Rate

Bab 1

Adventure Series 662

Ini keputusan Adira antara hidup dan mati! Gadis yang selama ini pendiam dan selalu sendiri tiba-tiba beraksi bagaikan singa kelaparan. Pengetua Sekolah Sri Duta itu berkerut-kerut apabila diserang sebegitu. Adira terus menyambar tangan pengetua,lalu digenggam seerat-eratnya. Jika perlu mahu saja dicium-cium tangan wanita separuh umur itu. “Saya boleh lakukannya sendiri.Saya tidak perlukan rakan lain. Please.." Adira memasang wajah penuh yakin. Hakikatnya dia cuma menyembunyikan fakta bahawa dirinya tidak mempunyai kawan rapat. Tiada siapa boleh diajak menyertai program itu bersama-sama. Adira merupakan pelajar yang jarang menonjol di dalam kelas apatah lagi dalam acara-acara penting. "Adira, jika saya tandatangan borang ini, nama dan kehormaihtan sekolah kita terletak atas bahu kamu. Segala yang dilakukan dalam program mestilah yang terbaik kerana kamu mewakili sekolah kita. Mampu? Sanggup? "

"Percayalah bahawa saya tidak akan menghampakan pihak sekolah. Lagipun cikgu kenal dengan keluarga saya bukan? Ibu dan ayah saya sudah mengembara bertahun lamanya. Ia sudah sebati dalam darah ini! Surely I can do this! ".Adira tersenyum penuu yakin sambil merenung lembut tepat ke mata hitam pengetua, Puan Hajah Che Tah di hadapannya. "Prove me wrong,Adira.Bring back the Travelistar title for Sekolah Sri Duta! "Akhirnya pengetua melakarkan tandatangan pada borang penyertaan. Hampir saja gadis itu melompat bintang,melonjak setinggi siling!.

??????????????
"Adira mahu menyertai Pencarian Travelistar? Hish.. dia mana layak! "Suara dari dalam. kelasnya itu membuatkan Adira menghentikan langkah.Dia terkaku di hadapan pintu,bersembunyi daripada dilihat oleh rakan2nya yang sedang berkumpul di dalam. "Hmm... susahlah mahu cakap! Selama ni, saya tidak pernah tengok dia aktif sertai mana2 aktiviti sekolah apatah lgi mahu berbual dan bergaul dengan kita. Entah mampu atau tidak sertai program Travelistar itu seorang diri..."

"Dengar cerita ia akan dapat liputan di TV! malunya jika gagal dan diperhatikan seluruh Malaysia! Silap2 dapat gelaran loser-nistar! " Kenyataan rakan2 kelasnya memadamkan sedikit rasa teruja dalam hati Adira.Malah,keyakinan yang sedang membara tadi juga hilang serta-merta. "Ah, apa mahu dihairankan?Kakaknya seorang pengembara hebat. Banyak artikel pengembaraan keluar di laman2 web popular. Tidak silap.. Edora Adib namamya! " "Memang untunglah! Saya juga teringin ada kakak sehebat Kak Edora itu! " "Saya pun! " Baru sahaja hatinya terluka, kini bagaikan ditoreh-toreh lebih dahsyat lagi apabila nama kakaknya disebut2 pula. Tidak habis2 dengan Edora... Edora.. Edora!

Share this novel

rifa qaisarah
2020-05-01 14:52:49 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience