap.Aku ingin menjerit tetapi aku dapat rasakan kehadiran benda tajam di belakang badan aku.

"Senyap! Kalau kau menjerit aku tak akan teragak-agak tikam kau kat sini faham!" Ujar lelaki itu sambil menekankan lagi hujung mata pisaunya itu ke belakang badanku.

"Sekarang ikut aku.Jangan berani melawan faham!" Ujarnya di telingaku.

Dia menarik aku ke suatu tempat.Aku sengaja berjalan dengan langkah perlahan agar Fayyadh dapat mengesan ada seauatu yang berlaku.

Tiba-tiba aku rasa aku ditolak masuk ke dalam kereta.Aku cuba menjerit tetapi dia dapat menghidu apa yang aku cuba lakukan seperti semut menghidu gula dan meletakkan sehelai tuala kecil pada ruang pernafasa aku.Aku mula rasa pening.Mata aku mula kabur dan aku dengar suara Fayyadh memanggil Aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience