Lan,Zul dan orang Lan masuk."Kami dah dapat klu mengenai orang yang meletakkan bom di bakery itu. "Aniq,buka CCTV dihadapan bakery tu tadi." Jelas Lan. Selepas Aniq buka CCTV tersebut ,dia suruh Aniq membesarkan paparan dimana ada seorang lelaki berhud yang mencurigakan." Asyik - asyik klu ,bila nak dapat si Asyraff tu!?". Marah Sam. Semua senyap .
Beberapa jam selepas itu....
"Semua,cepat gerak"arah Asyraff kepada 4 orang ahli Anarkis. Rancangan mereka pada jam itu ialah untuk merompak sebuah bank yang dimiliki oleh Sam. Asyraff menyusul ke dalam kereta kemudian.
Tiba di bank. Mereka meninggalkan kereta di tengah jalan dan mengaburkan CCTV yang tertumpu pada kereta mereka. Mereka masuk . Mereka telah menembak seorang pakguard di hadapan pintu masuk. Semua orang di dalam panik. Mereka lantas mencari manager bank untuk membuka peti besi yang mengandungi duit yang mereka mahu. Semasa mereka di dalam bank ,pihak polis telah tiba dan menyerang mereka di dalam. Mereka telah menembak 5 orang pegawai polis,dan Asyraff turut tercedera kerana di tembak di lengan kanannya. Seorang gadis menariknya kebelakang meja untuk berlindung dan membalut lukanya. Asyraff tekun melihat muka gadis itu. "Stay kat sini ,saya akan tolong awak."gadis tersebut mengambil pistol dan mula tembak menembak polis .3 orang polis telah mati akibat tembakan gadis tersebut. Semasa gadis itu menolong Asyraff,dia telah di tembak di lengan kiri dan di peha. Dia jatuh.
Asyraff dan Anarkis hendak lari tetapi Asraff terus mengangkat gadis tersebut yang telah tidak sedarkan diri. Mereka lari ke markas. Asyraff menyuruh Maria untuk membalut luka di badan gadis itu. "Yang lelaki keluar dari bilik ini." arah Asyraff . Dia turut keluar kerana sedar akan batasnya. Beberapa minit kemudian Maria keluar. "Luka kat lengan dia agak panjang juga rupanya." Ujar Maria kepada Asyraff. Asyraff berasa bersalah kerana gadis itu cedera kerana melindungi dia. "Perempuan tu tak tahu ke yang aku ni ketua gang Anarkis? Dengan relanya dia tolong aku." Bebel Asyraff dalam hati.
Esoknya,gadis itu telah sedarkan diri, "Argh,sakitnya!" keluh gadis itu perlahan sambil melihat lengan dan pehanya. Dia berasa pelik kenapa tudung di kepalanya tidak terbuka walau sedikit. "Alhamdulillah,hijabku masih kekal." Katanya dalam hati. Dia berdiri. Tetap berjalan walaupun terhinjut-hinjut . Dia mencapai sepucuk pistol di tepi sofa yang dia baring tadi. Dia mendengar suara di tingkat atas. Dia pergi. Dia masuk ke dalam sebuah bilik yang pintunya tak bertutup. Dia terkejut. "Oh,dah sedar." Kata Asyraff sejurus nampak gadis itu. "Awak ke yang selamatkan saya?" tanya gadis itu. Asyraff hanya mengangguk perlahan." Terima kasih" ujar Asyraff kepada gadis itu."kenapa?" Tanya gadis itu .pelik.
"Sebab kau dah selamatkan aku dengan menerima 2 das tembakan tu." Balasnya sambil menyambung membelek-belek senjata barunya."Assalamualaikum,saya Alyaa. Anak ketua polis ,Sam Abdullah. Saya dah tahu tentang gang Anarkis dan semasa saya selamatkan Asyraff,saya boleh agak yang dia adalah ketua Anarkis."jelas Alyaa. Asyraff agak terkejut dengan penjelasan alyaa.Sama dengan yang lain." Tapi jangan risau,musuh kita berdua ialah orang yang sama,iaitu Sam Abdullah. Bapa saya yang tak layak dipanggil bapa." Jelas Alyaa lagi sambil duduk di sebelah Maria. "Oh,kenapa?"tanya Asyraff seperti berminat dengan kisah silamnya. Selepas Alyaa menceritakan masa silamnya,mereka mula faham kenapa dia benci dengan bapanya. "Apa kau nak buat?" Tanya Asyraff.“ terpulang.." Jawab Alyaa. Confident. Mereka yang lain saling berpandangan." Apa yang kau mahir buat?" Tanya Asyraff. "Menembak,berlawan,menipu dan mencipta bom."terang Alyaa. Semua agak kagum dengan kebolehannya. Maklumlah,anak ketua polis ,setakat menembak,bom-mengebom,dan berlawan ni... Kacang je. "Mulai hari ni,kau adalah ahli Anarkis.Selamat datang." Kata Asyraff. Alyaa senyum. Asyraff turut tersenyum kecil melihat senyuman manis Alyaa itu. Dia tak tahu kenapa hatinya gembira melihat senyuman itu.“Kau ada rumah sendiri kan?" tanya Asyraff. Alyaa hanya mengangguk. “jom, aku hantar kau balik." .....
ini bab 2 terima kasih kepada yang telah membaca.
Share this novel