Rate

Bab 1

Romance Series 1301

Qaisara Batrisya ialah seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam apa jua situasi. Dia seorang yang penyayang,baik hati dan dia juga seorang yang sangat cantik,comel dan rajin. Dia telah temui cinta sejati pertamanya iaitu Qayyum Iskandar. Suatu hari,Qayyum ingin berjumpa ibubapa Qaisara. Qayyum pula seorang yang baik,penyabar dan dia paling hensem,dan yang paling utama ialah,dia anak yatim piatu. Sekarang,dia hanya duduk berseorangan sahaja. Qayyum telah sampai ke rumah Puan Hajah dan Encik Mazlan,ibubapa Qaisara. Lalu,Qaisara menjemput Qayyum masuk ke rumahnya. Qayyum ingin memulakan perbualan. " Pakcik,saya ingin berkahwin dengan anak pakcik,iaitu Qaisara Batrisya. " Encik Mazlan berubah wajah. " Qayyum,mari ikut pakcik ke luar sekejap,ada hal nak berbincang. " Qayyum terus keluar tanpa berkata apa-apa. " Qayyum,kamu tahu kan kamu yatim piatu? Kamu ingat kamu layak ke kahwin dengan Sara?! Tak layaklah! Kau tak layak jadi menantu aku! Kau tu dahlah miskin,bodoh pulak tu! Jangan terfikir nak jadi menantu akulah! " Encik Mazlan meninggalkan Qayyum yang sedang menangis. Qayyum terus memasuki keretanya dan memecut laju. Dia ingin pergi ke tempat kegemarannya dan Qaisara. Kerana dia ingin mengulang kembali kenangan bersama insan yang dicintainya,iaitu Qaisara Batrisya. Dia menangis semahu-mahunya disitu. Hatinya sangat terluka dengan apa yang Encik Mazlan katakan padanya.
Qaisara merasakan ada sesuatu berlaku,lalu dia ingin bertanya kepada ayahnya. " Ayah,apa yang ayah cakap dekat Qayyum? " Qaisara membuat muka serius. " Ayah cakap dekat dia yang dia yatim piatu,tak layak kahwin dengan Sara,tak layak jadi menantu ayah. Dia dahlah miskin,bodoh pulak tu. " Encik Mazlan membuat muka tidak puas hati. " Ayah! Apa ayah cakap ni! Ayah tak fikir perasaan Qayyum ke!? Ayah,sebab tu Sara cakap,jangan sakitkan hati orang! Apa yang ayah buat sekarang ni ialah ayah sakitkan hati Qayyum! Apa ayah ni! " Qaisara mencapai kunci kereta dan terus keluar sambil menghentak kakinya. Qaisara pergi ke tempat kegemarannya dan Qayyum. Qaisara mencari Qayyum. " Awak! " Qayyum berpaling. " Sara,apa awak buat dekat sini? " Qayyum mengelap airmatanya. " Awak,saya minta maaf atas apa yang ayah saya cakap dekat awak. Saya menyesal atas sikap ayah saya itu. " Qaisara merasa sedih. " Awak,takpe,saya dah maafkan. Awak jangan risau. " Qayyum menahan sebak. " Awak,jom kahwin lari. Saya sayangkan awak,cintakan awak. " Qaisara menangis,tidak mampu menahan. " Awak,jangan buat macam tu sayang. Tak baik,berdosa sayang. Berdosa derhaka pada ayah awak. " Qayyum menasihati Qaisara. " Tapi saya sayang awak. " Qaisara rasa mahu menangis lagi. Qayyum terus meninggalkan Qaisara terkontang kanting. Qaisara menangis sederas-derasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience