Bab 2

Romance Series 440811

Dian Camelia melangkah perlahan ke bilik kecil di rumah banglo mereka, bilik kecil yang dia jadikan pejabatnya, semenjak suaminya melarang dia berkerja. Ruang pejabat inilah yang memberi bahagia kepadanya.

Berkali kali dia membaca WA yang dihantar oleh orang tidak dikenali itu, luruh jantung melihat gambar yang dihantar dan hatinya terasa sangat sakit.

“Saya berharap anda tahu siapa suami anda yang sebenar, dia tidak sebaik yang anda sangka,”

Ayat itu dia baca berkali kali, airmatanya sudah membasahi pipinya, bibirnya bergetar.

“Aku tidak boleh berburuk sangka, mungkin dia berjumpa dengan clientnya,” Dian Camelia bercakap sendiri, selama dia berkongsi hidup dengan suaminya, dia tahu hati suaminya tidak sepenuhnya kepadanya, tetapi suaminya berjanji untuk setia kepadanya.

Itu janji suaminya kepada keluarganya apabila mereka melarang mereka berkahwin. Itu janji suaminya kepada keluarganya apabila umi mertuanya mempertikainya tujuan perkahwinan mereka.

Dia mengesat airmata perlahan, dia menarik kerusi pejabatnya dan menghenyak perlahan.

“Aku perlu bertenang, kerana tenang itu adalah kuncinya,” dia berkata perlahan. Nafasnya di tarik perlahan.

Flashback 01 Ogos 2013

Dian Camelia membuka pintu bilik meeting itu itu perlahan perlahan Dia mendapat panggilan mesyuarat “URGENT” daripada Finance team berkenaan project yang dia kendalikan.

“Sayang, abang akan tunggu sayang, ambik masa berapa lama sayang nak, abang minta maaf,”

Dian kembali menutup pintu dengan perlahan, dia tidak tahu ada Yusoff Hariss di dalam bilik itu, kerana lampu masih belum menyala, dia juga tidak berani untuk berada di dalam bilik yang sama apabila mendengar suara sedih Yusuff Harris. Dia mendoakan kesemua berjalan lancar, Allah mempermudahkan urusan mereka.

“Dian, where are you? I dah ada kat meeting room level 7, Room 3,” dia menerima text itu daripada Yusoff Harris, yang menandakan Yusoff Harris tidak tahu dia telah mendengar perbualannya.

Dian Camelia bingkas bangun, dia menapak perlahan dan membuka pintu bilik meeting itu tanpa mengetuk, dia memaksa bibirnya tersenyum, walaupun dia melihat mata Yusoff Harris sudah memerah.

“Maaf Encik Yusoff, tadi saya ada meeting dengan IT,” Dian Camelia berbohong dia tidak mahu Yusoff Hariss tahu tentang tadi. Dia meletakkan laptopnya di atas meja, di bilik kecil itu.

“It’s ok, I yang call you for meeting, maaf sebab tak schedule earlier, sebab I need to get confirmation on back-end process,”

“Duduk Dian, kenapa you berdiri,” Yusoff memandang Dian yang kelihatan serba salah.

“Kenapa? You tak selesa ada dalam bilik berdua dengan I ke? Ada CCTV kat bilik ni kan? But nevermind, I bukak pintu,” Yusoff bangun membuka pintu dan membiarkan pintu itu terbuka.

Suaranya sangat tegang dan kelihatan sangat tertekan.

“Maafkan saya, jangan salah faham, something in my mind, jom kita mulakan,” Dian Camelia merasa sangat bersalah, dia tidak mahu membebankan seseorang yang didalam situasi yang tidak menyenangkan.

Dian Camelia mengambil tempat duduk dihadapan Yusoff Harris, tetapi dia melihat Yusoff Harris seperti tidak berada di dalam situasi yang baik. Dia seperti dapat memahami kepedihan hati jejaka yang menjadi kesukaan ramai itu.

5 minit berlalu, tetapi tiada suara yang keluar daripada mulut Yusoff Harris, terlihat dia sangat sibuk dengan teleponnya.

“Encik Yusoff, kalau encik Yusoff nak tangguhkan meeting, saya ok jer, atau Encik beritahu saya apa yang Encik Yusoff nak tahu, I akan email the details,” Dian Camelia akhirnya bersuara, apabila dia melihat jejaka dihadapannya seperti tenggelam di dalam dunianya sendiri.

“Maaf, apa yang you cakap tadi, sorry I settlekan conversation I first, will start in 5 mins,” Yusoff Harris merasakan dia perlu memujuk tunangnya, dia perlu memastikan perkahwinannya akan berlaku seperti yang dijanjikan.

Dian Camelia tidak menyampuk, dia membuka laptopnya, dia menyambung kerjanya, dia menyambung kertas kerjanya, dia tidak mahu terikut dengan emosi Yusoff Harris.

Sudah 10 minit berlaku, tetapi Yusoff Harris masih lagi tekun dengan teleponnya.

“Maaf Encik Harris, saya ada meeting lagi, dah 15 mins saya tunggu, tapi Encik masih tidak bersedia untuk meeting, saya akan lambat for next meeting,” Dian Camelia bangun dan bersedia untuk pergi, dia menjadi tidak selesa apabila membawa hal peribadi masuk ke dalam pejabat.

“Sorry, tidak boleh ke you faham I sekejap, kenapa semua orang tak boleh nak sabar?,” suara itu keras, tetapi dia dapat mendengar kesedihan dan tekanan di dalam suara itu.

“Maafkan saya Encik Yusoff, my next meeting will be 11am, ada meeting with IT for the Systems Migration, saya tak boleh masuk daily stand up this morning, they need my approval for the changes, so I need to go, now already 10.45am, meeting at café level 6,” Dian Camelia kembali duduk, dia tidak mahu membiarkan Yusoff Harris di dalam ketegangan.

“Maaf Dian, I tak boleh focus, I tak tahu apa nak jadi dengan I, I’m lost, I tak tahu nak handle my emotion dah, it’s really hurt me,” Yusoff Harris bangun, dia melihat Dian Camelia yang berwajah lembut itu sedang merenungnya.

Dian Camelia tersenyum melihat wajah yang sedang mengoncang hatinya, wajah yang menjadi idamannya, wajah yang membuatkan dia tidak tidur malam.

“I tak tahu what is going on, but it’s ok Encik Yusoff, semua orang akan menghadapi hari hari yang sukar, mungkin today is your day, esok mungkin saya pulak, jadi Encik Yusoff kena rest, lapangkan fikiran,”

“Kalau apa yang Encik nak discuss ni boleh discuss later, let’s plan the meeting,” Dian Camelia kembali membuka laptopnya, dia perlu berbuat sesuatu agar jejaka di hadapannya kembali tenang.

“On Wednesday, our calendar still available, saya locked the slot, sebelum tu, kalau Encik Yusoff ada masa, email me the details of question, I akan check and will discuss during our meeting,”

“Now Encik Yusoff rest dulu, take a break, apa yang mama saya pesan, kalau fikiran kusut, kena away from daily life, pergi tempat yang sunyi dan try to leraikan yang kusut. Decision tu tak semestinya akan senangkan kita for today, but maybe later Allah berikan kita kesenangan tu,”

“Saya tak tahu apa yang berlaku, tetapi saya doakan Allah memberi rahmat yang berganda kepada Encik Yusoff, saya gerak dulu, saya tak boleh miss meeting ni, it’s really important to me,” Dian Camelia menghadiahkan senyuman, dia tahu senyuman itu tidak akan memberi bahagia kepada Yusoff Harris, tetapi dia berharap dapat mencuit sedikit rasa dihati Yusoff untuk bertenang.

Yusoff Harris memandang Dian Camelia yang sudah berlalu pergi, dia kembali duduk dan menyelesakan dirinya, dia tahu dia sudah hilang keyakinan, hilang juga harga diri, tetapi dia tidak boleh hilang cintanya.

“Assalamualaikum Umi,” Yusoff Harris memberi salam setelah mendengar suara wanita yang melahirkannya.

“Maaf sebab buat umi susah hati, buat umi menangis, along akan selesaikan hal along dengan Hanan, Umi jangan susah hati,” Yusoff bercakap setelah dia rasa punya kekuatan.

“Buat masa ni, Umi beri masa untuk Along pujuk Hanan, Umi kena percaya kepada Along. Tetapi along setuju dengan Umi dengan Ayah, jodoh Along telah tertulis. Tetapi sebelum along menyerah, along kena berusaha, dan along percaya Along dapat pujuk Hanan untuk batalkan pernikahan dia,”

“Umi jaga diri ya, jangan susah hati, apa pun masalah along, kesihatan umi adalah paling utama, Along nak umi tengok Along berkahwin dan punya anak macam orang lain,”

“Tidak, umi jangan cakap begitu, tanggungjawab along adalah untuk menolong umi dan ayah. Jadi adik adik juga adalah tanggungjawab along, along tidak menyesal dan tidak akan pernah menyesal,”

“Assalamualaikum Umi, along sayang umi lebih dari segalanya, umi yang membesarkan along, umi yang mendidik along menjadi seperti sekarang, along letak phone dulu, along ada meeting ni,”

Yusoff Harris memutuskan talian selepas dia mendengar Wanita yang melahirkannya itu memberi salam, dia menyapu airmata yang bergenang di kelopak matanya.

Dia tahu dia lelaki, dia harus kuat tetapi apa yang terjadi sangat menyesakkan dadanya, meragut hatinya, sehingga dia merasakan Allah tidak adil kepadanya.

“Dian, I still ada kat meeting room, after you finished your meeting, lets meet here, I kena settlekan by today, I need to understand the whole process before I handover to my staff,” WA itu dihantar kepada Dian Camelia, seorang pekerja yang dia tahu kewujudannya, tetapi dia tidak pernah kenal rapat, tidak juga punya rasa untuk rapat.

Dia tahu Dian Camelia antara pekerja yang menjadi Idaman pekerja di pejabat, kerana bergaya seperti model tetapi sangat menjaga maruah, berpakaian mengikut trend, melepaskan rambutnya yang panjang mengurai dan yang tidak berwarna hitam.

Kalaupun Dian Camelia tidak bertudung, tetapi ramai perkerja yang memberitahu tentang disiplin Dian Camelia tentang solat, tentang sedekah dan sangat ringan tulang sekiranya sesiapa yang ditimpa kesusahan.

Dia juga tahu Dian Camelia masih bujang, gadis yang berusia 24 tahun itu adalah seorang yang bijak IT, suka dengan aacounting dan suka dengan sesuatu yang mencabar, dia tahu itu kerana kawan kawannya suka bergossip tentangnya.

Dia tidaklah secantik tunangnya, tidak juga selembut tunang, Cuma apa yang dia tahu, Dian Camelia sangat menjaga maruahnya, tidak pernah dia melihat lelaki yang berani mendekatinya, bercakap yang bukan bukan denganya.

“Give me 10 minit, meeting about to finish, but need to get mineral water, ETA to reach there in 15 mins,” Yusoff Harris membaca WA dengan jiwanya masih merenung tentang akalnya untuk memujuk Hanan.

Selama dia kenal Hanan, belum pernah sesiapa yang berjaya mengalih matanya, menjentik hatinya, kerana Hanan adalah segala galanya. Nur Hanan begitu bermakna di dalam hidupnya, begitu dia mendambakan hari bahagia bersama Hanan.

Beberapa kali dia hampir terlanjur dengan Hanan, tetapi dia berjaya menepis syaitan daripada menguasai dirinya. Dia hampir lemas dengan kemanjaan Hanan, dia selalu hilang akal dengan sentuhan Hanan, segalanya tidak keruan kepada dirinya.

Sudah beberapa kali dia memesan agar mereka menjaga batas, tetapi Hanan selalu lepas laku apabila bersamanya. Tanpa sebab yang kukuh, pernah beberapa kali Hanan membuka tudungnya, walaupun dia melarangnya.

Alasan Hanan adalah Yusoff Harris adalah bakal suaminya, jadi dia mahu bakal suaminya menlihat apa yang bakal diperolehi selepas mereka berkahwin.

“Maaf Encik Yusoff, saya lambat for 5 minit, lift tadi penuh sebab team A start lunch pukul 12. Let’s start, I am ready,” Dian Camelia masih lagi melihat renungan jauh Yusoff Harris, dia sangat berharap mereka dapat berbincang dengan baik baik dan tidak akan merugikan masanya.

“It’s ok Dian, let’s start, sorry sebab kacau you, but I need to send the details by today before I pass to my staff. I plan nak take leave for one week,” Yusoff Harris perlu masa untuk memujuk Hanan dan meluang masa bersama.

“Orait, mari kita mulakan, saya dan ready,” Dian Camelia nampak cahaya di wajah Yusoff Harris dan dia berangapan masalah jejaka itu sudah selesai.

……………………………………………………………………………………………….

Di petang Sabtu itu, Dian Camelia bersama Alia makan bersama di Restoran Chef Wan di The Linc, sudah lama mereka merancang untuk menikmati di restoran terkenal itu.

“Hanan dah pregnant abang, dah 6 minggu, Hanan minta maaf sebab tak beritahu abang cerita sebenar. Hanan sudah berkahwin, jadi pertunangan kita sudah tidak valid, jadi Hanan akan pulangkan kesemua hantaran dan cincin abang, hantaran 20k yang abang beri hari tu juga Hanan akan pulangkan. Wakil Hanan akan kerumah abang minggu depan,”

Dian Camelia dan Alia mendengar dengan jelas perbualan itu daripada meja sebelah, mereka saling berpandangan apabila suara wanita itu sulami oleh esak tangis. Kerana tidak ramai di restoran, mereka mendengar dengan jelas suara Wanita itu.

“Dee, aku rasa itu tunang Yusoff,” Alia menghantar WA kepada Dian Camelia walaupun mereka sedang makan berdua.

Dian Camelia terkejut membaca WA kerana dia membelakangi pasangan itu. Matanya membulat apabila membaca WA itu dan Alia menganguk dengan penuh yakin.

“Rasa cinta pada Abang sudah hilang, kerana Hanan menunggu terlalu lama. Keluarga Hanan mendesak, adik Hanan nak kahwin, jadi mereka mahu Hanan berkahwin dulu. Hanan cuba beritahu abang, tapi abang minta Hanan tunggu sampai December,”

Tiada suara lelaki yang mereka dengar, tetapi Alia melihat dengan jelas airmata membasahi pipi Wanita itu.

“Tahun ini Hanan sudah 7 tahun Hanan tunggu abang, daripada umur Hanan 19 tahun sehingga 25 tahun, Hanan setia dengan abang, cuba faham semua tanggungjawab abang, tetapi keluarga Hanan tidak setuju, jadi akhirnya Hanan memilih untuk mengikut kata keluarga,”

“Hanan minta maaf, papa dengan mama Hanan tidak suka dengan abang, kerana apabila kita berkahwin, Hanan perlu kongsi abang dengan 6 orang adik adik abang, mereka selamanya tidak akan lepaskan abang, jadi Hanan perlu undur diri dulu,”

Mereka masih memasang telinga, tetapi suara lelaki itu masih tidak kedengaran.

“Hanan perlu taat kepada suami Hanan, jadi ini adalah pertemuan kita yang terakhir, Hanan perlu pergi, suami Hanan tunggu kat kereta. Hanan doakan abang berjumpa jodoh yang baik, sampai mati Hanan akan cintakan abang,”

Wanita itu berlalu pergi, mereka masih tidak mendengar suara lelaki itu, lelaki itu masih membatu, masih lagi tidak berkutip.

Selepas 15 minit wanita itu berlalu, lelaki itu masih di situ, lelaki dia masih duduk, tidak berganjak.

“Dee, kita tak boleh bangun, nanti Yusoff tahu kita kat sini, kita kena tunggu sampai dia pergi,” Dian Camelia membaca WA itu dengan mata yang tajam, dia mahu ke tandas. Bagaimana dia mahu melepaskan diri daripada restaurant ini.

“Lia, aku nak kencing la ngok, bengkak dah perut aku ni, sat gi kot terburai kat sini,” Dian Camelia membalas WA itu, mereka sama sama faham yang mereka tidak boleh mengeluarkan suara.

“Aku rasa boleh kot, sebab dia tengah termenung, jadi tak mungkin mata dia dapat tangkap kita,” Alia pula membalas WA Dian Camelia yang kelihatan tidak selesa.

“Kau panggil waitress lah, kita bayar kat sini, aku tawakal jer tauuu, aku bangun dulu, nak kencing sangat dah ni,” Dian Camelia bangun selepas dia menaip WA itu.

Dia tidak melihat muka Yusoff, kelihatan Yusoff tunduk kebawah, matanya memandang teleponnya seperti tidak berkelip.

BERSAMBUNG

Apabila CIK SYID berkata;

Hari ini saya mendapat cerita tentang kisah kecurangan suami sahahat saya, tidak lama selepas suaminya naik pangkat, dia mengaku mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas didesak isterinya. Dia tidak meminta maaf, tetapi menyalah isterinya kerana terlalu sibuk dengan kerja, sehingga tiada masa untuk suami, tiada masa untuk keluarga.

Gitulah normal kecurangan kan? Yang salah itu tetap isteri, tanpa mereka ingat, isteri adalah cerminan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience