Rate

Bab 1

Family Series 1712

"Abang!!Tengok Amalina tengah cuba nak bangun!!"Jerit Puan Munirah memanggil suaminya yang tercinta

"Mana??Alololo,Comelnya anak ayah ni,Nak cuba jalan ye??"Kata Encik Ismail dengan nada yang sungguhlah lembut

Amalina pun bangun dan cuba untuk berjalan.Akhirnya dia berjaya untuk sampai ke emaknya.

"Amalia,Cuba kamu bangun anak ayah"Encik Ismail cuba untuk memotivasikan Amalia untuk bangun dan berjalan seperti kembarnya.

Amalia pun bangun dan cuba untuk jalan,Namun,Dia terjatuh dan menangis di atas lantai.Puan Munirah dan Encik Ismail segera mengangkat Amalia dan Amalina untuk dibawa ke katil masing masing.

~Beberapa tahun kemudian~

"Amalia,Amalina,Jom bangun harini ka kamu berdua nak ke sekolah,Ibu tak nak tengok anak anak ibu kena marah,Jom,Bangunlah"Kejut Puan Munirah cuba membangunkan anak anaknya.

Amalia pun bangun dan memeluk ibunya."Okay,Ibu,Nanti Amalia bangunkan kakak ye"Kata Amalia dengan nada yang lembut dan muka yang ceria.

"Okay,Jangan tidur balik pulak ye,Dengan,Kamu ngan Amalina kan kembar,Kamu berdua tak ada beza,Maksud ibu tidak ada yang kakak atau adik ye"Pesan Puan Munirah.Amalia pun tergelak sedikit dengan kata kata emaknya.

Puan Munirah pun keluar dari bilik mereka dan memasang lampu agar mereka tidak terlelap sekali lagi."Kakak,Bangun Jom,Kita kan nak pergi sekolah"Kata Amalia sambil menepuk bahu Amalina

"Ish!!Kau kenapa?Aku nak tidur ngantuk,Kau tak nampak ke?And Kau jangan nak kakak or kita awak ngan aku gelilah,Eww"Amalina pun menyergah Amalia dan menolaknya ke bawah katil.Selepas itu,Amalina pun ke tandas dan mandi manakala Amalia hanya terduduk diam di atas lantai.Apabila Amalina keluar dia membaling selipar untuk memasuki tandas ke Amalia.

"Woi,Tolong sidaikan dengan baju aku mana?Bukan aku suruh kau seterika ke semalam?Nenek lah kau ni"Kata Amalina."Kakak,Baju kakak kat dalam almarilah,Saya terlupa nak letak atas katil kakak"Amalia hanya menunduk.

"Ish,Kau ni,Dah lah busuk,Nak hina aku pulak?Teruk betullah"Amalina pun memasuki bilik persalinan khas yang terletak di dalam biliknya dan tukar baju.Amalia pula memasuki tandas dan mandi.Apabila Amalia selesai dia menukar baju dan turun untuk makan sarapan.

"Amalia,Lain kali jangan lambat boleh tak?Nanti kamu dan Amalina lambat sampai ke sekolah"Kata Puan Munirah sambil menuangkan susu ke dalam cawan Amalina.

"Sorry,Ibu,Amalia takkan lambat dah"Amalia pun duduk dan makan sarapan yang telah disediakan oleh ibunya.

"Cepat ye,Kita dah lambat,Ibu masuk kereta dulu nak panaskan enjin,Amalia,Amalina jangan lupa ambil beg dan pakai kasut ye"Puan Munirah pun memasuki keretanya.

"Ish!Kau ni,Lambat je,Lembap!!"Amalina pun pergi membasuh pinggan dan mengambil beg serta memakai kasut dan memasuki kereta.

Tiba tiba seseorang memegang bahu Amalia ketika Amalia sedang menitik air mata."Alah,Lia abaikan je si Amalina tu,Dah jangan nangis,Kenapa Amalia tak beritahu ibu lagipun?"Tanya abangnya yang bernama Airill.

"Oh!Abang,Selamat pagi,Tak de apa apalah,Lagipun Amalia okay je dengan kakak tu,Amalia nak kena cepat ni,Sorry abang"Amalia pun menyalam abangnya dan mengambil beg serta memakai kasut dan memasuki kereta.

"Okay semua barang dah ada kan?"Tanya Puan Munirah."Dah"Kata Amalia sambil memandang Amalina.Selepas itu mereka pun bertolak ke sekolah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience