Menunggu bas seawal 6.00a.m bukanlah benda yang menggembirakan hati sesiapa
Mula bekerja seawal 18thn sebagai operator sebuah kilang di bandar baru bangi bukan impian aku sebenarnya.
mahu sambung pelajaran ketahap tertinggi dana tidak mencukupi lantaran hanya mama yang bekerja sebagai buruh ladang. Ada abah yang hanya tahu memeras tenaga isteri aku hanya mampu memandang.
Bukan nak buka aib sesiapa itulah hakikat sebuah kehidupan yang harus Melissa lalui sepanjang tempoh remaja. Turut sama membanting tulang empat demi melunas keperluan adik adik hanya kerana tidak mahu hanya ibu yang terbeban.
Dari umurnya 15thun sehabis sekolah aku bekerja dikedai dobi ah long seorang cina yang baik hati dikampung..
Habis jer sijil pelajaran malaysia Melissa terus keluar dari kampung.
Hanya berbekal rm50 aku meneroka kota besar tinggal bersama saudara mama.
Mencari pengalaman kerja.
Berkerja dan berkawan sesama teman yang ditempatkan bersama disebuah apartment terletak di Kajang.
Masa tu hanya ada pengangkutan bas sebagai kenderaan. Pergi ke bandar Kajang makan satay kajang ataupun sesaja 'hang out' kat shopping mall.
Gaji yang dapat memang beri pada mama. Ambil hanya untuk kegunaan dan keperluan secukupnya.
Anak sulung yang manja sebenarnya.
Share this novel