Bab 2

Family Completed 662

malam itu Aini dan Rachel sampai.
pintu rumah diketuk.
Syaina membuka pintu.
Syaina gembira melihat rakan-rakan nya itu tetapi sengaja membuat muka dingin.


"Assalamualaikum. eh,kau dah kenapa Syaina?"~Aini terkejut melihat rakannya itu kelihatan dingin.


"waalaikumussalam. kau kata nak datang awal. kenapa lambat?"~Syaina bermuka ketat.


"Rachel nilah. bersiap macam orang perempuan bersiap kau tahu tak. mandi berjam. nak pakai baju aku yang kena sarung kan. macam budak betullah dia ni."~Aini membebel.


"sorry lah.."~Rachel menjadi malu.


"aku gurau jelah. korang ingat aku ni tak bisa ke dengan korang?asyik lambat. nasib baik makanan aku baru siapkan. masuklah. nak maghrib dah ni.."~Syaina menjemput masuk.
Aini dan Rachel masuk.


"mana Eisya?senyap je?"~Rachel.

"ada dalam bilik. aku panggil korang ni pun sebab kelakuan Eisya tu lah. dia selalu sangat duduk dalam bilik. tak macam dulu..."~Syaina berterus terang.


"risau pula aku dengar."~Rachel risau.
Aini merenung tajam Rachel.


"jangan fikir benda lain."~Rachel tahu apa yang bermain di fikiran isterinya itu.


"Wey,dah nak maghrib ni. jom solat berjemaah. aku panggil Eisya sekali."~Syaina naik ke atas.


"assalamualaikum,Eisya. jom solat sama sama. Aini dan Rachel dah sampai tu ."~Syaina mengetuk pintu.


"waalaikumussalam. baiklah. saya turun nanti. nak ambil air wuduk."~Syaina terus berlalu dari situ.

Syaina turun.


"korang,pergi ambil air wuduk dulu. aku siapkan tempat solat."~Aini dan Rachel ke bilik air untuk ambil wuduk.

setelah selesai ambil wuduk.
Rachel menjadi imam.
selesai solat.
mereka makan bersama.

"Syaina,Aini,Rachel. saya ada sesuatu untuk kamu berdua."~Eisya bangun masuk ke dalam bilik nya.

Eisya keluar dari biliknya.
dia membawa tiga kotak yang agak kecil.

kotak kotak itu diberikan kepada Rachel,Aini dan Syaina.
mereka membukanya.

Mereka mendapat pin gambar keluarga mereka masing masing.
terdapat kertas pada setiap kotak.
mereka belum perasan.


"terima kasih, Eisya. tapi,kenapa kau bagi ni kat kitorang?"~Aini.


"sama sama. saya nak awak semua ingat saya setiap kali awak pandang benda tu. "~Eisya.


"apa maksud kau?"~Rachel masih tidak faham .


"tak pe. bila dah tiba masanya,awak semua akan faham. dan,dalam setiap kotak kamu sehelai kertas. kamu malam ni. ada sesuatu yang perlu awak semua selesai kan. untuk saya.."~Eisya memberikan senyuman manis kepada rakan-rakannya.

mereka kembali makan.
setelah semuanya selesai makan.


"tak pe. biar saya kemaskan. awak semua boleh lah berborak dulu. "~Eisya mengambil pinggan mangkuk.


"baiklah. terima kasih."~Syaina memeluk Eisya.


"sama sama."~Eisya kembali mengambil pinggan mangkuk untuk dibersihkan.

Aini,Rachel dan Syaina berada di ruang tamu.
mereka menonton televisyen.
mereka juga berbual-bual.


"assalamualaikum sahabat saya. "~Eisya dari belakang memeluk Syaina dan Aini.


"waalaikumussalam. kenapa tiba tiba peluk kitorang?"~Aini pelik.


"sebab ini akan jadi pelukan terakhir saya untuk kamu berdua. sahabat saya..."~Eisya masih memeluk Aini dan Syaina.


"hah?"~Syaina tidak faham.


"dah lah tu,mari kita ambil wuduk. dah nak masuk waktu Isya'dah ni. jom solat berjemaah. Rachel jadi imam."~Eisya meninggalkan mereka.


"korang dengar kan?jomlah."~Aini bangun. begitu juga Syaina dan Rachel.

mereka solat berjemaah.
selesai solat Isyak.
mereka berasa pelik kerana Eisya masih lagi dalam keadaan bersujud.
mereka sudah pun selesai solat.
Aini menggoncang kan sedikit badan Eisya dan Eisya terjatuh.
mereka yang lain menjadi cemas.
Aini cepat cepat mengambil lengan Eisya.
tiada denyutan nadi.
Mereka cemas lagi.


"Eisya! Eisya,bangun Eisya!jangan lah main main...."~Syaina mula menangis.


"Syaina,kita dah tak boleh buat apa lagi...dia dah tak da...dia dah tinggalkan kita..."~Aini dan Syaina berpelukan sambil menangis.


"kenapa kau pergi....Eisya..."~Syaina menangis dalam pelukan Aini.


"sabarlah korang...orang dah tak ada..marilah kita bagitau yang lain.."~Rachel keluar untuk memberitahu yang lain.
jiran jiran terkejut kerana Eisya sudah tiada. Eisya memang baik sehinggakan kebaikannya itu membuatkan dia terkenal disitu.
ada yang menangis teresak esak kerana Eisya ialah sahabat semua orang disitu.

majlis pengebumian Eisya.

semua orang menangis .
tiba tiba datang seorang wanita berpakaian jubah cantik.


"assalamualaikum. betul ke yang Eisya dah tak ada?"~Wanita itu bertanya kepada Aini,penyambut tetamu.

Aini hanya mengangguk.
Wanita itu memeluk Aini.


"awak janganlah sedih..nanti roh dia tak tenang.."~Wanita itu cuba untuk menenangkan Aini.


"siapa puan ni?"~Aini bertanya.


"saya Mina. Doktor Mina."~Mina.


"doktor?"~Aini.


"saya selalu dengar pasal awak dan yang lain. Eisya macam tahu tahu je yang dia akan pergi. sebab tu dia bagi saya jubah ni. dia kata saya kena pakai jubah ni masa majlis pengebumian dia.."~Mina.

Aini memeluk Mina lagi.
Mina dapat lihat Syaina yang masih menangis disebelah mayat rakannya itu.
Mina pergi ke arah Syaina.


"Syaina, jangan lah menangis..arwah pasti tak suka lihat awak menangis macam ni.."~Syaina memandang Mina.


"kau siapa?"~Mina tersenyum.


"saya Mina. Doktor Mina ."~Mina tersenyum lagi.


"awak kenal ke dengan Eisya?"~Syaina.


"semua orang kenal dengan arwah. dia baik orang nya. tapi... disebalik senyuman dia tu,dia ada banyak yang dia sembunyikan."~Mina.


"apa tu?"~Syaina ingin tahu.


"Arwah ada penyakit. Penyakit tumor di otak. stage terakhir. walaupun begitu,dia tetap tersenyum. sepatutnya,dia dah lama tiada.dia memang kuat "~Mina.


"apa?"~Syaina bagaikan tidak percaya.
rakannya itu mempunyai penyakit yang dalam keadaan bahaya. tetapi,tiada sesiapa pun yang perasan.


"terima kasih,sebab bagitau saya..."~Syaina mula menggunakan kata nama saya.

Mina gembira mendengarnya.
Syaina pergi ke arah Aini.


"Aini,jom pakai pin yang Eisya bagi tu. "~Aini bagaikan tidak percaya kerana dia dengar Syaina berkata saya.

Aini mengangguk.
mereka memakai pin yang Eisya berikan.
begitu juga Rachel.


"mungkin dia dah tahu yang dia akan pergi. malam ni .."~Syaina sayu.


"ya. tapi apa yang penting,Eisya nak kita teruskan hidup walaupun kehilangan seseorang."~Aini.


"walaupun jauh dimata,tetapi dekat dihati..."~Syaina mengungkap kata kata itu tanpa dia sedari.

Aini memandang Syaina manakala Syaina memandang Aini.
mereka tersenyum dan berpelukan.
walaupun mereka tahu yang mereka kehilangan seseorang.
tetapi,mereka tetap tersenyum.

selesai majlis pengebumian Eisya.
di rumah.


"kejap,arwah ada bagitahu kita yang dia ada bagi kertas kat kita. katanya kita perlu selesaikan. cuba cari."~Aini memecah kesunyian.

mereka mencari disetiap sudut kotak itu.
mula mula Eisya menjumpainya,Aini pula menjumpainya.
tiba tiba Rachel main masuk bilik itu.

" Aku ada jumpa kertas yang arwah bagi."~Rachel.

Aini dan Syaina agak terkejut kerana tanpa ketuk pintu,tanpa beri salam terus masuk.


"kau ni kalau ye pun,jangan lah main sergah je masuk bilik orang."~Syaina marah.


"yelah,abang. ni bukan rumah kitalah nak main buka je pintu. "~Aini pula membebel.


"sorry..aku ada jumpa kertas yang arwah bagi."~Rachel menunjukkan kertas yang diberikan oleh arwah.


"lambat."~Aini mengambil kertas Rachel.
dan Syaina mengambil kertas Aini dan Rachel pula.
Syaina meneliti.


"korang,apa yang yang arwah katakan nak dekat samalah. kecuali ada lah juga yang arwah buat lain sikit. bila gabungkan semuanya,ianya akan menjadi.."~Syaina menyalin semula dan menjadikannya satu kertas.


"ni dia. aku dah gabungkan ketiga tiga surat kita."~Syaina memberikan kertas itu kepada Aini.

Aini menyambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience