"Huih, penatnya. Ya Allah, terkejut aku" , ujar Bella. Ya lah, mana aku tak terkejut. Tiba - tiba ada lipas kat kaki aku, ujar hati Bella. Jantungnya berdegup laju.
Bella terus ke bilik air untuk mandi untuk membersihkan diri dari peluh yang membanjiri
badannya kerana bermain tadi.
Setelah mandi, Bella terus baring di atas katilnya. Dia terasa ngantuk namun mata tidak boleh ditutup. Dia teringat hidupnya sebelum berada di Kuala Lumpur dan menjadi seorang youtubers yang berjaya.
Dia mengingati peristiwa itu, dan tidak mungkin dapat dilupakan kerana itu telah meninggalkan kesan hitam di dalam kamus hidupnya.
Dia berasa sangat bersyukur kerana mendapat peluang menjadi seorang youtubers walaupun mulanya amat susah. Namun, dia tetap sabar dan cuba tidak mempedulikan komen yang sensetif.
Bella teringat kisah hidupnya yang perit.
Share this novel