Bab 4

Romantic Comedy Series 109

Kelas 5 Bestari bukan kelas biasa.
Susun atur mejanya sahaja sudah macam strategi ketenteraan. Di kiri dan kanan, dua barisan pelajar lelaki. Tengah-tengah pula ? empat meja lebar yang dibarisi pelajar perempuan, bak pagar berduri mengelilingi taman bunga. Kononnya demi keselamatan dan keseimbangan emosi pelajar lelaki yang ?gampang terjebak?.
Dan di tengah-tengah ?pagar bunga? itu, duduklah Naimah ? si gadis renek manis berisi. Dengan kulit hitam manis, lesung pipit yang malu-malu muncul dan senyum yang boleh cairkan hati budak lelaki kalau dia betul-betul mahu ? Naimah sebenarnya jauh lebih comel daripada apa yang dia percaya.
Dia duduk antara dua sepupu merangkap kawan seasrama dan sekepala ? Zuraidah dan Normaliza. Tapi yang paling menyerlah dalam barisan itu adalah ketua besar mereka ? Akhmar, pelajar baru yang baru pindah dari Sabah dan terus disegani oleh semua. Bukan sebab dia garang, tetapi sebab rangkanya yang besar dan tegap membuatkan dia kelihatan seperti boleh angkat dua meja sekali gus tanpa berpeluh.
?Kita bukan gemuk, kita padat berisi dan penuh karisma!? kata Akhmar dengan gaya srikandi, bila ada budak lelaki cuba ejek. Sejak itu, tiada siapa berani usik dia.
Naimah... walaupun pendiam, hatinya menyimpan satu rahsia besar. Dia suka Umar.
Bukan suka main-main. Tapi suka yang bila tengok Umar senyum, dia pun senyum. Bila Umar gelak, jantung dia macam main kompang. Tapi... dia simpan kemas rahsia itu. Hanya tiga orang tahu ? Zuraidah, Normaliza, dan Akhmar.
?Amanah hati ni berat, Mai. Tapi kami akan simpan sampai ke mati, kan Norm?? kata Zuraidah penuh dramatik.
?Of course! Biarlah pecah perut, jangan pecah mulut!? sahut Normaliza yakin.
Tapi itulah masalahnya ? Normaliza ni jenis yang kalau mulutnya tersilap buka gear, semua rahsia boleh terbabas keluar.
Contohnya, satu hari ketika cikgu Wan Junaidah, alias Mama, tengah mengajar topik ?perakaunan peribadi?, dia tiba-tiba bersuara:
?Cikgu, kalau kita sayang seseorang, tapi tak mampu simpan duit sebab asyik belikan dia aiskrim... tu dikira liabiliti ke??
Seluruh kelas senyap. Mama pandang tajam. Semua mata beralih ke arah Normaliza yang dah mula panik.
?Adoi... terkeluar skrip Naimah... eh! Eh! Maksud saya... er... contoh... umum! Contoh umum!? katanya gagap.
Naimah terus tunduk ke meja. Zuraidah pula buat gaya peluk bantal sambil bisik, ?Habislah... bocor dah tangki.?
Umar yang duduk selari dengan barisan mereka hanya senyum nipis. Tak pasti dia perasan atau tidak.
Sebenarnya Umar dan Naimah memang selalu bersama. Setiap petang, mereka akan ulang kaji bersama-sama di Pondok di tepi gerai kelab usahawan. Kadang-kadang beralih ke pondok tepi makmal sains. Kadang-kadang tersadai makan keropok lekor sambil bercerita pasal formula Akaun.
Mereka tak pernah pun mengaku bercinta. Tapi ke mana ada Umar, di situ ada Naimah. Bagaikan belangkas ? versi akademik.
Sebab itu juga Mama selalu mengusik.
?Naimah ni bakal permaisuri hati Umar. Kalau tak percaya, tunggu je tarikh keputusan SPM diumumkan dua-dua. Confirm satu kereta.?
Pelajar lelaki selalu ejek:
?Mai! Bila nak sanding dengan Umar? Nak jadi pengapit boleh??
Naimah hanya senyum. Tak pernah menafikan. Tapi dalam hati dia risau. Dia tahu Umar sedang bercinta dengan Azian ? si gadis dari sekolah agama di Besut yang selalu disebut-sebut ?gadis surat cinta? oleh Aizuddin.
Tapi Naimah tak mahu mencuri. Dia hanya mahu menyimpan. Cukuplah dia melihat Umar ketawa di hadapannya. Jika suatu hari cinta Umar tak ke mana? mungkin, hanya mungkin, ruang kecil di hatinya akan terbuka untuk orang yang diam-diam mendoakan dari jauh.
Namun... siapa tahu. Berkat mama makin galak menyebut namanya dengan Umar. Kawan-kawan makin kuat menyakat. Dan Umar pula? seakan tak kisah mereka dilabel belangkas.
Satu hari, waktu pulang dari sekolah, Umar tiba-tiba tanya,
?Mai? kalau seseorang bagi awak cincin, tapi dia bagi pada orang lain dulu, awak masih akan terima tak??
Naimah terkedu. Dia tak faham. Tapi senyum Umar hari itu... lain macam.
Normaliza yang di belakang terus bisik, ?Mungkin dia uji. Atau... mungkin dia sedang patah balik. Siapa tahu??
Dan petang itu, angin petang menyambut dua sahabat yang masih belum tahu:
Yang satu menyimpan,
Yang satu sedang keliru,
Tapi takdir sudah mula menyulam kisah baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience