Pada waktu petang,ada sekumpulan sahabat sedang berjoging bersama-sama di taman.
Kemudian mereka berehat di sebuah pondok dan minum air yang dibawa dari rumah.
Semasa itu,suasana sangat sunyi,hanya bunyi daun yang berdesir ditiup oleh angin.Beberapa minit kemudian,salah seorang dari mereka yang bernama Alya membuka suara, " Wei korang, korang tahu tak pasal 4 orang yang misteri ?" kata Alya.Mereka bertiga menjawab "tahu kenapa ?'' dengan serentak.Alya pun berkata "Korang perasan tak yang 4 orang yang misteri tu sekumpulan berempat, kita pun berkawan berempat." Nana menjawab " Betul la kata kamu Alya,ku pun baru perasan." Selepas itu suasana menjadi sunyi semula.
Lalu,Sofia membuka suara," Sudah la, jangan cakap pasal ni lagi,kamu berdua buat si Aisyah takut pula." Alya dan Nana berkata " Oohhhh ya ka,kami minta maaf Aisyah." Mereka berasa sangat bersalah terhadap,Aisyah walaupun masalah yang kecil.Aisyah berkata " Tak mengapa marilah kita balik dah nak malam ni."Mereka bertiga pun mengangguk sebagai tanda " Setuju," dan pulang bersama-sama.
Oohhhh lupa nak beritahu,Alya,Nana,Sofia dan Aisyah tinggal dalam rumah yang sama sebab mereka sudah berkawan selama 24 tahun jadi mereka agak susah untuk berpisah antara satu sama lain.
Bersambung BAB 2...
Share this novel