Rate

Prolog

Adventure Series 1960

Air hujan deras turun membasahi bumi. Kesunyian yang menyelubungi Pulau Setiaraja bertukar menjadi gempita dengan bunyi guruh yang berdentam - dentum. Jauh dalam belantara, dua orang manusia yang sudah menghuni lama pulau itu sedang berlari dalam keadaan basah kuyup.


Masing - masing berpakaian serba putih dengan seorang lelaki yang berkot putih labuh sehingga ke paras kaki dan seorang perempuan yang sekadar menyarungkan kemeja putih di badannya. Tangan lelaki yang memakai kot putih itu sedang erat menggenggam tangan wanita di belakangnya. Tag nama yang hampir terjatuh di kot putih itu tertulis 'Dr Meor'.

"Hanni kena bertahan," ucap Doktor Meor, memberi semangat kepada wanita itu.

Wanita itu dengan wajah dan rambut yang basah kuyup hanya menggeleng.Air mata yang bercucuran dengan air hujan yang mencurah - curah tidak dapat dibezakan lagi. Sama banyak.

"Abang kena pergi tinggalkan Hanni kat sini. Hanni lemah bang," luah Hanni saambil menangis teresak - esak.

Wajah isterinya itu ditatap Doktor Meor dengan penuh khusyuk. Hanni, gadis putih melepak, dengan mata bulat dan hidung mancung itu kemudian dipeluk Doktor Meor. Tangisan isterinya itu sudah cukup membuat dia sebak.

"Abang takkan mampu hidup dalam dunia ini kalau abang tinggalkan Hanni kat sini," luah Doktor Meor, jujur.

Siapa yang sanggup tinggalkan isteri tercinta apabila maut sedang mengintai mereka di setiap sudut belantara itu. Musuh pula sedang bersembunyi di dalam kegelapan malam, menuggu masa sahaja untuk menerkam.

"Kaki Hanni terseliuh ni."

"Tak apa. Abang gendong Hanni. Kita kena pergi dari tempat ini. Helikopter sedang tunggu kita kat pantai."

"Tapi bang..."

Belum sempat Hanni mahu membantah, Doktor Meor sudah mengendong isterinya itu dan membawanya membelah kegelapan malam.

Doktor Meor mengatur langkah meredah akar - akar pokok dan semak samun yang tumbuh meliar di hutan Pulau Setiaraja. Sesekali, Doktor Meor akan menoleh ke jiri dan kanan, mengintai keadaan sekeliling sambil berharap agar mereka sudah jauh meninggalkan pemangsa yang suka memburu dalam keadaan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience