“MIYA, awak serius ke nak buat HSG tu?” tanya Adrian setelah selesai dia dan Miya menikmati semangkuk ramen yang dikongsi berdua. Itupun puas juga hendak menghabiskan kerana perut kenyang dengan meneguk air saking kepedasan.
“Serius.” Miya menjawab tanpa ragu.
“Awak tahu tak macam mana prosedur tu?” tanya Adrian lagi.
“Tahu. Doktor Mazni dah explain.”
“Awak tak takut?”
“Takutlah jugak sikit-sikit. Tapi Doktor Mazni kata prosedur tu tak sakit sangat and dah ramai yang buat. So, saya rasa apa salahnya mencuba kan? At least, kalau semua okey, at least saya takkan dihantui rasa menyesal kerana percayakan Eryna. Maksudnya, kalau saya tak mengandung, mungkin ada masalah lain yang bukan disebabkan oleh pil gugur tu.”
Adrian diam. Riak wajah Miya, kata-kata, serta nadanya jelas menampakkan yang dia sudah benar-benar nekad mahu melakukan ujian itu.
“Daripada apa yang saya baca ni, HSG untuk tengok tiub fallopian, right?”
“Yup.”
“Nak tengok sama ada tiub tu tersumbat atau mungkin ada apa-apa masalah kan?”
“Betul.”
“So, saya boleh kata yang tiub fallopian awak tak ada apa-apa masalah. Kalau ada, awak takkan mengandung sebelum ni.”
Miya berdecit bersama desahan kasar lolos dari bibirnya. “Kan saya dah cakap tadi. Itu sebelum saya termakan pil gugur yang bekas PA awak tak guna tu bagi.”
“Fine…Fine…Saya faham.” Adrian mengalah apabila melihat Miya yang sudah hampir menangis.
“Tapi…” Ah, itu tidak bermakna dia akan mengalah daripada memujuk Miya supaya tidak menjalani ujian itu. “…cuba awak tengok dulu video ni.” Skrin telefon yang memaparkan video demonstrasi prosedur HSG itu disodor ke depan Miya.
Diperhatikan riak wajah Miya yang sesekali mengernyit menonton video itu. Dalam hati berdoa semoga dengan asbab menonton video itu, akan menimbulkan rasa takut luar biasa dalam hati Miya lalu membatalkan hasratnya untuk menjalani HSG.
“Tak apa. I can do it,” ujar Miya lantas menolak semula telefon itu ke arah Adrian.
Menganga Adrian tidak percaya dengan respon Miya. “Awak…Langsung tak takut?”
“Tak. Kalau saya nekad, saya akan sanggup buat apa saja,” ujar Miya lantas bangun membawa mangkuk ramen yang sudah licin itu ke singki.
Adrian memandang belakang badan isterinya itu dengan wajah putus asa.
‘Kalau saya nekad, saya sanggup buat apa saja.’ Ya, dia sepatutnya tahu itu. Jika tidak, mana mungkin Miya sanggup terjun dari tingkat tiga.
SEMINGGU kemudian, mahu tidak mahu terpaksalah Adrian menemani Miya menjalani ujian Hysterosalpingogram atau HSG. Ujian itu perlu dijalani antara tujuh hingga sepuluh hari selepas hari pertama haid terakhir.
“Actually, I am not very clear with HSG procedure. Can you explain to me first before I allow my wife to undergo this test?” tanya Adrian ketika dia masuk bertemu Doktor Mazni sebelum Miya menjalani ujian itu. Dia ada membuat carian di Google, namun apa yang dibacanya di internet itu memberi gambaran yang prosedur itu agak menyakitkan. Miya juga ada menerangkan kepadanya tentang prosedur itu namun dia tetap tidak berpuas hati dan mahu mendengarnya sendiri dari mulut doktor. Sehingga beberapa minit tadi,berkali-kali juga dia memujuk Miya supaya membatalkan hasratnya menjalani ujian itu, namun Miya tetap berkeras.
“Boleh. Sebenarnya HSG procedure ni tak berisiko dan sepatutnya tak menyakitkan. Ia cuma prosedur x-ray untuk kita periksa tiub fallopion.”
“How does it perform?” tanya Adrian lagi.
“Well… A thin tube is threaded through the vagina and cervix and…after that kita akan suntik cecair kontras melalui pangkal rahim dan pada masa yang sama x-ray akan diambil pada bahagian bawah perut. A series of fluoroscopy will follow the dye, which appears white on X-ray, as it moves into the uterus and then into the tubes. Tujuannya untuk kita tengoklah sama ada cecair kontras tu tadi mengalir melalui saluran fallopian atau tidak. Kalau mengalir maksudnya tiub fallopian tak tersumbat dan…Insha’Allah takkan ada masalah untuk mengandung.”
Adrian mengangguk-angguk, namun kepalanya sudah terbayang prosedur yang menyakitkan. Dipandang wajah Miya, mahu mencuba kali terakhir memujuk isterinya itu supaya membatalkan hasratnya, namun melihat wajah Miya yang berharap dia memberi keizinan, membuat dia melepas keluh berkali-kali. Baru dia tahu, degil Miya rupanya mengalahkan Dahlia.
“Encik tak perlu risau. HSG is a short outpatient procedure and most women only have mild cramping during the procedure,” ujar Doktor Mazni. Mungkin dapat melihat raut risau pada wajah lelaki itu.
“Okay, let’s say if my wife undergoes this test, berapa peratus peluang untuk mengandung selepas ujian tu?” tanya Adrian. Dia perlu memastikan keberkesanan ujian ini sebelum dia memberi kebenaran kepada Miya untuk menjalaninya. Jika peratus kejayaannya kecil, tidak berbaloi untuk Miya melalui semua prosedur itu.
“Saya tak boleh bagi jaminan Puan Miya akan hamil selepas HSG procedure ni, but… Studies have shown that there is up to 30% increased pregnancy rates for the first 3 months after an HSG for couples with unexplained infertility. Because…the dye itself will flush out debris. Maksudnya, kalau tiub fallopian tersumbat, cecair kontras yang kita suntik tadi tu akan keluarkan serpihan yang kita panggil tubal goo yang akan tolong clearkan minor blocks pada tiub fallopian tu, kalau…itu satu-satunya masalah pada tiub fallopian.”
Adrian mengangguk-angguk tanda faham. Miya pula berdebar-debar menunggu kata putus suaminya. Walaupun dia berkeras mahu menjalani ujian ini, tetapi jika Adrian juga berkeras tidak membenarkan, tiada apa yang dia boleh lakukan selain menurut.
“Will my wife put to sleep fot this procedure?” Ah, belum habis lagi soal jawab dia rupanya.
“Tak perlu. Tapi ada sesetengah patients yang terlalu nervous sampai kita terpaksa bagi anaesthesia.”
“Aren’t you nervous?” tanya Adrian sambil memandang Miya.
“A little bit. But I…I’ll be okay.”
“But she’s scared of pain. Boleh bagi dia anaestesia?” ujar Adrian, kembali mengalihkan fokusnya kepada Doktor Mazni. Seperti dia pula yang lebih pakar daripada doktor.
“No, I’m okay. Tak perlu bius,” ujar Miya. Tangan Adrian digenggam kemas. Terkejut dia saat merasa betapa sejuk tangan suaminya itu. Apa Adrian gugup? Atau takut? Dia yang akan menjalani prosedur itu, mengapa Adrian yang harus takut?
Tersenyum Doktor Mazni melihat gelagat dua orang itu. “Tak apa. Kita akan tengok keadaan Puan Miya nanti.”
Adrian mengangguk, berpuas hati dengan jawapan Doktor Mazni. “How long does it take?”
“Around 30 minutes.”
Adrian angguk lagi, namun pertanyaannya tidak terhenti di situ. “Ujian ni akan ada side effect tak? I mean… Does this HSG test have any disadvantages?”
“Well…Ada.”
Jawapan Doktor Mazni itu membuat bahu Miya merosot. Tentu itu akan mengurangkan peratusan kemungkinan Adrian akan membenarka dia menjalani ujian itu.
“Tapi…” Doktor Mazni cepat-cepat menyambung kata apabila melihat reaksi Miya. “…sangat sikit dan peratusannya pun kecik saja.”
“Contohnya?”
“Contohnya mungkin akan ada risiko jangkitan, itupun around one to three percent saja, abdominal pain, radiation exposure but this is very low."
“Will she bleed after the test?”
“Mungkin akan keluar tompokan darahlah atau spotting. Probably akan berlaku antara satu atau dua hari lepas HSG. Tapi kalau berlaku pendarahan berlebihan selepas ujian tu, terus datang ke hospital semula.”
Adrian mengangguk-angguk sebelum terdiam agak lama. Gelisah Miya melihat reaksi suaminya itu.
“I can go through it,” ujar Miya, membuat Adrian toleh memandangnya.
“Are you sure?”
Miya mengangguk mantap.
Melihat Miya yang sudah begitu nekad, lambat-lambat Adrian akhirnya mengangguk memberi persetujuan.
“Thank you.” Tersenyum Miya mendapat persetujuan suaminya walaupun raut wajah Adrian menunjukkan dia tidak sepenuh hati merelakan.
ADRIAN menunggu di luar sementara Miya menjalani ujian HSG. Debar di dadanya usah ditanya. Tidak hanya takut jika berlaku komplikasi semasa dan selepas prosedur, malah takut juga keputusan ujian itu tidak memihak kepada Miya dan isterinya itu akan kecewa luar biasa.
Berpeluk tubuh, kedua-dua kakinya tidak boleh diam sejak tadi. Gelisah, gemuruh, mengalahkan dia yang perlu menjalani ujian itu. Entahlah. Dia tidak tahu mengapa dia setakut ini. Mungkin kerana dia membayangkan Miya itu seorang wanita yang rapuh, lembut, dan takut sakit maka dia mengandaikan Miya akan sangat sengsara saat melalui ujian itu. Fikirannya kadang-kadang berlebih-lebih dalam mentafsir sesuatu perkara, sedangkan Miya nampak tenang saja tadi saat melangkah masuk ke dalam bilik operasi. Namun, melihat Miya berjalan masuk dengan memakai pakaian hospital, membuat dia lagi-lagi sesak nafas. Selagi Miya tidak keluar dari bilik itu, selagi itu dia tidak akan tenang.
Entah sudah berapa kali dia melirik jam. Rasanya sudah terlalu lama, namun baru sepuluh minit berlalu.
Dikeluarkan telefon dari saku seluar, membuka galeri, melihat gambar-gambar Miya dan Lora. Leret satu persatu melihat gambar yang kadang kala dia juga lupa bila dan mengapa gambar itu diambil. Tersenyum dia melihat gambar-gambar Miya yang diambilnya saat di pejabat. Gambar candid ketika isterinya itu sedang tekun meneliti dokumen, ketika membancuh kopi, ketika makan, dan jika Miya menyedari gambarnya dirakam, dia akan segera tersenyum di depan kamera. Miya ternyata tidak sedingin dan sekaku seperti di awal perkahwinan mereka dahulu. Mungkin sikapnya ketika itu yang menjadikan Miya begitu.
Satu demi satu gambar dileret sehingga akhirnya muncul gambar Dahlia yang diambil ketika kali terakhir isterinya itu menyambut hari lahir Lora.
Perlahan ibu jarinya mengusap wajah Dahlia yang tersenyum lebar di dalam gambar itu. Cintanya pada Dahlia tidak pernah luntur. Cuma sekarang dia sedar yang dia perlu terus melangkah ke depan tanpa terpaut dengan masa silam. Dahlia sudah tiada dan mungkin sudah tenang di sana.
“I’m sorry…” desisnya. “I love you and will always love you and I will keep you in my heart. Tapi sekarang I dah ada Miya and I love her so much. She’s a good mom to Lora and she loves our daughter so much. And Lora loves her too.”
Ketika Adrian masih asyik menatap gambar Dahlia, bunyi pintu operasi dibuka membuat dia tersentak. Segera dia menegakkan tubuh lantas menyimpan semula telefonnya. Terlalu leka melihat gambar, tidak sedar rupanya sudah hampir 40 minit berlalu.
“How’s my wife?” tanyanya tidak sabar.
“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah and Puan Miya pun sedar sepenuhnya sepanjang prosedur.”
“Dia…tak nervous.”
“Adalah sikit-sikit but she managed to control it.”
“So, dia boleh terus balik hari ni?”
“Ya boleh. Tapi biar dia rehat dulu sekejap. Mungkin dia akan ada rasa cramp dekat perut, pening, loya, tapi untuk sementara saja. In case berlarutan, cepat-cepat bawak dia ke hospital semula.”
Adrian mengangguk, namun dalam hati berdoa supaya perkara itu tidak berlaku.
SEMENTARA Miya berehat, Adrian dibenarkan menemani isterinya itu.
“Sakit tak?” tanyanya.
“Sakit jugak. Lebih sakit dari yang saya bayangkan. Tak tahu nak cerita tapi sakit.”
Adrian berdecit. “Itulah saya dah cakap…” Kata-kata Adrian terhenti di situ apabila tiba-tiba Miya menggenggam tangannya.
“Tapi saya tak menyesal.”
Adrian terdiam. Ditatap lama wajah Miya, mencari kejujuran di sebalik kata-kata itu. Dia tidak mahu kata-kata itu sekadar penyedap telinga dan hatinya saja.
“Betul. Saya tak menyesal dan saya tak sabar nak tunggu keputusan. Tapi tadi saya ada dengar pakar radiografi tu kata good…good…Harapnya tak ada masalah.”
Adrian akhirnya tersenyum sebelum membalas genggaman tangan Miya dan meramasnya lembut.
MALAMNYA Miya gelisah apabila sesekali rasa ngilu pada bahagian bawah abdomennya mengganggu tidur. Daripada terlentang, dia mengiring membelakangi Adrian sambil memeluk bantal dan sedikit menekan perutnya untuk menghilangkan rasa sakit itu. Cuba pejam mata, namun rasa ngilu itu tetap tidak hilang.
“Tipu je doktor tu. Kata tak sakit. Tapi sakit jugak,” rungutnya.
“Kenapa? Sakit ke?”
Suara serak yang tiba-tiba saja bergema di tepi cuping telinganya itu membuat Miya tersentak. Berderau darah naik ke kepala membuat dia pening seketika.
“Terkejut saya.” Usap dada, dia kembali menelentang. Dilihat Adrian dengan wajah mamainya sudah bersila di sebelah.
“Rasa cramp.”
“Kat mana?”
“Sini.” Miya menunjukkan bahagian bawah perutnya.
“Nak pergi hospital semula?”
Miya geleng. Kata doktor, rasa kejang di bawah perut adalah biasa selepas prosedur.
“Ada bleeding tak?”
“Ada la keluar darah sikit. Tapi sikit je.”
Adrian terdiam dengan raut wajah yang nampak kusut.
“Don’t worry. I’m okay.” Miya menenangkan suaminya itu. Ah, tiba-tiba dia terfikir. Jika menjalani HSG saja Adrian sudah begini rusuh, bagaimana agaknya jika dia melahirkan anak nanti?
“How can I help you?” tanya Adrian. Dia juga tidak dapat tidur dengan lena jika Miya tidak boleh tidur.
“Can you rub my back until I fall asleep?”
“Sure.”
Miya meniarap sebelum Adrian mengusap belakangnya sehingga dia tertidur. Entah kerana posisi tidur, atau kerana sentuhan Adrian, atau kerana perhatian suaminya itu, tidurnya benar-benar lena sekali pun sesekali rasa ngilu itu menyerang.
BEBERAPA hari selepas Miya menjalani HSG benar-benar membuat tidur Adrian juga tidak lena. Hampir setiap jam dia terbangun dengan sendiri, memeriksa jika Miya demam. Kata doktor, demam adalah tanda berlaku jangkitan dan perlu segera dibawa ke hospital. Sekalipun Adrian tidak berharap itu berlaku, tetapi tetap juga rasa takut yang menyelimuti hatinya membuat setiap malam dia akan memeriksa suhu Miya untuk memastikan isterinya itu tidak demam.
Tidak ada sebarang komplikasi serius pada Miya kecuali ada sedikit tompokan darah keluar pada dua hari pertama. Masuk hari keempat, rasa ngilu itu mula berkurang dan Miya mula beransur pulih Namun Adrian masih tidak membenarkan Miya melakukan apa-apa kerja. Malah, saking tidak percayanya dia kepada Miya, Balqis dia arahkan bercuti untuk menjaga Miya sepanjang dia berada di pejabat.
“Next week saya dah boleh masuk kerja,” ujar Miya saat menemani Adrian makan malam. Lora sudah makan di rumah Datin Fauziah dan langsung tidur selepas dijemput Adrian tadi.
“Awak dah betul-betul sihat ke?”
“Dah.”
“Ada rasa cramp lagi tak?”
“Tak ada.”
“Bleeding?”
“Tak ada.”
“Loya-loya, pening, demam?” Adrian bertingkah dan bersoal jawab seperti doktor pakar pula.
“Tak ada.”
“Betul ni?”
“Betuuuul.”
“Then, okay.” Adrian mengangguk menyetujui. Dia juga bosan di pejabat apabila Miya tidak ada bersama.
“Abby ada datang office masa saya tak ada?”
Gelak besar Adrian dengan pertanyaan Miya itu.
“Ketawa tu adalah tu.”
“Tak ada.”
“Ye ke?”
“Ya.”
“Boleh percaya ke?”
“Bolehlah. Lagipun kalau dia datang, apa salahnya? Dia dah nak kahwin pun.”
Miya kembali tarik muka masam. “Jadi dia ada datanglah?”
“Tak ada. Tapi dia ada call.”
“Dia nak apa?” Suara Miya terdengar sengit.
“Dia nak jumpa awak.”
“Apa hal pulak dia nak jumpa saya?”
Adrian tertawa melihat raut wajah dan nada suara Miya yang terdengar cemburu. Wanita yang awal dulu dia sangka berhati kering ini rupanya ada perasaan cemburu juga. Boleh tahan.
“Entahlah. Saya kata maybe next week baru awak masuk office.”
“Then?”
“Minggu depan dia datanglah cari awak kat office kot.”
TEPAT seperti kata Adrian, minggu berikutnya Abigail benar-benar datang ke pejabat mencari Miya. Kali ini dia langsung ke bilik Miya tanpa menemui Adrian.
“Sorry terpaksa ganggu you waktu pejabat. But…Ermmm…” Wajah Abigail kelihatan serba-salah.
“Tapi?” Miya tertunggu-tunggu kata-kata selanjutnya daripada Abigail.
“I…really need your help.”
Miya tidak menyela, tidak juga menolak, atau memberi persetujuan. Masih menunggu Abigail menjelaskan bentuk pertolongan yang diperlukannya.
“One of my bridesmaid tiba-tiba tarik diri sebab ada misunderstanding dengan maid of honor, so…boleh tak I nak mintak you gantikan tempat dia?”
“M…Me?” Miya menunjuk ke arah dirinya sendiri.
Abigail mengangguk cepat. “Boleh ya Zainab?”
“Zainab?” Miya terpinga-pinga sebelum teringat, dia sendiri yang memperkenalkan namanya Zainab kepada Abigail.
“I bagitahu Adrian ya? Mintak dia izinkan you keluar sekarang untuk ukur baju.”
“Sekarang?”
“Sekejap ya?” Tanpa menunggu persetujuan Miya, Abigail bangun lalu terus menuju ke bilik sebelah.
Melalui dinding smart glass yang memisahkan bilik dia dan bilik Adrian, dia dapat melihat Abigail berbicara dengan suaminya itu. Entah apa dibicarakan, namun dia melihat Adrian mengangguk saja. Tentu lelaki itu bersetuju membenarkan dia keluar bersama Abigail untuk mengukur baju.
“Ah, kalau untuk kawan dia, semua angguk je.” Miya mencebik geram.
Beberapa minit kemudian, Abigail kembali dengan senyum lebar.
“Adrian benarkan awak ikut saya.”
Miya keberatan, namun dia menurut juga demi menjaga air muka Adrian memandangkan Abigail kawan baiknya.
MENGAMBIL masa sejam untuk mereka sampai di Abbeaute Couture, sebuah butik eksklusif yang terletak di tengah-tengah bandar.
“Jom.” Abigail mendahului langkah Miya masuk ke dalam butik.
Seorang pekerja menyapa sebelum membawa mereka ke ruang privasi.
“So, Abby…Ni bridesmaid baru tu ya?” Wanita yang menyambut mereka tadi bertanya.
“Yup. You boleh tolong design gaun dan ambil ukuran dia?”
“Boleh.”
“Zainab, awak boleh describe gaun macam mana yang awak suka,” ujar Abigail sambil memandang Miya.
“So, Zainab suka yang macam mana?” tanya Chloe.
Gatal pula telinga Miya apabila dipanggil Zainab sejak tadi. Tetapi salahnya juga kerana dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Zainab. Adrian sudah perbetulkan, namun dia berkeras mengatakan namanya Zainab. Nah, sekarang rasakan.
“Kalau tak ada idea…Chloe, tunjukkan contoh design.”
Chloe mencapai tablet di atas meja, menggeseser-geser skrinnya sebelum menunjukkan contoh rekaan pertama kepada Miya.
“Kalau nak tengok design lain, boleh swipe ke kiri.”
Miya menurut. Diperhatikan satu persatu rekaan gaun dan dress dengan saksama. Semuanya terlihat sangat cantik pada pandangannya, kerana memakai dress dan gaun adalah sesuatu yang sangat dia impikan sewaktu kecil dulu.
“I rasa I suka empire gown ni.” Miya menunjukkan gaun dengan reka bentuk empire iaitu sejenis dress dengan pinggang tinggi. Sesuai untuk wanita bertubuh tinggi langsing sepertinya.
“Empire gown…” Chloe membuat lakaran kasar gaun jenis empire pada tabletnya. Ambil masa beberapa minit sebelum dia menunjukkan hasil lakaran itu kepada Miya.
“Bahagian dada sampai pinggang kita akan guna lace, pinggang ke bawah guna chiffon.”
Miya mengangguk, berpuas hati dengan rekaan gaun itu. Cukup cantik dan sempurna walaupun hanya untuk pengapit.
“Cik Zainab boleh ikut I? Kita ambik ukuran.”
Miya akur. Bangun lantas membuntuti Chloe ke dalam sebuah bilik untuk mengambil ukuran. Setelah selesai, Abigail menghantarnya pulang ke pejabat semula.
MALAM minggu, Adrian dan Miya bersantai di depan TV menonton filem Korea bertajuk Parasite. Lora pula bermalam di rumah Datin Fauziah kerana ibu saudaranya, Dhia baru pulang dari Syria.
Suasana sejuk kerana hujan renyai-renyai di luar membuat Miya dan Adrian sama-sama bergelung di dalam selimut di atas sofa panjang.
“Sakit hati betul tengok cerita ni. Dahlah miskin, malas kerja, menipu, lepas tu buat jahat dengan family kaya tu,” rungut Miya sambil menarik rapat selimut ke dadanya.
“Ramai orang macam ni.”
“Macam Erynalah. Depan orang nampak baik, tapi sebenarnya dialah iblis. Nasib baik dia tak sempat membiak.”
Tertawa Adrian dengan ayat terakhir Miya. “You know what. Eryna is my biggest lesson in my life. Orang yang nampak baik tak semestinya baik dan orang yang nampak ikhlas, mungkin ada niat tertentu. Saya terlalu percayakan dia selama ni. Tak pernah saya curiga dengan dia. Semua benda saya harapkan dia.”
“Tapi PA awak sekarang amanah dan boleh dipercayai. Tak perlu diragui.”
“Of course.” Adrian mengeratkan pelukannya pada pinggang Miya.
“Apa cerita dia kat sana?”
“Mungkin tengah dibicarakan. Kalau sabit kesalahan dia bunuh pemandu lori, mungkin akan kena hukuman mati. Tapi tak tahulah kalau hukuman untuk foreigners ni lain. Kalau Malaysia, tak ada beza.”
“I feel sorry for…Dahlia.”
Adrian terdiam. Jujurnya, saat mengetahui kematian Dahlia berpunca dari Eryna, dia sedih. Sangat sedih. Marah apatah lagi. Tidak tergambar dengan kata-kata. Sehingga saat ini dia masih belum memberitahu Datin Fauziah tentang perkara itu. Tidak dapat dia bayangkan betapa besar kekecewaan keluarga Dahlia jika mengetahui kematian anak mereka berpunca daripada perempuan yang tergila-gilakannya. Katakanlah dia pengecut, namun dia belum bersedia. Bukan sedikit masa yang keluarga Dahlia ambil untuk memulihkan emosi mereka selepas kemalangan itu. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia andai pendedahannya hanya mengundang mudarat.
“It’s okay. Dia tetap ada dalam hati saya, dalam satu bilik khas yang saya dah kunci rapat-rapat.”
Miya tertawa. “So, tak ada sesiapa boleh masuk?”
“Yup. Awak ada dalam satu bilik lain, dengan Lora, dan adik adik adik Lora.”
“Kalau Lora tak dapat adik?”
“Then cuma akan ada awak dan Lora dalam bilik tu.”
Miya yang berbaring dengan posisi membelakangkan Adrian, memusingkan tubuhnya, berhadapan dengan lelaki itu.
“Dalam hati awak ni…” Telunjuknya menekan dada Adrian. “…ada berapa bilik?”
“Dua je. Tapi mungkin bila Lora dah kahwin dan ada anak, saya akan buka bilik baru untuk cucu-cucu kita.”
Miya tertawa. Jauh sungguh wawasan Adrian sehingga bercucu.
“Miya…”
“Hmmm…”
“Kenapa awak save nama saya DIA je dalam phone awak?” Adrian tiba-tiba teringat tentang itu. Sebenarnya sudah lama dia ingin bertanya, namun terlupa.
“Saya dah tukar.”
“Ye ke?”
“Yalah.”
“Tukar kepada apa?”
“Dear.”
Adrian memicingkan mata. Bukankah sama? Apa yang ditukar?
“D.E.A.R. Dear.”
“I don’t believe you. Sini saya tengok.”
Tanpa memusingkan tubuhnya, Miya menghulurkan tangan meraba telefonnya di bawah kerusi sebelum menyerahkannya kepada Adrian.
Adrian memeriksa namanya di dalam telefon Miya sebelum dia tersenyum tanda puas hati.
“Good. Mulut awak pun patut tukar panggilan pada saya. Saya tak nak awak panggil saya Adrian.”
“Habis tu awak nak saya panggil awak apa?” tanya Miya dengan nada menggoda.
“Apa je. Asalkan bukan nama. Panggilan yang menggambarkan saya suami awak.”
“Husband?”
Adrian berdecit. “Too formal dan tak realistic.”
“Hubby?”
“I don’t like it.”
“Sayang?”
“Ermmm…” Adrian kelihatan berfikir-fikir sebelum mengangguk-angguk. “I think I like it.”
“Sayang…”
“Oh, I love it.” Tubuh Miya yang berada dalam pelukannya itu dirangkul kemas.
“Esok Abby ajak saya tengok venue wedding dia,” ujar Miya.
“Pukul berapa?”
“Sepuluh. Abby kata sekejap je.”
“Habis tu saya nak buat apa kat rumah ni?”
“You can spend time by missing me.”
Adrian tertawa. Tidak sangka isterinya yang dulu kaku dan beku rupa-rupanya boleh bertingkah semanis ini.
ESOKNYA Miya perlu bersama Abigail dan pengapitnya yang lain melihat tempat untuk majlis perkahwinan itu diadakan. Tepat jam sepuluh pagi Abigail menjemput Miya di lobi kondo.
“Yang lain tengah tunggu kita kat sana,” ujar Abigail sebaik sahaja Miya masuk ke tempat duduk penumpang dan memasang tali pinggang keledar.
“Oh. Berapa orang bridesmaid?”
“Lima.”
“Oh…”
“Nanti I nak minta you bagi pendapat jugak tentang venue tu. Kalau ada apa yang kena tambah ke, atau ubah ke, just tell me, because he wants it to be perfect.”
“Sure. No problem. Dekat mana?”
“I buat outdoor sebab modern wedding lebih hidup kalau kita buat kat luar kan?”
“Betul.”
“And…Kalau you tak suka apa-apa dekat situ, bagitahu je.”
Miya mengangguk. Apa salahnya juga membantu. Lagipun hanya memberi pendapat. Abigail mahu terima atau tidak nantinya, itu terpulang. Sahabat Adrian itu peramah juga ternyata. Ada-ada sahaja cerita dan pertanyaan yang memancing Miya untuk berbual, membuat sedikit demi sedikit perasaan kurang senang Miya terhadap wanita itu sirna.
Kereta yang agak banyak walaupun pada hujung minggu membuat kereta Abigail bergerak menyusur lebuh raya dengan kelajuan 60km/j sahaja.
“Week days jammed, weekend pulak banyak kereta. Entah bilalah jalan ni nak clear,” rungut Abigail, namun tidak mendapat balasan daripada Miya.
Toleh, dia melihat Miya melongo memandang ke satu arah.
Share this novel