Rate

BAB 1

Short Story Completed 1317

Sudah dua bulan Susanti bekerja di Malaysia, mengikut sahabat baiknya Citra. Dia bukan bekerja sebagai atas tiket pendatang tanpa izin tetapi dia mempunyai permit yang sah. Bekerja untuk menyara keluarga yang susah di kampung halamannya, Padang Indonesia.

Beri sahaja tugas padanya, pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin. Bekerja sebagai cleaner di salah sebuah pusat membeli belah ternama di ibu kota membuatkan dia sedikit kekok melakukan rutin seharian itu apatah lagi apabila disuruh melakukan tugas mencuci tandas. Tugas-tugas mencuci tandas tidak dilakukan sendirian sebaliknya dia pasti bersama sahabat baiknya, Citra yang sentiasa bersamanya tatkala melakukan tugas sedemikian.

Kemana-mana sahaja pasti berdua. Sehinggakan kak Milah orang lama yang bekerja disitu pun tahu akan keakraban dua sahabat yang berasal dari Indonesia itu.

Tetapi pada petang itu Susanti terpaksa melakukan tugas membersihkan tandas awam di pusat membeli belah itu sendirian memandangkan Citra terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah, kemungkinan keracunan makanan.

"Su..., boleh ya kamu sendirian cuci toilet petang ni....?" pujuk kak Milah pada Susanti.

"Toilet di tingkat berapa kak Milah.....?"
Susanti inginkan kepastian agar tidak tersalah masuk tandas.

"Kamu bersihkan tandas hujung di tingkat tiga dan tingkat empat..." Arah kak Mila pada Susanti.

"Tingkat tiga dan empat, baik kak...." Susanti akur dengan arahan kak Mila tanpa bantahan.


.................................................

Susanti membawa segala perkakas ke dalam baldi lalu di letakkan ke atas troli. Troli di sorong masuk ke dalam perut lift yang sedia terbuka. Sampai di tingkat tiga Susanti keluar lalu menuju ke tandas yang terletak di bahagian belakang. Sampai sahaja di tandas tersebut, tanda amaran "Jangan masuk, tandas sedang di bersihkan" segera di letakkan di hadapan pintu. Rutin membersihkan tandas di lakukan seperti biasa. Kali ini dia hanya bersendirian sahaja. Lagipun itu bukan satu masalah padanya. Tugas yang diberikan sentiasa dilaksanakan dengan seikhlas hati demi sesuap nasi.

Selesai membersihkan tandas di tingkat tiga, kini Susanti naik ke atas tingkat empat. Dia perlu melaksanakan tugas terakhirnya pada petang itu, iaitu membersihkan tandas yang paling hujung di tingkat empat.

Tanda amaran segera di letakkan. Dengan tanpa membuang masa, dia terus masuk sambil membawa perkakas pembersihan ke dalam tandas. Kain pengelap di basah kemudian cermin didinding di hadapannya yang terletak di atas singki di lap sebersihnya. Singki putih seramik di hadapannya disental sehingga berkilat. Sedang leka dia menyental singki kedua pula, Susanti terlihat ada sosok seperti seseorang perempuan sedang mendukung bayi berada di dalam cermin berdiri dibelakangnya. Tersentak Susanti melihat perempuan itu yang tiba-tiba sahaja berada dibelakangnya. Tetapi perempuan itu hanya diam kaku sambil memerhatikannya. Apabila Susanti cuba pusing ke belakang, sepantas itu juga sosok perempuan itu hilang dari pandangan. Susanti berasa pelik, mustahil boleh ghaib begitu sahaja. Tidak terlintas langsung difikirannya akan mahkluk ghaib ketika itu.

"Apa aku salah lihat barangkali...." Susanti mengomel sendirian.

Susanti langsung tidak memperdulikan apa yang sedang dilihatnya tadi. Dia harus menyambung tugasnya semula. Namun..., sedang asyik menyental baki-baki kotoran di singki, Susanti terdengar pula suara perempuan menangis teresak-esak didalam salah satu kubikel tandas. Terdapat empat pintu kubikel tandas tersebut tetapi hanya tiga yang terbuka pintunya kecuali pintu kubikel tandas yang ke empat dan paling hujung. Kubikel tandas ke empat yang pintunya bertutup itulah yang Susanti dengar suara perempuan sedang menangis. Susanti hanya membatukan diri, cuba untuk mendengar esak tangis perempuan itu dengan lebih jelas. Sedang Susanti cuba untuk memasang telinga, semakin galak pula suara perempuan itu menangis. Susanti semakin cuak, namun apakan daya..., dia sudah pun berada didalam tandas tersebut. Justeru itu dia harus memberanikan diri untuk melihat 'siapakah' atau 'apakah' yang sedang menangis syahdu di dalam kubikel tandas paling hujung itu.

Perlahan-lahan Susanti berjalan menuju ke kubikel hujung, sambil tangannya menggenggam kemas batang mop sebagai pelindung diri. Berdebar-debar Susanti menahan takut yang sedang mencengkam diri. Kini baru Susanti terfikir akan sesuatu yang baru berlaku sebentar tadi. Kelibat seorang perempuan muncul dibelakangnya di dalam cermin.

Pintu kubikel yang bertutup di kuak perlahan. Dengan lafas bismillah.....

"Bismillahirahmannirrahim........"

Susanti terkejut kerana tiada sesiapa pun di dalam kubikel tandas hujung itu. Kosong..!!

"Lo..., enggak ada siapa-siapa...? Aneh...." Susanti menggaru kepala yang tidak gatal.

Susanti kembali kesingki menyambung tugasnya yang belum selesai. Selesai sahaja aktiviti menyental kotoran di singki dan cermin. Kini kotoran di mangkuk tandas dikubikel pertama perlu dibersihkan dahulu, kemudian barulah kubikel yang kedua sehinggalah kubikel ke empat iaitu yang paling hujung itu.

Sedang Susanti leka menyental mangkuk tandas, tiba-tiba....

TOK...!! TOK...!! TOK...!! TOK...!!

Dia terdengar pula ada ketukan dari dinding kubikel sebelah. Namun Susanti tetap meneruskan aktiviti pembersihan mangkuk tandas. Mungkin kerana dia mula menyedari bahawa ada aktiviti paranormal yang sedang mengganggunya kini. Difikirannya..., jika membiarkan atau mengendahkan sahaja sebarang gangguan tersebut, pasti ia tidak akan mengganggu lagi.

TOK...!! TOK...!! TOK...!! TOK...!!!!!

Susanti tetap membiarkan sahaja ketukan itu. Susanti yakin dan pasti, ketukan di dinding kubikel itu mungkin akan berlaku sebanyak tiga kali.

TOK...!! TOK...!! TOK...!! TOK...!!!!!!!!

Susanti tersenyum.... Dia sudah menjangkakan perkara seperti itu akan berlaku. Susanti cuba memasang telinga lagi. Tiada lagi kedengaran bunyi ketukan. Dia kembali lega.

Kemudian terdengar pula air disingki mengalir keluar dengan deras. Lantas Susanti segera keluar untuk menutup pili air yang terbuka sendiri itu. Susanti cuba memerhati sekeliling. Kemudian di intai satu demi satu setiap kubikel di dalam tandas, tetap kosong. Bukan untuk menunjuk berani tetapi demi ingin menyelesaikan tugasnya dengan segera, agar dia dapat pulang ke rumah. Walaupun ada gementar di hati.

"Enggak boleh jadi ni.... Semakin galak dia....."
Guman Susanti.

Kali ini Susanti seakan mengalah. Dia hanya dapat membasuh setiap mangkuk tandas di tiga lagi kubikel dengan ala kadar sahaja. Bulu tengkuk dan lengannya sudah mula merinding. Kemudian jam didalam saku seluarnya segera di ambil.

"Waaa..., sudah jam 6.00 petang..."

Bulat mata Susanti apabila melihat jam yang sudah ke angka 6 petang. Lalu dengan segera dia mengemas segala perkakas ke dalam baldi. Kemudian tangan dan wajahnya di basuh disingki.

Sedang ralit dia mengelap wajahnya yang basah dengan tuala kecil, alangkah terperanjat Susanti apabila melihat sosok perempuan sedang mendukung bayi berada didalam cermin. Mata dan tubuhnya ibarat dipegun oleh makhluk itu. Susanti terkaku apabila melihat wajah mahkluk perempuan itu yang makin lama semakin buruk dan hodoh.

Apabila terasa diri semakin longgar, dengan segera dia menoleh kebelakang. Tetapi..., sederas itu juga mahkluk itu ghaib dari pandangan.

Susanti memandang sekeliling. Didahinya mula mengalir peluh dingin.

"CARI SAYA KE KAK.........????"

Alangkah terperanjatnya Susanti apabila di tegur oleh mahkluk perempuan itu yang tiba-tiba muncul di sebelahnya, dengan pakaiannya yang separuh dipenuhi dengan darah yang berbau hanyir dan kedua-dua bebola matanya hampir terkeluar dari kelongsong mata. Sambil ditangan kanannya memegang kepala seorang bayi dan tangan kirinya memegang kaki bayi dengan jasad badan bayi tersebut terjulur kebawah, tanpa kepala...!!!!

"ALLAH...!!!"

Hampir sahaja dia ingin terjatuh apabila melihat mahkluk itu betul-betul berada disebelahnya.

"KAK...., TOLONG SAMBUNG KEPALA BAYI SAYA NI..... HE HE HE..... TAKUT KE...? HE HE HE......"

Mahkluk itu bersuara sambil menghulurkan kepala dan badan bayi itu kepada Susanti.

Melihatkan kepala dan badan bayi yang hampir reput di suakan kearahnya. Susanti terus rebah di situ juga.


..................................................

Susanti terjaga dari pengsan. Terkejut dia apabila melihat Citra, kak Milah dan Mr Chua berada dihadapannya.

"Kamu pengsan ka Susanti... Sudah berapa lama kamu ada dalam itu tandas...?"
Mr Chua selaku ejen mula bertanya kepadanya. Dia berasa pelik apabila melihat Susanti pengsan didalam tandas berkunci yang sudah lama tidak digunakan lagi.

"Sekarang jam berapa...?" Susanti seakan khayal melihat keadaan sekeliling.

"Sekarang sudah pukul 10.00 malam. Citra call akak, dia risau kamu tak balik-balik lagi...."

Kak Milah menerangkan keadaan.

"Jadi, akak dan Citra call mr Chua untuk cari kamu disini. Dari rumah akak rasa tak sedap hati. Akak dan mr Chua try dulu cari kamu disini. Kan betul...., kamu memang berada disini...." sambung kak Milah lagi.

"Ya Su...., kami jumpa kamu ditingkat atas. Kamu pengsan disana. Mujur kak Milah ada kuncinya. Langsung kamu diangkat dan dibawa pulang ke rumah....." Citra terkejut apabila melihat Susanti tidak sedarkan diri didalam tandas yang berkunci itu.

"Kak Milah yang suruh saya cuci tandas hujung ditingkat tiga dan empat petang tadi. Lagipun tandas ditingkat empat langsung tidak berkunci. Mudah saja saya masukinya..."
Susanti menerangkan keadaannya ketika itu.

"Susanti tandas ditingkat empat, sudah lama tidak digunakan. Sudah tiga tahun ia berkunci. Semenjak kejadian beberapa orang pengunjung pengsan apabila mereka mendakwa melihat hantu didalam tandas tu....!!" Kak Milah merapati dirinya kearah Susanti seperti sedang bergosip lagaknya.

"Lagipun, akak yang pegang kuncinya. Akak sendiri yang kunci pintunya...." sambil menjulurkan segugus kunci kearah Susanti.

"Dulu...., sebelum kejadian macam ni berlaku, ada perempuan mati dalam tandas tu. Katanya dia cuba nak gugurkan anak dalam tandas tu dengan makan pil gugur. Penggugurannya tu berhasil, tapi sebab darah sudah keluar dari faraj dengan terlalu banyak. Maka...., perempuan tu mati kat dalam kubikel tu jugak. Akak tahu pun sebab pak guard yang dah berhenti tu bagitahu. Itulah puncanya...., waallahualam...."

Melopong Susanti dan Citra mendengar kisah disebalik tandas berkunci itu.

"Kejadian tu kami rahsiakan, demi hendak menjaga aib tuan punya pusat membeli belah tempat kita kerja ni...." Kak Milah kembali menyambung ceritanya.

"Maksudnya...., perempuan yang mati tu anak tuan punya shopping complex tu....?" Terbeliak mata Citra mendengar kisah sebenar.

"Ye..., diam-diam sudahlah ye... Jangan bising-bising. Tapikan Susanti...., tadi kamu kata akak yang suruh kamu cuci tandas ditingkat empat....?" Kak Milah mula berasa sangsi dengan kenyataan Susanti tadi.

"Ya, kak Milah yang menyuruh saya cuci tandas ditingkat empat...." Susanti masih lagi dengan pendiriannya.

"Siang tadi akak pulang cepat Susanti. Pukul dua akak dah balik sebab anak akak demam. Lagipun akak langsung tak jumpa dengan kamulah Susanti. Akak sendiri pegang kunci tandas tu. Kak Milah mana yang kamu jumpa ni......?"

Susanti hanya mampu memandang Kak Milah tanpa ada sebarang jawapan darinya.

"Kak Milah...., lain kali kalau saya disuruh untuk cuci tandas ditingkat empat lagi, saya sudah tahu yang "itu" bukan kak Milah....... " Seloroh Susanti sambil tersenyum kelat.


-tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience