Rate

BAB 2

Romance Completed 4942

Balik dari latihan Muay Thai bersama geng-geng kampung sebelah, aku berjalan-jalan dahulu di kawasan sawah padi. Sejak tamat pengajian di universiti, aku membantu ayahku menguruskan ladang ternakan milik keluarga. Segala jenis haiwan ternakan kami bela. Tak cukup dengan itu, sebuah kedai yang menjual daging binatang ternakan turut ayah bina.

Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan kepada keluarga kami sehinggakan kami turut berjaya menjalankan perusahaan mengeksport daging halal ke luar negara. Langit senja mengamit perhatian aku. Kalau kat tempat lain mesti orang pelik kenapalah perempuan ini jalan kaki seorang diri di waktu senja sebegini. Tapi disini, orang dah kenal sangat dengan perangai baran dan ganas aku maka tak ada sesiapa yang berani mengacau.

Mataku tertancap pada seorang lelaki yang sedang menunggang basikal melintasi titi tali air. Dengan gaya terhuyung-hayang macam itu aku dapat mengagak kesudahan lelaki itu. Tak sampai seminit, lelaki itu sudah ‘bermandi’ di tali air.

Tapi…..opppppppppppppssssssssssss tali air tu tempat bahaya! Aku cepat-cepat berlari untuk menyelamatkan lelaki tadi. Tali air itu walaupun tidak sedalam mana tapi ia merupakan ‘lubuk’ ular. Baru minggu lepas Pak Jali, ayah kepada si Senah becok meninggal dunia akibat dipatuk ular disitu.

“Bro! Cepat naik bro!”

Kalut punya pasal aku mencampakkan beg dan menghulurkan tanganku kepada lelaki itu.

“Cik, kita bukan mahram! Haram bersentuhan! Tak pe saya boleh naik sendiri.”

Terkial-kial juga lelaki itu cuba naik ke tebing tapi mana mungkin sebab baru tadi hujan maka tebing itu licin.

“Bro, kat situ lubuk ular! Cepat keluar kalau tak nak mati!”

Keras aku memberi amaran. Bulat mata lelaki itu apabila mengetahui yang dirinya dalam bahaya. Teragak-agak juga dia menyambut huluran tanganku.

Nasib baiklah aku dilahirkan gagah sedikit dari perempuan normal maka dengan sekali tarikan, aku berjaya menaikkan lelaki itu. Elok pula ketika itu aku terlihat ada seekor ular yang bagaikan menjenguk dari lubang di tebing tali air lantas membuatkan aku hilang imbangan. Kami terjatuh dan kini dia diatas dan aku dibawah.

“Maaf..maaf.”

Cepat-cepat lelaki itu bangun dari menindih tubuhku. Tapi agak sukar kerana tanah agak licin kerana berselut sedikit. Aku menolak tubuh lelaki itu sekuat hati. Tercampak juga dia ke tepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience