Rate

BAB 1 - LEMBU CUCUK HIDUNG

True Story Series 1058

Zack dan Alia telah mendirikan rumah tangga berbelas tahun. Alia yang bekerjaya sedikit sebanyak membantu menampung kewangan keluarganya. Almaklumlah hutang mereka sekeliling pinggang dan sara hidup yang tinggi untuk sekolahkan anak-anak mereka di Universiti. Zack sangat takut kehilangan isterinya kerana dia bergantung punca pendapatan isterinya itu. Alia jenis suka memerintah dan menengking Zack setiap kali dia terbawa-bawa tekanan di tempat kerja balik ke rumah. Alia tidak boleh ditegur, pernah Zack menegurnya lantas Alia terus keluar dari rumah mereka dan pulang ke rumah keluarganya. Zack tidak boleh melebihkan ibu bapanya. Setiap kali nak buat sesuatu mesti beritahu Alia dan minta izin terlebih dahulu. Begitulah tahap ketakutan Zack pada isterinya. Alia selalu juga menengking ibu mertuanya iaitu ibu Zack kerana meminta pertolongan dari Zack untuk meminjam sedikit wang. Ibunya ingin membeli makanan memandangkan barang dapur banyak dah habis. Oleh kerana kerap minta wang Zack dilarang isterinya untuk bertemu dengan ibu bapanya. Zack hanya mengikut sahaja kehendak isterinya itu. Maka terpisahlah mereka selamanya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience