Bab 2

Family Series 2798

"Ibu bukannya apa Fahrin,ibu nak kamu berjaya atas usaha dan kerja keras kamu bukan dengan bantuan orang lain.Ibu nak kamu belajar erti usaha untuk capai kejayaan.Kalau kamu tanya pendapat ibu pasal ni,jujur ibu cakap ibu tak suka".

Setelah dengar kata-kata Puan Fatimah,Fahrin akur walaupun Fahrin sudah banyak berubah.Fahrin tetap hormat akan Puan Fatimah.Fahrin tidak mahu melawan Puan Fatimah.

Seperti biasa Fahrin keluar menuggang motosikal yang Puan Fatimah beli dengan tujuan supaya Fahrin mudah untuk pergi balik kerja dan kolej.Setelah Fahrin keluar tidak lama kemudian kawan kolej Fahrin datang hendak berjumpa dengan Fahrin.

"Assalamualaikum mak cik".Puan Fatimah yang mahu masuk ke dalam rumah berhenti."Waalaikumsalam kamu rupanya Amir ingat siapa tadi.Ada apa kamu datang sini?".Tanya Puan Fatimah kepada Amir."Saya datang ni nak jumpa Fahrin.Fahrin ada tak mak cik".Jawab Amir dengan sopan.

"Fahrin tak ada dia baru saja keluar nak jumpa kawan katanya.Mak cik ingatkan dia nak jumpa kamu".Balas Puan Fatimah lagi."Oh yeke mak cik em takpa lah kalau macam tu saya mintak diri dulu ye mak cik".

p/s:Sorry kalau crita ni kurang menarik.segala kritikan saya terima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience