OH MY GOD! Dah pukul dua belas tiga puluh minit rupa-rupanya. Asyik sangat tulis novel sampaikan aku tak sedar dah pukul berapa. Ala... takpe. Lagipun esok bukannya hari berkerja. Masih lagi ada cuti. So, tak salahkan kalau aku stay up? He he.. sebenarnya aku sendiri pun tak rasa mengantuk lagi. So, lebih baik aku terus menulis novel aku ni selagi ada inspirasi.
Apa lagi nak tulis ya? Hilang! Eh! Kenapa hilang pula inspirasi aku tadi? Bila tengah mencari inspirasi balik, mengantuk la pulak. Aku rasa better aku stop sini dulu. Esok-esok aku sambung tulis lagi.
Sebaik aku menutup laptop, Nasha menjengahkan kepalanya ke dalam bilik.
“What the f..” Aku hampir tercarut dek terkejut ternampak kepala dia yang terjenguk masuk ke dalam bilik. Dah pukul berapa? Gila tak terkejut. “What’s wrong with you, Nasha?” Aku menjelingnya kasar.
“Sorry la. Tadi aku turun minum air. Ternampak pula kau tak tido lagi. Terkejut ke?” Tersengih-sengih dia berjalan ke katil. Ei! Geram aku dengan sikap dia kadang-kadang tapi tu la Nasha Harrison yang aku kenal sejak kecil lagi. Suka mengusik orang dan peramah.
Memang sikap dia yang aku nampak dari pertama kali aku menjejakkan kaki ke Rumah Anak Yatim Mary (RAYM) ketika berusia 8 tahun. Dia memang cepat mesra dengan sesiapa sahaja dan suka tolong orang. Tapi, hanya aku la kawan yang dia rapat sampai sekarang. Emm! No! Kami lebih kepada adik-beradik.
“Kenapa tengok muka aku lama-lama? Mesti kau jealous tengok kecantikkan aku kan.” usik dia lagi. “Oh my G! Stop la puji aku, Babe!” Kami tertawa dengan gurauan ‘full of yourself’ itu. Tapi memang kami berdua cantik pun! Ha ha ha...
“Tak da nak cakap apa kan? Pergi la tido, Cinderella.” Nasha tertawa kecil dan menjeling. Boleh dikatakan, dulu semua penghuni RAYM tahu pasal Nasha yang memang tak boleh nak tahan mengantuknya tu lebih dari pukul dua belas tengah malam. Sebab tu, kami menggelar dia Cinderella.
"Hurmm, memang da ngantuk ni tapi kejap lagi la aku tido. Novel terbaru kau akan di release next week kan?" soal Nasha. Aku mengangguk lalu tersenyum melihat wajah sedihnya. "Ala.. Aku pergi seminggu jea pun.. Macam tak biasa."
"Ni la muka 'biasa' aku bila novel terbaru kau release." Nasha menarik nafas perlahan. "Seperti biasa, Miss Kathrine Aorolla akan menjelajah kota baru, tempat baru untuk menghasilkan novel baru. Yang lain daripada yang lain." Aku tertawa dengan bicara dia. "So, da ada idea?" Nasha menutup mulut yang menguap. Aku mengangguk. "PSYCHO."
Tawa Nasha membuat aku pelik. "Ni mesti pasal budak Psycho masa kita kat kolej dulu kan.." Aku turut tertawa. Teringat tentang kejadian-kejadian lucu ketika kami masih bergelar pelajar. "No. Storyline macam tu da banyak sangat orang buat. Aku nak buat cerita.. yang mungkin dia mengalami depression. And, bertukar jadi Psycho."
"Depression to Psycho? Menarik tapi agak menyeramkan juga la. Bayangkan, kau tinggal dengan orang macam tu. Serumah! Shit! Aku tiba-tiba rasa takut." Nasha menggeleng. "Hurmm, such a good idea! Napa aku tak terfikir macam tu tadi ya."
"Kath! Babe, kau serius ke nak tulis novel macam tu? Ya la, genre novel kau sebelum ni kan, pasal love and family.." Aku tersenyum sinis. "Cuba kau bayangkan aku ni seorang yang Psycho. Kita tinggal serumah kan? Mesti kau nak keluar dari rumah ni, tapi susah nak cari rumah sewa yang murah."
Serentak aku dan Nasha tertawa. "Okay, let think about that.. Kau jadi Psycho. But, wait! Bukan ke sebelum sebelum kau jadi Psycho, Kau depression?" Aku mengangguk. "Sebab apa, Babe?" Nasha membuat muka sedih. "Sebab kau yang hari-hari merosakkan hari aku."
Nasha tertawa. Kami mula berimaginasi bagaimana nak menghasilkan jalan cerita yang menarik untuk novel aku yang seterusnya sehingga la aku tidak menyedari bila masa aku terlelap.
Share this novel