BAB 3

Drama Series 1941

Tepat pada pukul 6.00 pagi aku bangun dan menunaikan solat subuh.
Selesai solat aku terus mengambil tuala mandi lalu pergi ke bilik mandi.

**

Selepas mandi , aku mencari pakaian yang aku mahu pakai seperti apa yang aku katakan semalam kepada Rina.
Setelah 5 minit , akhirnya aku menjumpai pakaian yang aku mahu pakai iaitu seluar jeans hitam dan baju berwarna merah lengan panjang.
Aku mengikat rambut aku hanya biasa sahaja dan memakai cermin mata.
Aku melihat diri aku di cermin.
Diri aku tidak nampak berbeza sangat.
Yang nampak beza hanya muka aku , kerana aku memakai contact lens berwarna hitam supaya tak menampakkan mata brown aku.
Kalau aku belajar di New Zealand aku selalunya akan melepaskan rambut aku seperti biasa. Tetapi kali ini aku ingin nampakkan diri aku yang berbeza.

**

Aku turun ke bawah dan menuju ke meja makan.
"Good morning everyone !" sambut aku dengan ceria.
Aku punya lah gembira bagi good morning tapi diorang semua pandang aku dengan terkejut.
Mungkin sebab apa yang aku pakai sekarang ni lah kut.
"Kenapa Ez pakai macam ni ? " tanya mama dengan pelik.
"Okay jangan risau Ez akan bagi tau kenapa Ez pakai macam ni , but first bagi Ez duduk dulu. "
Aku duduk dengan tenang lalu aku memulakan pembicaraan aku.
"Okay , Ez pakai macam ni sebab Ez tak nak orang kenal diri Ez sangat. Mama pun suruh Ez cari boyfriend kan. Jadi Ez nak cari boyfriend yang ikhlas sebab diri Ez dan bukan sebab paras rupa Ez. Betul tak mama ? "
Habis aku menerangkan dengan panjang lebar aku mencapai karipap yang berada di atas pinggan aku.
Mama memang minat membuat kuih-muih tradisional atau moden dan bagi mama itu adalah hobinya.
"Betul Ez nak macam ni ? " tanya papa untuk mendapatkan kepastian aku.
"Betul pa. Jangan risau habis je semester , Ez jadi diri Ez okay ! "kata aku untuk meyakinkan papa.
"Kalau Ez dah cakap macam tu , mama tak halang pun kalau Ez dah buat keputusan macam tu. Jadi mama nak Ez dapat boyfriend yang baik , ikhlas dengan Ez. " pesan mama.
"Okay.Ez akan cari lelaki yang macam tu.Don't worry. "balas aku.
"Tapi kalau Ez still tak ada boyfriend. Mama kahwinkan Ez dengan Aysrif. " pesan mama lagi.
Tersedak aku apabila minum.Abang aku cepat memberi aku air suam.Fariz dan mama hanya gelakkan aku. Manakala papa hanya menikmati masakan mama.
Jangan buat hal mama! , nanti tak pasal-pasal aku digelar perampas.
"Mama tu tak boleh ! , sebab Aysrif dah ada girlfriend. Nanti Ez dikira perampas pula! " bantah aku.
"Mama cakap kalau Ez tak ada boyfriend kan.Mama tak cakap suruh Ez kahwin dengan Aysrif sekarang pun kan.. " balas mama.
"Dah..anak dengan mak sama je 2 kali 5.." perli papa.
"Dah Ez pergi lah kolej , nanti lambat pula sampai. "kata papa.
"Ok..Ez nak ambil kunci kereta dulu. "balas aku.
"Tak payah Ez..sebab abang kamu yang hantar Ez.. " balas papa.
"Kenapa pula !? Kan papa cakap Ez boleh drive kereta ni pergi kolej ?! " tanya aku dengan terkejut.
"Tak sementara Ez jadi macam ni. Biar abang kamu yang hantar and jemput Ez okay?. " pinta papa.
" Hmm..yelah.. " akhirnya aku mengalah. Kalau aku melawan tak pasal-pasal dapat maki free pagi ni.
"Okay lah mama , papa Ez nak pergi kolej nanti lambat pula sampai.. "
Aku menyalam mama papa dan adik aku.
Selepas menyalam mereka aku terus mengambil kasut aku di rak kasut.
"Abang cepat lah !. Nanti lambat lah ! " marah aku.
"Eh anak dara ni ! Sabar lah abang nak ambil kunci kereta dulu ha ! Nanti macam mana kereta tu nak bergerak. Guna pekikan Ez baru boleh bergerak ke?! " abang mengambil kunci sambil memerli aku.
Ish dia ni kan !. Orang nak cepat sempat dia perli aku !.

**

Aku telah bergerak untuk pergi ke kolej.
Aku harap aku dapat jumpa boyfriend yang baik dan ikhlas dengan aku.
Aku kalau boleh nak habiskan belajar ni cepat , sebab aku rindu nak kerja dekat company aku ni semula.
Kenapalah papa suruh aku sambung belajar lagi dekat Malaysia.
Cukup lah 5 tahun belajar about busness dekat New Zealand.
I miss my company..
Kalau dah kerja boleh duduk dengan Tok Wan dekat Penang.
Boleh dapat merasakan suasana kampung setiap hari..
Aku bosan asyik duduk bandar sahaja.
Nasib baik lah papa bagi aku buat company di Penang.
Tak sabarnya aku....

**

Lama aku memikirkan tentang diri aku.
Akhirnya aku sudah tiba di kolej..
Aku nampak ramai orang belajar dekat sini.
Aku harap perjalanan hidup aku akan baik sahaja.
Aaminnn...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience