Rate

NENEK

Horror & Thriller Completed 550

Cerpen: NENEK

Maya seorang gadis yang cantik parasnya. Sentiasa menjadi perhatian dan siulan anak-anak muda di kampung, tidak terkecuali seorang pemuda yang juga meminati gadis itu dalam diam iaitu Adam. Tetapi, Maya tidak menyukai Adam kerana pemuda itu mempunyai kehidupan yang miskin.

Maya tinggal bersama dengan neneknya, Nek Minah. Neneknya itu sudah pun berumur 87 tahun, tetapi masih gagah mencari rezeki dengan membuat pelbagai kuih muih dan meraut lidi untuk di jadikan penyapu. hasilnya itulah Nek Minah menanggung perbelanjaan dirinya dan juga cucunya Maya.

Tetapi sayang seribu kali sayang, peribadi gadis itu tidak secantik wajahnya. Maya seringkali berlaku biadap dengan Nek Minah.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu hingga seterusnya, Maya sudah pun menginjak dewasa. Dia juga sudah mula pandai untuk menghias diri. Dengan hasil jualan Nek Minah, Maya gunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perbelanjaan harian rumah yang sudah semakin susut.

"Maya, ke mana sahaja kamu nak. keluar pagi, pulangnya senja." tegur Nek Minah dengan lembut.

"Maya keluar dengan kawan-kawan Maya. Nenek ni sibuk aje lah" rungut Maya, semua barang-barang yang di belinya di pekan tadi di campak ke atas kerusi kayu.

"Maya belikan apa untuk nenek?" Tanya Nek Minah dengan penuh harapan.

"Semua ni barang Maya. tak ada apa yang Maya belikan untuk nenek. Nenek bukan pandai bersolek pun" ujar Maya biadap.

Nek Minah terdiam. berkerut-kerut wajahnya mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.

"Maya, janganlah boros sangat ya sayang. Nenek dah tak ada duit lagi nak di buat belanja. beras makin sikit. lauk pauk yang lain pun cukup-cukup untuk kita makan 2 hari lagi. berjimatlah sikit ya" nasihat Nek Minah perlahan.

"Jangan kedekut sangatlah Nek. duit tak ada, nenek buatlah kuih lagi, jual." ujar Maya, pandangannya di hala ke luar rumah.

"Nenek dah tak larat lagi nak buat kuih. badan nenek selalu sakit-sakit" Luah Nek Minah dengan harapan mendapat simpati dari cucunya itu.

"Alah, sakit sikit dah tak nak berniaga. manja sangat. macam mana nak dapat duit kalau nenek tak berjual? jangan malas sangatlah nenek. nanti kita nak makan apa? batu? kayu? Maya tak nak"

Nenek Minah hanya menunduk. air matanya menitis tanpa di paksa. di kesat air mata itu dengan hujung kain lengannya.

"Cakap sikit menangis, sikit-sikit menangis. susahlah. dah lah, Maya nak masuk bilik tidur. malas nak layan Nenek" Marah Maya. barang-barang yang baru di belinya tadi di capai dan di bawa sekali ke dalam bilik.

Nek Minah hanya menahan kesedihan berseorangan. tiada siapa untuk dia meluahkan rasa hati. jika Adam ada di sini, kepada lelaki itu sahajalah Nek Minah meluahkan perasaan. Adam seorang lelaki yang amat baik, rajin menjenguknya dan menemaninya berbual. Jika nak di bandingkan dengan Maya, gadis itu tidak pernah lekat di rumah.

Setahun berlalu, Maya menerima pinangan dari seorang pemuda yang kaya raya. Nek Minah hanya bersetuju kerana Maya memaksanya. jika diikutkan hatinya, Nek Minah lebih suka Maya berkahwin dengan Adam, kerana Nek Minah percaya, pemuda luhur itu mampu menjaga cucunya dengan baik sekali.

"Adam tu apa yang ada? setakat kerja jaga lembu je. berapa sen dia boleh dapat. ada hati nak kahwin dengan Maya? ish, tak naklah." kata Maya sambil menjeling ke arah Nek Minah.

"Adam tu baik Maya. dia boleh jaga kamu dengan baik. Nenek suka sangat kamu berkahwin dengan Adam" ujar Nenek Minah jujur.

"Kalau macam tu, nenek sahajalah yang kahwin dengan Adam" Balas Maya dengan biadap. langsung tidak memikirkan hati dan perasaan Nek Minah yang terguris dengan kata-katanya.

Namun apakan daya, kehendak Maya melebihi dari segala-galanya. Nek Minah terpaksa melepaskan Maya dengan berat hati.

selepas majlis perkahwinan di buat. Maya terus meninggalkan Nek Minah keseorangan di kampung. Maya mengikuti suaminya pulang ke bandar.

Tinggallah Nenek Minah terkulat-kulat di pondok kecilnya. hatinya sedih tidak keruan apabila di tinggalkan oleh cucunya tanpa di bawa bersama.

Setiap hari Nek Minah menanti kepulangan Maya di depan rumah. harapannya tinggi menggunung dan dia yakin Maya akan pulang menemuinya. tetapi harapan tinggal harapan. Nek Minah di kecewakan berkali-kali.

2 tahun sudah berlalu..

Maya sentiasa di hantui rasa ketakutan. setiap masa, rumahnya di datangi samseng-samseng pengutip hutang. pagarnya yang tinggi melangit di gegarkan oleh orang-orang along.

Maya menghubungi suaminya sejak beberapa bulan lalu. tetapi panggilannya tidak pernah di jawab. ketakutan Maya semakin bertambah sejak akhir-akhir ini. masalah sewa rumahnya juga memeningkan kepalanya.

"You, i beri masa 2 minggu sahaja untuk bayar sewa rumah ni. dah 4 bulan tertunggak tau. you bayar untuk 3 bulan sahaja pun, dah cukup. lagi sebulan i halalkan." ujar Puan Shiren selaku tuan rumah yang dI duduki Maya.

"2 minggu? lebih lagi lah. 2 minggu tak cukup bagi i. mana i nak cekup duit sebanyak tu?" rayu Maya bersungguh-sungguh.

"Maya, i ada tanggungan tau. i bela nenek i yang sakit terlantar kat rumah tu. i tak bekerja dan i harapkan duit sewa rumah tu aje. nak harapkan husband i, jangan haraplah. dia dah sedap dengan bini baru dia. mana nak ingatkan i dengan anak-anak. you kenalah prihatin sikit. bertimbang rasa" omel Puan Shiren. wajahnya kelat dan keruh.

serta merta sahaja ingatan Maya terhadap Nek Minah terlayang. dia sudah lupa akan wanita tua itu. semenjak dia berkahwin dengan Azmi, Maya terus alpa dengan kemewahan yang di milikinya.

"Nenek.." ucap Maya perlahan.

"Shiren, sorry, i berterus terang dengan you. i memang takkan dapat bayar duit sewa rumah ni. jadi i akan keluar dari rumah ni dalam dua atau tiga hari. i nak balik kampung tinggal dengan nenek i" jawab Maya.

"You ada nenek? kenapa i tak tahu ya.?" Soal Puan Shiren. soalan itu merentap tangkai hati Maya.

"Ermm.." Maya tidak mampu untuk menjelaskannya kepada wanita itu. Dia tak mahu wanita itu fikir Maya seorang cucu yang jahat dan pentingkan diri sendiri. lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

tiba masanya, Maya memandu perlahan masuk ke halaman rumahnya. dadanya berdebar kuat waktu ini. 2 tahun dia meninggalkan kampung halaman juga meninggalkan neneknya tanpa khabar berita.

Halaman rumahnya seperti biasa, sentiasa bersih. dia tahu, kerja - kerja pembersihan rumah sentiasa di lakukan oleh Adam. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana ada pemuda itu yang selalu menjaga dan memerhatikan neneknya.

kereta di parkir di hadapan rumah. Maya keluar dengan perlahan. suasana terlalu sunyi. pintu dan tingkap di tutup rapat. ke mana sahaja neneknya pergi.

tanpa lengah, beg pakaian di keluarkan dari bonet kereta. di tarik beg itu sehingga sampai di pintu kayu yang sedikit reput di mamah anai-anai.

pintu di ketuk dan Maya memanggil-manggil neneknya.

"Nek..nenek.. Maya dah balik ni!" jerit Maya.

tidak lama, pintu utama terbuka sendiri. Maya memberhentikan ketukkannya. kakinya terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. di dalam, keadaan rumah masih sama keadaanya ketika dia mahu meninggalkannya dahulu. cuma, keadaanya sedikit berhabuk dan bersawang.

"Nenek.. Maya dah balik ni" jerit Maya sekali lagi.

Maya terus sahaja masuk ke biliknya dan berkemas-kemas sedikit agar nampak kemas dan bersih. setelah itu, dia terus melabuhkan tubuhnya di atas katil usang miliknya. semakin lama, semakin berat matanya dan akhirnya Maya terlelap.

***

"Maya...bangun sayang"

Maya tiba-tiba terjaga dari lenanya apabila terdengar namanya di panggil. Maya bingkas bangun dari pembaringan dan terus menapak laju keluar dari bilik tidurnya. pandangannya meliar mencari seseorang.

kemudian, Maya menghidu satu bauan masakan yang enak. Maya melangkah terus menuju ke dapur. Akhirnya, dia melihat tubuh neneknya sedang berada di dapur, memasak juadah untuk santapan mereka pada malam itu. bau masakan gulai ayam menambat selera Maya ketika itu. sudahlah seharian tiada sebutir nasi yang masuk ke perutnya. Maya benar-benar kelaparan.

tubuh neneknya di peluk dari belakang. di cium bahu neneknya dengan rasa rindu yang teramat.

"Dah siap ni, jom kita makan" pelawa Nek Minah.

Maya membantu neneknya mengangkat lauk pauk yang telah siap di masak.

"Nenek, maafkan Maya" ucap Maya perlahan. dia berharap neneknya memberikan keampunan kepadanya.

"Sudahlah, kita makan dulu. lepas tu kita bercerita ya?" ajak Nek Minah sambil mencedukkan nasi ke pinggan Maya.

"Sedapnya Nenek masak. dah lama Maya tak makan masakkan nenek." ujar Maya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kalau sedap, tambahlah ya." balas Nek Minah.

Maya mengukir senyuman manis buat neneknya. waktu begini dia teringat pula ketika dia masih kecil dahulu. sewaktu ibu bapanya masih ada lagi.

selesai makan, kedua beranak itu terus sahaja duduk bersantai di ruang tamu. ruang tamu yang hanya di terangi dengan pelita. Maya mendekatkan dirinya dengan Nek Minah. di dakap erat tubuh tua itu.

"Dah lama Nenek tunggu Maya balik. tapi, Maya tak balik pun jenguk nenek. sampai hati Maya." luah Nek Minah dengan rasa terkilan.

"Maya minta maaf nenek. Maya minta maaf. Maya dah banyak susahkan hati nenek. Maya abaikan nenek. tapi, sekarang Maya dah balik dan Maya janji takkan tinggalkan nenek lagi." Ujar Maya merayu. tangan kecut milik wanita itu di genggam dan di cium.

"Maya, nenek sayangkan Maya sangat-sangat. Akhirnya nenek dapat jumpa Maya juga. nenek minta maaf kalau selama ini, nenek tak dapat tunaikan apa yang Maya nak. apa yang nenek nak Maya tahu, sampai bila-bila nenek sayangkan Maya walaupun, nenek dah tak ada lagi." Nek Minah menangis. laju-laju di seka air matanya dengan hujung lengan bajunya.

"Apa yang nenek cakap ni. Maya tak suka tau nenek cakap bukan-bukan macam tu. Maya dah balik kan. ada dengan nenek sekarang ni. nenek jangan risau ya? dah jom kita tidur. dah lewat ni. tak elok nenek berembun. nanti sakit. ini pun tangan nenek dah sejuk je. kita masuk ya?" ajak Maya sambil memapah Nek Minah bangun untuk berdiri.

"Maya, ini nenek hadiahkan untuk Maya. nenek tak ada harta lagi nak di berikan. hanya ini. Maya bina kehidupan baru ya." Kata Nek Minah sambil meletakkan segulung sampul surat usang ke tangan Maya.

"Apa ni nek?" soal Maya. dia teragak-agak untuk mengambilnya.

"Ambillah.. binalah kehidupan baru yang lebih baik" balas Nek Minah, kemudian terus menghilangkan diri di sebalik daun pintu biliknya yang semakin reput.

keesokkan paginya..

cahaya matahari menembusi ke celah-celah rekahan bilik tidur Maya. Maya terpisat-pisat bangun dan terus berteleku di atas katilnya.

"Assalamualaikum!"

Mata Maya menjadi segar tiba-tiba. telinganya menangkap suara seseorang sedang memberi salam.

"Assalamualaikum!"

Maya terus bangun dan menapak menuju ke ruang tamu. pintu utama di buka perlahan.

"Wa alaikumsalam.. ye"

Mata Maya memandang tepat wajah seorang lelaki yang berada di hadapannya kini. dia seolah-olah mengenali susuk tubuh lelaki itu.

"Maya?" Maya tergamam.

"Adam ke ni?" Maya seolah-olah tidak percaya. Adam yang berada di hadapannya sudah banyak jauh berubah. tidak selekeh seperti dulu.

"Aku lah..Bila kau balik?"

"Petang semalam, eh masuklah dulu. nanti aku panggilkan nenek. nenek mesti suka kau datang sini Adam"

Adam tercengang.

"Kenapa buat muka terperanjat macam tu? eh, masuklah"

"Ermm.. Maya, kita duduk kat pangkin depan tu ajelah. ada benda aku nak beritahu kau ni, aku singgah sini pun sebab malam tadi aku nampak kereta kau ni parking kat sini. jadi aku datang ni nak tahulah siapa gerangannya. tak sangka rupanya kau"

"Aku balik sini sebab aku tak ada tempat tinggal lagi kat bandar tu, suami aku pula tak tahu ke mana dia hilang sejak dia berhutang dengan samseng-samseng tu. aku yang jadi mangsa. aku tak tahan Adam. sebab tu aku balik sini tinggal dengan nenek semula." luah Maya tanpa segan silu. Maya tertunduk. air matanya sudah bergenang.

"Aku nak beritahu kau pasal Nek Minah." Adam seakan-akan seperti teragak-agak. dia merasa serba salah.

"Nenek aku sakit ke. patutlah tangan dia sejuk je malam tadi"

Adam terpempan. malam tadi? Adam seperti tidak percaya.

"Maya, dengar sini. aku nak kau banyakkan bersabar. sebenarnya Nek Minah dah tak ada." jelas Adam.

"Tak ada? maksud kau apa?"

"Sejak kau pergi ke bandar dulu, Nek Minah selalu sakit-sakit. Dia selalu tunggu kau kat depan pintu tu, dia yakin sangat kau akan balik jumpa dia. tapi, harapan dia sia-sia. aku cuba call kau. tapi tak pernah berjawab. aku mesej pun kau tak balas. sampai satu hari tu, Nek Minah sakit tenat. aku tak putus asa cari kau kat bandar, tapi malang aku tak jumpa kau langsung. sampai masa, Nek Minah tinggalkan kita semua. nenek kau dah meninggal Maya. siapa yang kau jumpa malam tadi aku tak pasti apa.ALLAH sahaja yang mengetahui. bersabar ye" ujar Adam panjang lebar.

Maya menangis semahunya. timbul penyesalan di hatinya. rasa bersalah kerana mengabaikan satu-satunya insan yang menyayanginya sepenuh hati. insan yang memelihara dirinya sejak dia kecil. insan yang selama ini memberikan pelindungan kepadanya. tetapi, apa yang dia balas kepada wanita tua yang tak terdaya itu? hanya kebencian kerana hidupnya miskin. Serta merta terbayang lagi babak-babak mereka berdua makan bersama. berpelukkan dan meluah perasaan antara satu sama lain.. Maya semakin sedih. tangisannya semakin kuat dan air matanya semakin deras menuruni ke pipinya. hilang sudah rasa malunya kepada Adam yang hanya memerhatinya dari tadi.

"Nenek! maafkan Maya..maafkan Maya! Maya salah..Maya berdosa dengan nenek" rintih Maya di hadapan kubur Nek Minah. Wajahnya basah dek juaraian air mata.

"Maya, ini amanat dari arwah nenek untuk kau. ambillah. Alhamdulillah, aku dah tunaikan amanahnya" Adam meghulurkan satu gulungan sampul surat berwarna coklat kepada Maya.

kemudian, Maya membukanya dengan perlahan. Maya terkejut dan sekali lagi dia diserang dengan rasa penyesalan yang amat sangat. surat itu mengandungi geran tanah tapak rumah Nek Minah. di dalam geran itu tertulis namanya sebagai pewaris tunggal, pemilik tanah itu.

Maya meraung sekuat hatinya di hadapan kubur Nek Minah dengan di perhatikan oleh Adam dan isterinya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience