BAB 1

Romance Completed 11040

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu.

START

Sudah beberapa kali Aneesa bertawaf di dalam pasar raya Giant itu. Tapi kelibat yang dia nampak tadi masih belum kelihatan. Tidak mungkin itu hanya firasat. Apa yang Aneesa nampak tadi memang betul. Bukan angan ataupun khayalan. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum Nampak.

“ Aneesa! Anees!”

Aneesa menoleh ke belakang. Ternyata Mila mencarinya.

“ kau ni kenapa? Cari apa yang sampai gelisah macam ni?” soal Mila dengan melihat sekeliling. Mana tahu ada sesuatu yang menarik ke..

Aneesa menggeleng lemah. Mungkin itu hanya bayangan dia saja. Tak patut asyik fikirkan dia saja. Aneesa kembali lupakan tentang seseorang yang pernah bertahta di hatinya dua tahun yang lalu.

“ betul ni?” soal Mila meminta kepastian. Aneesa mengangguk lalu cuba mengukir senyuman.

“ baiklah kalau begitu. Jom teman aku pergi bayar barang-barang ni. Lepas ni boleh kita singgah kedai untuk makan jap.” Ajak Mila.

Aneesa hanya mengangguk. Buat sekalian kalinya, dia menoleh lagi ke belakang bagi mencari seseorang. Namun hatinya hampa kerana tiada. Adakah itu hanya khayalannya saja?

“ Neesa?” Langkah Aneesa terhenti saat mendengar namanya di panggil.

Mila yang pelik dengan Aneesa menarik tangannya untuk beredar ke kaunter bayaran.

“ Mila… tadi ada orang panggil nama aku ke?” soal Aneesa pinta kepastian. Dia sangat yakin yang ada orang memanggilnya. Malah hatinya kini turut berdebar-debar seperti dia rasakan sebentar tadi ketika mencari seseorang.

“ tak pun. Aku tak dengar pun. Mungkin khayalan kau je tu.”

Aneesa menggeleng. Dia sangat yakin yang ada orang telah memanggilnya. Malah suara itu seperti pernah dia dengar sebelum ini. Adakah itu dia?

Dengan perlahan-lahan Aneesa memaling ke belakang.

“ Neesa…” Aneesa terkaku. Hatinya juga berdegup kencang. Tidak semena-mena matanya mula berkaca-kaca. Jadi benar ini dia.

“ Neesa kan? Aneesa Yusof. Kan?” Aneesa terkelu lidah untuk berkata-kata. Semua ini bagaikan mimpi bagi Aneesa.

“ Aneesa.. siapa tu?” soal Mila yang semakin pelik dengan telatah Aneesa apatah lagi selepas berjumpa dengan lelaki itu.

“ Jadi betullah ini Neesa yang saya cari selama ini. Tak sangka kita di pertemukan semula di sini.”

Tidak sanggup lagi ingin menatap wajah itu. Jadi Aneesa terus memusingkan badan untuk lekas beredar. Hatinya kini turut rasa sakit.

“ Mila… kau pergi bayar cepat. Aku tunggu kau di kereta.” Ujar Aneesa tegas.

Mila yang langsung tak tahu apa-apa hanya menurut. Apa yang kena dengan Aneesa pun tak tahu. Selepas bertentang mata dengan lelaki tu terus dia berubah sikap.

“ Neesa.. tunggu!”

Pantas Aneesa meninggalkan mereka berdua. Bukan saat ini untuk dia luahkan segalanya. Apatah lagi di hadapan lelaki itu.

‘ mengapa Ya Allah. Mengapa? Jadi tadi tu bukan khayalan aku. Ternyata itu dia. Ya Allah adakah kami ini ditakdirkan bersama.’

Kata-kata itu sering bermain di fikiran Aneesa sepanjang dia berjalan menuju ke kereta Mila. Lagi cepat sampai lagi bagus.

“ Aneesa! Tunggu!” Aneesa tersentak. Rupanya dia masih mengekori.

Jadi Aneesa ambil keputusan untuk bersua muka dengan lelaki itu. Itu adalah cara yang terbaik. Memandangkan Mila tiada bersama mereka.

“ kenapa awak lari?” Aneesa memandang tajam ke arah lelaki itu.

“ kita bincang di luar.” Ajak Aneesa. Lantas mereka berdua menuju ke luar pasar raya Giant. Mereka berdua menuju ke restoran yang berada di hadapan pasaraya Giant itu.

“ Neesa…” Aneesa tersenyum hambar.

“ tak sangka saya akan berjumpa semula dengan awak Ikhmal. Saya ingatkan kita tidak akan berjumpa lagi selepas kejadian itu. Kejadian yang sangat menyakitkan hati.” ujar Aneesa dingin.

“ Aneesa.. maafkan saya. Tapi itu semua salah faham saja. Percayalah cakap saya. Saya langsung tak berniat untuk lakukan semua itu. Awak pun tahu kan saya cintakan awak. Jadi mana mungkin saya buat begitu terhadap awak.” luah Ikhmal tulus.

Aneesa senyum sinis.

“ salah faham awak kata? Apa yang awak cuba nak maksudkan ini. Sudah ada bukti dan mama awak pun sudah jelaskan sendiri kepada saya. Awak masih tak nak mengaku. Apa jenis jantan awak ni hah!” bentak Aneesa dengan berang. Setiap kali teringat peristiwa itu, pasti hatinya sakit. Tapi hatinya turut rindu dalam dua tahun itu.

“ percayalah Neesa. Saya terpaksa lakukan demi mama saya. Saya langsung tak cintakan perempuan yang awak tengok tu. Ternyata itu semua rancangan mama dan perempuan itu. Mereka berniat untuk hancurkan hubungan kita ni. Percayalah Neesa.”

Buat pertama kalinya, Ikhmal menitiskan air mata di hadapan wanita. Itu pun di hadapan wanita yang sangat dia cintai.

Aneesa terkejut meilhat keadaan Ikhmal. Tak sangka dia akan menangis demi dapatkan kembali kepercayaan Aneesa.

“ a..awak. tolong jangan menangis. Hati saya sakit lihat awak nangis.” Pohon Aneesa. Hatinya turut sebak melihat penderitaan Ikhmal.

Walaupun kejadian itu buat Aneesa bertekad untuk putuskan hubungan lantas ingin lupakan Ikhmal. Tapi semua itu tak berhasil. Dia masih cintakan Ikhmal dan setiap saat pasti akan merindui Ikhmal.

“ please.. Aneesa. Tolong percayakan saya. Kalau awak masih tak percaya juga. Saya akan bawa awak pergi jumpa dengan mama saya. Dia dah bertaubat dan ingin sangat jumpa dengan awak untuk meminta maaf. Dia sangat menyesal akan perbuatannya dulu terhadap awak. Awak ikut saya?”

Aneesa menggeleng. Dia belum bersedia ingin berjumpa dengan mama Ikhmal.

“ kenapa Neesa? Tolong beritahu saya.” rayu Ikhmal.

“ maaf Ikhmal. Tapi saya belum bersedia. Apatah lagi apa yang telah mama awak lakukan terhadap saya dua tahun yang lalu. Tak mungkin saya dapat lupakan segalanya. Berikan saya waktu Ikhmal.” Pinta Aneesa.

Ikhmal mengeluh perlahan. Akhirnya dia mengangguk tanda menyetujui Aneesa.

“ tapi sebelum awak pergi. Saya nak tahu sesuatu. Boleh kan?” Aneesa hanya mengangguk.

“ awak masih cintakan saya?” Aneesa tersentak. Serta merta jantungnya berdegup kencang.

“ jawab Neesa. Saya masih cintakan awak.”Aneesa tunduk memandang jari. Perlukah untuk diluahkan rasa ini.

“ sa..saya.. lupakanlah Ikhmal. Maaf saya harus pergi dulu.” Pantas Aneesa bangun untuk beredar.

“ jika benar awak masih cintakan saya. Saya doakan agar jodoh kita berkekalan. Jikalau tidak saya hanya mampu berserah kepada Tuhan.”

Usai Ikhmal berkata demikian, Aneesa pun berlalu meninggalkan Ikhmal seorang diri. Pada masa yang sama, air matanya turut mengalir.

‘ bagaimana aku ingin luahkan Ikhmal yang aku masih cintakan kau. Sukar sangat Ikhmal. Kalaulah kau tahu yang aku tidak pernah lupakan kau, apakah kau akan bersamaku? Ya Allah bantulah aku untuk menempuhi semua ini. Aku tak kuat.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience