Bab 1 : An ordinary girl

Romance Series 3874

Smk Bandar Permata yang baru pertama kalinya dijejaki oleh Nurul Qaisara Nabihah sebagai pelajar tingkatan 1.Nabihah atau dikenali sebagai "Nerd Girl" terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftarkan diri.Nabihah berjalan menuju ke arah pelajar yang sedang elok duduk bersembang bersama.Nampak rancak mereka bergelak sakan,mungkin sudah lama tidak bertemu sepanjang cuti sekolah.
"assalamualaikum." Nabihah memberikan salam.
"waalaikumsalam" . Jawab mereka serentak.
"Maaf tapi saya nak tanya,kat mana tempat untuk saya mendaftar?".soalan dilontarkan oleh Nabihah
"pergi la cari sendiri. kau budak form 1 ke?. huh budak junior rupanya.haha". Gelak seorang perempuan bernama Aisyah puteri dihujung ayat.
"pergi jauh sana. kau tahu Aisyah ni hot girl kat sekolah ni. Jangan nak cari pasal.sibuk jer".sambung rakannya bernama rina.
"hurm tak apa la . setiap kata-kata awak semua tak memberi kesan pada saya. saya tak takut kat awak sebab saya menumpang je kat dunia ni jadi saya cuma takut pada Allah..Assalamualaikum".kata Nabihah lalu meninggalkan mereka.
Nabihah terus berjalan sehingga menjumpai satu kaunter yang bertulis pendaftaran.Betapa bersyukurnya nabihah lalu terus menuju ke kaunter itu.
"assalamualaikum akak..saya nak daftar diri.saya pelajar form 1 tahun ni." beritahunya
" Boleh dik. duduk la. kenapa lambat datang ?.".soal gadis yang menjaga kaunter itu.
"Maafkan saya kak. Tadi ada masalah dengan hamba Allah kejap." kata Nabihah lalu senyum.
" oh yaa ke?. tak apa la.sila isikan borang ini dulu dan berikan salinan yang perlu dibawa.".pinta gadis itu.
Nabihah mengisi borang dengan rasa yang bersyukur teramat.Jika dilayan perangai sekumpulan senior tadi,pasti Nabihah tidak sempat untuk mendaftar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience