Rate

"Rindu" (Cerita Pendek)

Romance Series 1800

Merenung jauh dari luar jendela memikirkan seseorang yang sangat dirindui. Seseorang itu jauh dari pandangan tetapi sangat dekat di pangkal hati. Menginginkan cinta yang sejati dan meraih kehangatan di dalam pelukanmu. Disaat aku pejamkan mataku aku selalu teringat akan dirimu, aku selalu merinduimu dan berharap kamu juga akan merasa perasaan yang sama. Setiap rutin hariku dipenuhi dengan perasaan yang memilukan kerana dihantui oleh rasa rinduku yang melonjak-lonjak di dalam diriku. Tapi aku bersyukur kerana memiliki sebuah hubungan percintaan yang sangat menakjubkan sehingga kini kita masih bersama walaupun kita hanya berhubung hanya di atas talian. Tuhan menemukan kita pasti ada hikmahnya dan mempunyai banyak makna yang akan menjadikan kita lebih matang serta menjadi seorang yang setia dan percaya antara satu sama lain.

“Ting!” Bunyi pemberitahuan mesej telah masuk dan ia daripada seseorang yang sangat aku kenali. Dia adalah Amir Azim, Amir Azim adalah sahabat aku yang telah menjadi cinta sejati sejak aku berumur 13 tahun dan kini aku sudah berusia 18 tahun. Kami berdua sebaya, tetapi kami tidak berkenalan secara langsung sama seperti rakan-rakanku yang lain. Kami berkenalan melalui fac dan hubungan kami berdua masih kekal sehingga kini. Aku sangat senang apabila berkenalan dengan dia kerana dia seorang yang sangat memahami dan juga memenuhi ciri-ciri lelaki idamanku. Jika dia mengetahui aku suka padanya hanya kerana dia mempunyai semua ciri-ciri lelaki idamanku, pasti aku akan berasa kaku dan malu. Aku tidak mahu dia mengetahui tentang itu tetapi biarlah rahsia ini disampaikan kepadanya ketika kami berdua dapat bersua muka dan sudah mengenali hati budinya. Suka duka kami berdua lalui bersama, tidak kira ada orang yang ketiga atau kemudiannya. Aku berharap dia adalah cinta yang terakhir dalam hidupku.

Aku lantas mengambil telefon bimbit yang berada di sebelahku. Aku terus membuka mesej dia dari WhatsApp dan membaca isi mesej yang dia telah dihantar kepadaku dan aku laju menaip untuk membalas mesejnya. Aku berasa sangat teruja kerana dia menghantar mesej ketika aku memikirkan dia.

Amir Azim: Assammualaikum my love.. Rindulah kat awk..

Aku: Waalaikumsalam.. Awk tahu-tahu je ye.. Saya pon tgh rindukan awk jgk..

Amir Azim: Ye lattew..

Aku: Yeee awk.. Saya sgt2 rindu kat awk..
Aku: Awk..

Amir Azim: Ye

Aku: Bila ye kita berdua akan jumpa?

Amir Azim: Inshaa Allah kita berdua pasti akan berjumpa..

Aku: Insyaa Allah..
Aku berharap kita berdua akan berjumpa pada suatu hari nanti. Insyaa Allah. Jika aku diberi dua pilihan sama ada mahu hidup kekal selamanya atau dapat berjumpa dia sekarang. Aku akan memilih pilihan yang kedua itu. Aku sangat berharap aku dapat bertemu dengan dia, apa jua yang berlaku, aku tetap akan setia menunggu supaya impian kita berdua menjadi kenyataan.

Ketika dia mula menegur aku di fac, aku tidak berfikir panjang dan terus membalas teguran dia. Sejak dari situ kami berdua mula selesa membuka perbualan yang biasa seperti rakan di fac yang lain. Tetapi yang membuatkan dia lain daripada rakan di fac aku, dia tidak pernah membualkan perkara yang membosankan dan perkara yang membuat aku tidak selesa. Kami mempunyai minat yang sama seperti motor, warna dan makanan. Dahulu, kami saling bertukar cerita dan berkongsi masalah yang dihadapi pada ketika itu. Aku senang dapat berkongsi masalah aku dengan dia. Dia selalu memberiku nasihat untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut. Selepas beberapa bulan kami mesej di fac, kami mula berpindah ke WhatsApp untuk memudahkan perbualan kami berdua tanpa perlu mendaftar masuk ke fac untuk membuka mesej daripadanya.

Kini kami berdua sudah berumur 18 tahun dan kami berdua masih berdarah muda dan bersemangat menempuhi dunia. Kami berdua sudah bekerja tetapi tempat kami berdua berbeza dan sukar mencari masa yang sesuai untuk berjumpa. Aku dan dia sangat sibuk menjalankan kerja demi mencari wang saku. Aku bukanlah daripada keluarga yang berada, aku hanya seorang gadis berusia 18 tahun dan ingin mencari pengalaman bekerja selepas tamat peperiksaan SPM. Aku juga ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti atas keinginan ayah aku yang teringin anak kesayangan perempuannya menyambung pengajian untuk mewangikan nama keluarga. Kalau diikutkan, aku bukanlah pelajar yang pandai seperti rakan-rakan aku yang lain. Keputusan SPM aku hanya cukup- cukup makan sahaja. Aku sebenarnya tidak pasti mahu menyambung pelajaran ke Universiti atau tidak kerana ia akan mengambil waktu yang agak lama. Dan semakin lama aku harus bersabar ingin bertemu dengan dia. Tetapi jika aku melepaskan peluang ini, aku tidak akan mencapai impian aku. Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja. Aku tinggal di Selangor manakala dia tinggal di Kelantan. Tempat tinggal kami berdua sangat jauh tetapi kami berdua selalu berhubung dan sentiasa bertanyakan khabar supaya tidak melupakan antara satu sama lain.

Hari ini aku cuti, jadi aku dapat mengisi masa terluang aku dengan perkara yang aku suka dan dapat rehat secukupnya. Tetapi walaupun ia dinamakan hari cuti, ia tidak bermakna aku akan berdiam diri sahaja di dalam rumah kerana aku seorang yang suka keluar kemana sahaja yang penting tidak terperap di dalam rumah. Bukan aku tidak suka berada di rumah, tetapi dengan cara ini aku dapat menenangkan fikiran aku yang terlalu penat akibat bekerja siang malam. Kadang- kadang aku mengajak sahabat sekolah aku untuk keluar bersama-sama dan kadang-kadang aku suka keluar bersendirian supaya dapat ketenangan. Aku selalu meneroka ke tempat yang indah, lebih- lebih lagi di Tasik Taman Jaya. Disana mempunyai tasik yang sangat cantik pemandangannya, aku sering kesitu jika hatiku terluka. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan bersendirian kerana jika aku dapat meluangkan masa bersendirian, aku dapat menarik semangat dalam diri aku untuk terus berusaha hidup dan mencari masa untuk bangkit kembali apabila terjatuh daripada hidup.

Hari ini aku bercadang mahu pergi ke Tasik Taman Jaya bersendirian. Aku telah bangun awal dari sebelumnya lalu aku bersiap dengan memakai pakaian yang simple dan mudah. Sesuai juga bagi semua para gadis diluar sana, iaitu dengan berseluar jeans biru, baju blouse biru dan tudung bawal biru. “Warna pakaian wajib kena sempadan” Dan juga aku berkasut sukan warna biru. Warna biru adalah warna kegemaran aku sejak dulu yang datangnya dari hati kerana warna biru adalah warna yang tenang dan indah. Warna tersebut dapat mencerminkan diri aku yang sebenarnya, aku adalah bagaikan air yang mengalir tenang. Walaupun aku dikenali seorang yang sensitif dan emosi tetapi itu tidak menjadikan aku dipinggir oleh semua orang. Aku sangat disenangi ramai orang kerana aku selalu menjaga hati dan perasaan orang lain tanpa mengutamakan perasaan diri sendiri. Perkara tersebut sudah sebati dalam diri aku, aku tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana apa yang kita buat pada orang lain, dan itulah orang lain akan buat kepada diri kita. Aku mahu semua orang layan aku dengan baik dan terima aku seadanya supaya aku lebih menyayangi diri aku.

Aku berjalan kaki untuk menuju ke stesen bas untuk medapatkan bas pergi ke Subang kerana disana aku akan mendapatkan LRT untuk terus pergi ke Tasik Taman Jaya. Semasa dalam perjalan kesana, aku mengisi waktu terluang aku dengan membaca buku novel. Hobi aku adalah membaca novel dan tidak kisah sama ada novel seram ataupun novel tentang percintaan. Aku suka semuanya kerana dengan membaca novel sahaja dapat menenangkan hati dan dapat merasai jalan cerita disetiap bab dalam novel itu bagaikan menjadi kenyataan didalam dunia reality. Lebih-lebih lagi jika banyal konflik dan pertualangan yang ada dalam novel yang membuatkan diri aku tertarik untuk membaca semua bab dalam novel tanpa berasa bosan atau lelah. Mana tidaknya sudah dijadikan hobi sudah tentu tidak kisah walaupun seharian suntuk hanya membaca buku novel sahaja.

Apabila aku telah mendapatkan bas, aku terus pergi ke stesen LRT kemudian aku sampai di destinasi yang aku ingin pergi iaitu Tasik Taman Jaya. Disana terdapat beberapa pasangan kekasih yang sedang meluangkan masa bersama. Ada yang sedang makan bersama dan ada yang sedang bergurau senda, sejujurnya aku juga ingin begitu tetapi aku harus bersabar kerana tuhan menguji aku begini supaya aku dan dia jauh dari perbuatan zina. Aku harus menjaga iman aku supaya tidak terjerumus dalam dosa perzinaan, aku bersyukur aku masih memiliki masa yang panjang untuk mengenalinya dan dapat melihat kesetian dan kepercayaan dia terhadap aku. Aku dapat merasakan dia adalah jodohku. Aku akan bersabar dan menunggu masa yang tepat untuk kami berdua bersama supaya hubungan kami berdua mendapat keberkatan daripada tuhan dan diretui oleh kedua ibu bapa aku.

Perkara pertama yang paling menyenangkan ketika aku di Tasik Taman Jaya ini adalah dapat melihat pemandangan tasik yang cantik tanpa ada pencemaran air dan tidak seperti tasik yang lain. Yang kadangkalanya ada yang kotor akibat daripada sikap segelintir manusia yang berani membuang sampah ke tasik tanpa menghiraukan kesannya terhadap bumi juga orang lain.

Bukan hanya disebabkan tasik ini cantik malah di sini terdapat seribu satu kenangan bersama bekas teman lelaki aku sebelum menemui Amir Azim iaitu Azizul Hakim. Dan disini lah pertama kali aku bertemu dengan si dia, dia juga yang mencadangkan tempat ini sebagai tempat kami berdua selalu bersama. Ketika cinta masih hangat, aku sering keluar bersamanya dan aku gembira apabila bersama dia sepanjang perjumpaan kami. Dia pernah memberi aku aiskrim sebagai tanda terima kasih kerana sudi keluar bersama. Dia sering menatap mata aku ketika aku duduk disebelahnya, aku tidak kuat untuk melawan tatapan matanya yang memberi banyak makna kepada hatiku yang dia menyayangiku. Aku sering kalah melawan perasaan aku untuk tidak menyukainya kerana aku hanya ingin berkawan dengan dia sahaja. Tetapi aku tidak boleh berbohong dengan diri aku yang aku sangat menyukai Azizul Hakim. Dan tanpa diketahui dia juga merasai perasaan yang sama, kemudian disitu lah bermulanya hubungan cinta mula menggunung dan merasai takut akan kehilangan.

Walaupun hubungan kami agak lama sehingga 3 tahun, kemudian berakhirlah hubungan aku dan Azizul Hakim pada pertengahan bulan November. Kami berdua berpisah kerana aku mula tawar hati dengan dia kerana akhir-akhir ini dia sering sibuk dengan kehidupannya tanpa memberi sedikit masa untuk bertanyakan khabar kepada aku. Aku sudah puas tersiksa kerana dia sudah tidak seperti mula-mula kita kenal dahulu, dia sudah berubah. Dia selalu menyakiti hati aku, dia selalu bercakap lepas tanpa memikirkan perasaan aku ketika itu. Dia sering menyalahkan aku apabila kami berdua bergaduh, dia menjadikan aku punca utama bergaduhan ini. Aku berasa sungguh kecewa kerana dia tegar melakukan sebegitu rupa. Apabila kami berdua mulai putus, masing-masing mencari haluan sendiri. Walaupun aku sudah tiada apa kaitan lagi dengan dia, aku masih menyimpan secubit perasaan kepadanya. Bukan mudah bagi seseorang untuk melupakan kekasihnya apabila hubungan kami sudah tercipta 3 tahun.

Aku berjalan mengelilingi Tasik Taman Jaya dan terlihat tiada perubahan di situ. Apabila melihat kawasan di situ, aku mula terkenang kenangan manis aku bersama Azizul Hakim. Tiba-tiba aku merasa ada sesuatu yang mengalir dipipiku, aku tidak sedar yang aku sedang menangis. Semakin banyak air mata aku berlinangan dan aku tidak dapat menahannya, aku semakin galak menangis. Menangis keseorangan di situ tanpa menghiraukan jika ada orang lain lihat.
“Sesungguhnya saya masih merindui awak Azizul Hakim”.

P/s: Kalau anda rasa cerita pendek ini menarik, anda boleh terus sokong saya supaya saya lagi bersemangat mahu menyambung cerita ini. Tolong share kepada rakan-rakan anda yang lain untuk sokong juga. Insyaa Allah, jika diberi peluang. Saya akan mencipta kisah yang lebih menarik. Jika anda ada cadangan untuk saya, boleh terus Mesej saya 011-3937 3454. (Hizati) Kemudian berikan tajuk apa yang anda mahu. Insyaa Allah saya akan buat yang terbaik.
Saya berharap dengan ini saya dapat mencungkil bakat saya supaya saya merialisasikan cita-cita saya sebagai seorang penulis. Terima Kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience