Rate

Bab 3

Romance Series 3067

Sesampai sahaja aku dirumah. Aku terus masuk kebilik. Maksu yang kat dapur langsung tak ditegur.

" EMELDA!!" jerit makcik aku.

" Yer!!" jerit aku malas.

" KAU TURUN SEKARANG! AKU DENGAN ANAK AKU LAPAR. AKU NAK KAU MASAK" arah Maksu sambil menjerit.

Aku dengan langkah malas bergerak keluar dari bilik. Aku mengeluh. Tiba² ada tangan merentap kasar rambut aku.

" Aduh!! Sakitlah" adu aku.

" Tau pulak kau sakit. Kau tau tak perut aku dah kebulur. Dah cepat masak untuk aku dengan mak aku" arah adik saudara aku.

Aku angguk. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir keluar.

" Hah! nangislah nangis. Aku nak bagi kau sedar yang kau tu menumpang je kata sini. Jangan ingat kau ma'am besar kat sini." kata adik saudara aku sambil menunjal kepala aku.

Laju sahaja aku menepis tangannya. Aku bingkas bangun. Dan menolak dia ketepi. Dia agak terkejut dengan tingkah laku aku.

Tapi aku abaikan. Segera aku berlalu ke dapur. Dan mula menyiapkan makanan tengahari.

Sekali lagi mutiara jernih mengalir dari mata aku. Aku tinggal dengan mak saudara aku tapi aku dilayan sebagai sampah. Dia kata anak haram macam aku tak layak hidup. Dia jijik.

Aku pernah tefikir sape diri aku. Mana ibu bapa aku. Makcik aku kata mak aku dah buang aku sbb aku anak haram. Pada mulanya aku tak percaya tapi bila aku tengok sijil kelahiran aku langsung takde nama mak bapak aku. Yang ada cuma nama maksu paksu

Aku dari kecik kena dera dengan Maksu sejak paksu pergi meninggalkan dunia. Maksu kata aku anak pembawa sial. Sungguh hati aku terluka. Apa salah aku. Hina sangat ke aku. Aku cuma budak yang dilahirkan kedunia tanpa bapa. Sejak dari hari tu aku benci pada ibubapa aku sendiri sbb lahirkan aku kedunia yang fana ni.

Yang tau semua ni Ummu dengan Erin . Bila aku luahkan kat diorang aku rasa tenang. Rasa separuh daripada beban yang aku pikul aku lepaskan. Aku luahkan semuanya termasuk aku kebencian pada ibubapa aku.

Tiba² nasihat ummu terngiang ngiang dia kepalanya.

' Walaupun kau benci kat ibu bapa kau. Diorang tetap darah daging kau. Diorang yang lahirkan kau ke dunia ni. Kalau tak kerana mereka kita mungkin takkan berjumpa dan jadi kawan. Kau patut bersyukur dapat lahir ke dunia ni. Ramai yang lahir kedunia ni tanpa bapa tapi belum sempat mereka nak melihat dunia ciptaan Tuhan mereka mati sbb dibunuh digugurkan. Kau patut tahu sekurangnya mak kau sayang kau kalau tak takda nya kau kat sini'

Ayat tu berpusing pusing dalam fikiran aku umpama kaset rosak.Betul aku sepatutnya aku bersyukur.

' Kau kuat Emel '

Selepas aku menyiapkan makanan tengahhari aku memanggil Maksu dan Meli untuk makan. Sesampainya mereka di ruang makan aku minta diri dan segera pergi ke dalam bilik untuk bersiap.

Sampainya aku dibilik aku memandang sekilas jam yang terletak didinding bilik.

Alamak dah lambat getus hati aku.

Selepas aku bersiap. Dan aku mengambil telefon aku yang berbunyi . Aku membuka aplikasi ws dari Ummu.

Ummu

Woih kau asal lambat
Cepatlah woi
Panas kat luar ni.
Lagi lima minit kau tak keluar aku tinggal.

Terkocoh kocoh aku memakai bedak dan menyapu sikit pelembab bibir. Aku keluar dari bilik dan mengunci bilik takut adik saudara aku masuk bilik aku tanpa izin. Semasa aku lalu dihadapan ruang makan maksu bertanya.

" Kau nak pergi mana" soal maksu dingin

" Nak jumpa kawan" jawab aku.

" Ceyh nak jumpa kawan ke bf. Penipu. Aku tau yang kau nak jumpa bf kau nak mintam duit. Pastu sebagai balasannya kau bagi body kau kat dia kan" kata kata adik saudara aku sinis. Hati aku bagaikan terhiris. Sehina hina aku aku tak pernah buat perkara terkutuk tu jerit hati kecil aku.

Aku diam dan berlalu pergi. Lagi lama aku duduk situ lagi sakit hati aku dengan hinaan dan cacian mereka. Dari pintu rumah aku boleh dengar yang mereka galak ketawa. Hati aku sakit. Aku hempas kuat pintu rumah.

Aku nampak Ummu duduk bersandar di keretanya sambil mengipas ngipas mukanya. Aku tersenyum. Ummu ternampak aku. Muka nya merah jelas sangat dia marah. Haha sorry.

" Oi gila asal lambat sangat keluar" marah Ummu.

" Sorry tadi ada anjing menyalak kat rumah tu" perli aku sambil menunjuk arah rumah tu.

Ummu angguk faham. Dan dia mengajak aku masuk kedalam kereta sebb panas sangat. Haha sian dia kne tunggu aku.

" Kau nangis ke?" soal Ummu.

Aku pandang Ummu dan menggeleng kepala Sambil tersenyum manis.

" Tak payah tipu akulah. Muka kau sembab. Aku tak bodoh lagi" kata Ummu.

" Maksu dan adik sedara kau buat apa lagi. Hina? Caci? Maki?" sambung Ummu.

" Hina sangat ke aku. Bukan salah aku nak hidup kat dunia ni. Semua salah makbapak aku sbb lahirkan aku ke dunia hina ni" kendur suara aku. Air mata aku bertakung ditubir mata.

" Lisa kata aku jual body. Sehina hina aku, aku takkan buat perkara terkutuk tu. Selama ni duit yang aku dapat hasil titik peluh aku sendiri" kata aku. Akhirnya air mata yang bertakung akhirnya terlepas juga. Sakit sangat. Sakit

" Astagfirullah, Emel ni semua ketentuan tuhan. Jangan salahkan takdir. Ni semua berlaku atas kehendaknya. Dia takkan uji hambanya kalau dia tau kau tak kuat. Dia tau kau kuat untuk hadapi semua ni" kata Ummu.

" Betul kata Ummu tu. Jangan salahkan takdir. Dan ni bukan salah kau. Tu semua ujian daripadanya, kitaorang tau yang kau kuat" kata seseorang dari arah belakang.

Aku menoleh. Sungguh aku terkejut mereka semua ada kat situ. Yati dengan Hanis menangis teresak esak kat situ. Aku pandang Ummu mintak penjelasan. Dia hanya tersengih dan angkat bahu.

" Hahaha. asal muka tu cuak sangat. Baru lepas nampak hantu ke" kata Dina.

" K-Korang b-buat apa kat s-sini" kata aku gugup.

" Tumpang kereta Ummu lah tak nampak ke. Hiks..hiks" kata Yati sambil mengesat air matanya. Drama je lebih.

" So korang dah dengar lah semuanya" kata aku.

" Bongok lah kau ni. Memang sah la kami semua dengar. Dari mula kau masuk kereta siap nangis lagi" kata Hanis. Tangis Hanis dah reda .

Aku hanya tersengih.

" Korang tak benci aku ke. Aku kan anak haram."

Diorang semua geleng.

" Buat apa kami nak benci kau. Kau kawan kami. Kami kenal siapa kau. Kesah apa aku. Yang salah tu orang yang mengata mengutuk mencaci mebghina kau. Mulut tak de insurans. Macam suci murni je diri tu nak mengutuk orang." kata Yati.

" Dah ah korang ni tak mo nangis². Sekrang kita enjoy. Lepaskan semua masalah anda dengan brshopping." kata Erin.

Kami semua tergelak bila Erin berkata begitu.

" Kalau nak hilangkan stress solat mengaji berzikir bukan bershopping cik kak oi" sindir Ummu.

Zapp!!

Terus diam mereka bila Ummu buka bicara. Aku pandang Ummu tersengih. Sukalah tu bagi ayat deep kat mereka. Suka pulak aku tengok mereka diam tak berkutik. Hahaha. Aku bahagia dengan rakan ² aku. Aku tak nak hilang mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience