Rate

kehidupanku

Crime Series 503

PENDENDAM ??????

2015
________________________

"Ayah! Ayah! tengok keputusan Fara nie." Fara cuba meraih perhatian ayahnya yang sibuk dengan tugasannya.
"Faraa!!! ayah tengah kerja kan pergi tunjuk dekat mama ."Fara terkejut dengan tangan ayahnya yang menolaknya hingga terhentak ke dinding . Tidak kesal dengan keterlanjuran tangannya dia menyambung kembali pekerjaannya . Ayahnya Ahmad malik, merupakan ahli arkitek yang berjaya . Disebabkan tekanan kerja... Malik terburu buru untuk menyiapkannya lagipun dateline tugasannya itu tinggal beberapa hari sahaja lagi . Tambahan pula , Ayahnya sering kali terkena serangan jantung . Fara hanya berdiam diri sahaja . Fara tidak pernah menyimpan hasrat untuk menunjuk keputusan ujiannya SPMnya kepada mama . Isteri baharu ayahnya setelah ibu kandungnya meninggal dunia akibat dibelasah oleh bekas teman lelakinya . Tetapi ayah Fara hanya beriak selamba apabila isterinya meninggal . Apabila jenazah isterinya dibawa ke rumah tak pernah sekalipun ayahnya mengeluarkan air mata . Hanya suara Fara yang meraung bertangisan mengisi ruangan rumah tersebut . Fara dijaga oleh pengasuhnya untuk beberapa bulan sehingga Ayahnya memutuskan untuk berkahwin semula setahun yang lalu . Sejak itu kehidupan Fara tak pernah tenteram . Dia sering kali dibelasah dan disuruh untuk mengemas rumah dan hanya diberikan makanan sekali dalam sehari . Itupun hanya lebihan makanan yang layaknya hanya untuk makanan kucing . Ditambah pula dengan hasrat Fara untuk menyambung sekolah ke pengajian tinggi punah apabila pada masa itu kewangan keluarganya menurun . Ibu tirinya berusaha memujuk ayahnya untuk memberhentikan dia daripada meneruskan pengajiannya . Akhirnya ayahnya bersetuju .
Pada malam itu Fara cuba melarikan diri dari rumah . Fara mengemaskan pakaiannya ke dalam beg lalu berlari keluar dari kawasan perumahan tersebut . Fara merasa sangat bebas pada saat itu . Dia bertekad untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik dan tak mengharapkan sesiapa pun untuk mengatur cara hidupnya . Dengan duit yang diambil dari dompet ayahnya tadi dapatlah menampung hidupnya selama beberapa seminggu sementara mencari kerja di tempat baru .
Fara menaiki teksi yang kebetulan melalui jalan raya besar menuju ke bandar . Saat itu Fara tahu kehidupannya pasti sangat berbeza dari sebelumnya .
"Cik nak kemana??" Ujar lelaki tersebut . Melalui pemerhatian Fara pemandu teksi itu tampaknya bukan pemandu teksi yang sebenar. Dari segi pemakaiannya yang berjaket dan berkaca mata hitam itu terserlah penipuannya .
Fara cuba untuk keluar semula dari kenderaan tersebut , tetapi lelaki itu bertindak pantas dia lantas mengunci pintu kereta tersebut .
"Kau seorang yang bijak ." Ujar lelaki itu . Fara cuba menenangkan dirinya dan berlagak profesional mengendalikan situasi yang menekan . Aku tak mahu terlihat panik kerana hal itu hanya merugikan diri sendiri .
"Kau mahu apa dariku ? "Ujarku dengan nada tegas . "Kau sendiri yang masuk ke dalam kereta aku sekarang kau tanya aku nak buat apa??hahahaha.... lagipula memang hajat aku untuk berjumpa dengan kau . Aku hanya mahu menawarkan sebuah perjanjian ." katanya dengan lagak sombong .Tubuhnya masih memandang ke kehadapan . Aku tahu kau ingin membalas dendam kepada seseorang sertai aku dan laksanakan dendam kau hingga lunas ." Sambung lelaki itu lagi .
_______________________________
"Jadi , kau inginkan aku bergabung dengan kau untuk melaksanakan dendam aku , motif kau?? Aku tak percaya sekiranya kau ingin membantu aku seikhlas hati..." kataku sambil merenung ke hadapan kereta . Dia mulai menghidupkan enjin kereta lalu meluncur lancar dari jalan raya besar perumahanku . Ku menoleh ke cermin belakang untuk melihat rumah ku buat kali terakhir . Setelah dua jam perjalanan kereta itu diberhentikan di sebuah rumah mewah . "Kita buat apa kat sini ?"Ujarku apabila melihat lelaki itu turun lalu membukakan pintu belakang penumpang untukku . "Silakan" Ujarnya penuh dengan senyuman . Aku terpaku seketika melihat wajahnya tetapi aku masih belum membayangkan wajah yang sepenuhnya kerana dia masih berkaca mata hitam . Aku membalas senyumannya lalu keluar dari kedudukanku . Beg bagasiku diheret keluar olehnya .
"Mari kita masuk ke dalam untuk melangsungkan perjanjian kita ."Ujarnya dengan senyuman itu . Sungguh hatiku saat ini tak dapat ditahan . "Pelik kenapa aku rasa lain sangat nie ." Bisik hati kecilku .
"Eh , bila masa pulak aku setuju dengan perjanjian kau tadi . Aku hanya ingin tahu apa yang terjadi sekiranya aku menerima tawaran kau . Dan kalau aku tanya pun mungkin kau cuba nak menipu aku ." Ujarku dengan angkuh sambil memandang ke pintu rumah yang penuh dengan yang dikawal ketat oleh bodyguard yang bersenjata api . Aku cuba untuk meredakan hatiku agar tidak terlalu takut untuk menghadapi situasi sedemikian rupa meskipun tak pernah seumur hidupku melihat kejadian ini terjadi di hadapan mata , aku hanya melihat kejadian seperti ini melalui siaran kaca televisyen yang sentiasa ditayangkan di setiap drama . Sungguh tak disangka begini pula jalan cerita hidupku . Aku tak ingin dilihat sebagai perempuan yang lemah dan mudah dipergunakan. Aku mempelajari taktik ini melalui sebuah drama dimana kejadian yang sama menimpa dirinya tetapi cara pememuannya dengan musuh jauh berbeza . Hanya kerana perempuan itu terlalu takut untuk bersuara dan mempertahankan diri dia digunakan sebagai umpan dalam setiap kegiatan kejam yang mereka lakukan .

'HAL ITU YANG AKU TAKUTI SAAT INI'

"Hahahaha . " lelaki itu ketawa melihatku . " Kau terlalu pintar untuk diperbodohkan , mungkin kau pulak akan menjadi salah seorang pengkhianat dan musuh utama di dalam hidupku kelak ." Dia lalu mendepakan sebelah tangannya mengizinkan agar ku berjalan memasuki ruangan rumahnya terlebih dahulu . Aku mulai berfikir akan perkataan yang dilontarkan olehnya sebentar tadi , 'PENGKHIANAT ' , MUSUH UTAMA mungkin itu hal yang akan ku lakukan sekiranya hal buruk terjadi kat aku disebabkan KAU .Terdetik kata hatiku untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi di kemudian hari . Aku memgheret bagasiku lalu membuka pintu rumah bahagian utama itu . Aku terpesona dengan kemewahan perabot dan barangan yang disusun rapi di ruangan tersebut . Aku mula disambut baik oleh Seorang lelaki muda di rumah tersebut dengan senyuman manis . Aku hanya membalas senyuman dengan bersahaja , tidak ingin menayangkan perasaanku yang sebenarnya .
"Kau nak apa untuk hidup wang , emas . " Katanya dengan nada angkuh lalu menjemputku duduk di sofa yang indah berkerdipan itu dengan warna emasnya yang memukau . Aku masih berdiri kaku dan mengabaikan percakapannya . Lidahku seakan akan kelu .Tidak mampu untukku melontarkan sebarang kata kata . Lelaki yang membawaku tadi menghampiriku lalu memaut tanganku dengan senyuman . Aku tergamam . Aku mencuba untuk menarik tanganku tetapi tidak membuahkan hasil . Kenapa abang berkasar sangat kat dia .
"Abang?" detik hati kecilku .
"Haish...dari mana kau dapat perempuan nie??" Teriaknya!! lalu menghempas cawan setelah menghirup air .
"Sama seperti abang kutip perempuan yang dulu
" balas lelaki tersebut dengan panas hati . Aku pun panas bila dilayan sedemikian rupa tapi ku hanya mendiamkan diriku sedar kerana aku punca mereka berkelahi .
Lelaki muda itu amat terkejut dengan tindakan adiknya memarahinya .

"Boleh tahan jugak panas kau nie " Ujar lelaki muda itu dengan tersengih .
"Bibik !! Teriakannya mengisi keseluruhan ruangan tersebut , siapkan bilik dia dekat atas . "
"Errr , bilik yang mana Tuan Megat . " Ujarnya ragu ragu mungkin terlalu banyak biliknya diatas membuatkan bibik tak faham bilik mana yang harus dikemaskan .
"Bersebelahan ruangan master . "Ujarnya ringkas lalu berlalu keluar dari rumahnya itu . Meninggalkan aku dan lelaki yang masih erat memegang tanganku . Aku cuba meleraikan ikatan tanganku denganya . Tindakanku ini membuat dia rasa keliru .
Dia mulai memandang ke arahku . Cermin mata hitam yang dipakainya tadi ditanggalkan sejurus ku menarik tangannya . Aku tergamam . Mukanya terlalu memikat hatiku ketika itu . Warna matanya yang berwarna biru itu mengasyikan aku untuk memandangnya lebih lama . Ditambah pula matanya yang cepet itu amat serasi dengan warna matanya . Aku tak mampu untuk mengalihkan mataku daripada berhenti memandangnya . Dia tersenyum melihat keadaanku seperti itu . Seakan akan tahu akan perkara itu akan terjadi . Cuba menggoda wanita dengan wajahnya itu . "Ingatkan hati tu kental sangat . Baru tengok muka sikit dah tak terkelip mata tu memandang ." Sindirnya dengan lagak sombong . Aku terasa tercabar . "Ceh , setakat muka macam vampire kurang darah adalah . Muka pucat gila ." Ujarku bersama dengan ketawa . "Apa!! muka aku kau sebut kurang darah !!"Katanya dengan sedikit angin . Mungkin sakit hati bila dihina sebegitu rupa . Akhirnya dia ketawa terbahak bahak . Bibik yang diarahkan untuk membersihkan bilik untukku tadi datang dengan rasa serba salah . Dia menegur lelaki yang telah terduduk di lantai akibat terlalu ketawa . "Encik Qal ," tegurnya dengan lemah lembut . "Bilik tetamu telah saya kemaskan ." Katanya sambil menunduk ke arah Qal . "Hmm .baiklah ." ujarnya sebaik sahaja mengelap air matanya menggunakan hujung baju lengan yang keluar akibat ketawa itu . Apa yang lawak sangat pasal kritikanku tadi pun aku tak tahu . Dia mengambil bagasiku dan menarik tanganku menaiki anak tangga . Di dinding tangga itu bergantung beberapa gambar lama yang cukup kusam warnanya . Semuanya tersusun dari bawah ke atas dinding anak tangga dari wajah seorang datuk tua yang ku anggap moyang sehingga wajah terakhir ialah wajah Qal . Aku mengamati semua gambar itu tiada perbezaan sedikit pun muka Qal dengan seorang lelaki yang tegap berdiri di dalam gambar itu . Aku menganggap sahaja itu sebagai orang tua Qal . Sebaik sahaja sampai di depan pintu yang bagiku saiznya agak luar biasa . Kedua dua pintu itu dikuakkan dan menampakkan ruangan yang cukup mewah dengan pelbagai jenis rekaan bentuk yang pasti akan menambat hati wanita terutamanya yang jenis materialistik . "Malam nie kau bersiap , nanti bibik akan hantar sesuatu untuk kau . Aku nak kau pakai untuk malam nie ."Hmm ok ."Balasku dengan selamba . Hatiku mulai rasa tenang dan tidak takut seperti tadi . Melihat Qal melayanku secara baik segala persangkaan burukku menghilang . Aku diarahkan untuk berehat di dalam bilik . Aku membaringkan diri diatas katil yang besar itu . Aku terlena seketika .
________________________

Kiara!!Apa yang cuba kau lakukan...bunuh dia Kiara !!!Bunuh dia!! Jangan terpesona dengan kemewahan dunia sehingga kau melupakan kebebasan yang engkau inginkan . Kau sendiri akan terluka untuk kali kedua sekiranya engkau mengabaikan hasrat kau sendiri .
Hatiku ini mulai berbelah bahagi antara cinta dan benci . Ku lihat dia mulai terbaring lemah setelah beberapa jam berlawan menentang musuh durjana . Seawal tadi kita merupakan kumpulan elit untuk membasmi kegiatan musuh yang dilatih untuk memusnahkan sesebuah negara . Kini negara mulai berpaling tadah terhadap kami . Dituduh sebagai pengganas dan pembunuh upahan sudah tidak asing lagi di telinga kami . Aku memandang sayu ke arahnya . Tubuhnya masih lagi terbaring di depanku . Pedang besi yang sudah berlumuran darah kuletakkan di hadapanku . Aku tak mampu untuk membunuh orang yang kusayang , cukuplah aku kehilangan adikku Lestari....tapi bukan dia .
____________________
~raflyiers~?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience