Rate

BAB 3

Other Completed 1658

Sudah 5 bulan telah berlalu . Rizal telah bercadang untuk membawa Aina berbulan madu , rizal meminta Aina memberitahu akan hal itu kepada ibu dan abah supaya mereka dapat menjaga baby sarah . Kerana mereka kesepian mereka menerima cadangan tersebut .

Apabila sedang berpacking barang aina terdetik " eh apesal aku tak tanya dulu nak pergi mana ? "

Rizal keluar dari bilik air dan melabuhkan punggung diatas katil " ha sayang dah siap packing ? Abang tak sabar ni . Pukul 3 nanti flight kita takut terlepas pulak "

" Eh kita nak pergi mana ni abang ? , abang tak cakap pun awal-awal " soal Aina .

" Eh eh sayang yang tak tanye kenapa kita pergi New zealand sekarang musim sejuk kat sana tau " Jawab Rizal sambil tersenyum .

" Ye baikla bang mana-mana pun saya okay asalkan anak kita sihat walafiat " jawab aina dengan nada bimbang .

" Jangan bimbang la sayang tak lama pun 2 minggu je kat sana lagipun abang dah tinggalkan wang yang cukup buat ibu dan abah tampung perbelanjaan dengan sarah"

" em kalau macamtu baikla saya turutkan aje " jawab Aina .

Setelah tiba di KLIA keadaan agak sibuk dan kelam kabut , dan pada masa tersebut pesawat mereka akan berlepas . Mereka agak rushing dan Alhamdulillah mereka sempat menaiki pesawat .

" Bang mahal tak ticket ni ? Nanti pergi balik mesti mahal bang . Hm saya mesti cari kerja nanti " tanya Aina dengan nada bimbang .

" Eh sayang ni dah kenapa ? jangan bimbangla abang kan da janji abang akan jaga sayang dengan baby . Jadi sayang buat kerja sayang je k " Jawab Rizal sambil memegang erat tangan Aina sambil mengucup tangannya .

Perjalanan ke New Zealand memakan masa selama 6jam setengah . Agak penat menunggu tetapi berbaloi apabila sampai disana udara amat nyaman dan sejuk . Rizal telah menempah sebuah bilik di sebuah rezort terkenal di sana . Suasana amat selesa , reka cipta beralakan moden dan classic . Tiba di dalam bilik Aina melabuhkan badannya keatas katil sampai terlelap .

" hm Aina ni penat sangat la tu tapi takpe asal dia okay dan selamat dengan aku " Bisik Rizal sambil mengusap rambut aina .

Pada keesokkan pagi Aina bangun dengan penuh bersemangat dan mendapati rizal tiada disebelahnya " mana pula si rizal ni ? pergi cafe kot . Takpelah baik aku pergi mandi dan solat "

Usau solat Aina masih tidak nampak Rizal . " Eh pehal mamat ni takkan nak tinggalkan aku kot takpelah aku try cari dia "
Aina terus mendapatkan slipper puma fentynya lalu pergi ke cafe berdekatan dengan bilik mereka . Sedang Aina berjalan dia ternampak satu pasangan yang sedang bergaduh . Lalu Aina melarikan dirinya . " Eh pehal dekat sini pun gaduh ke ? Orang mari sini nak honeymoon dia gaduh pulak " tiba-tiba Aina terpandang lelaki tersebut adalah suaminya Rizal .

Apakah yang sedang dilihatnya rizal ? Dia melihat lelaki tersebut memegang tangan perempuan tersebut dan perempuan tersebut cuba untuk meleraikan lalu lelaki tersebut memeluknya .

" Ya Allah , apa lelaki yang aku nampak ini Rizal ? Suaranya , ketinggiannya , cara peluknya sama sekali ya Allah . " Hanya tuhan sahaja yang tahu brtapa luluhnya hati Aina . Lalu aina beredar dari tempat tersebut .

" sayang ooo sayang . Sayang , sayang kat mana ? Abang belikan makanan ni buat sayang ? " panggil rizal .
" Ha nipun sayang , eh sayang kenapa berbungkut dengan selimut ni , orang mari nak honeymoon bukan berbungkus "

Aina hanya memandang wajah Rizal sambil menjeling .

" Eh ni dah kenape ? mesti ada sesuatu ni . Ha meh cakap kat abang " rizal bertanya

" Abang ? ape abang ? Kau boleh tak jangan berlakon ? aku penat tahu tak ? cukuplah aku korbanka jiwa raga aku malu aku semua sebab kau tapi apa kau balas ? Aku penat weh aku penat sangat-sangat kenapa kenapa ? Apa salah aku , apa salah aku sampai kau nak buat macam ni dekat aku ? cakap! " jawab Aina menjawab sambil menengking .

Lalu Rizal memeluk Aina . " Sayang tenang , apa yang sayang cakap ni ? cuba terang ? Ye Abang minta maaf pasal perkara lepas tapi kenapa sekarang sayang jadi macam ni ? "

Aina cuba untuk melepaskan diri dari pelukkan Rizal . Terkial-kial tangannya tatapi Aina tewas di dalam pelukkan hangat rizal memandangkan cuaca agak sejuk . Aina hanya dapat menangis lidahnya kelu tidak dapat menjawab segala persoalan yang dilontarkan rizal .

Rizal cuba untuk menenangkan Aina dengan menyanyikan sebuah lagu kegemaran Aina iaitu perfect by edd sheran .

" Dancing in the dark ..
you between my arm..
barefood on the grass..
listening to our favourite song.. "

Aina hanya berdiam diri memandangkan suara Rizal agak lunak dan merdu dia dengarkan aja sampai mengantuk dan terlena dalam pelukkan rizal . Rizal membaringkan Aina dan menyelimutinya . Lalu rizal pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu .

" Ya Allah ya tuhan ku Ampunkanlah dosa hambamu ini yang kerdil lagi hina ya Allah . Ya Allah kau selamatkanlah isteriku ya Allah sesungguhnya aku tidak rela melihatnya dalam keadaan tersebut ya Allah aku mohon ya Allah . Berikanlah kami kebahagiaan ya Allah . Aku amat sayangkan isteriku janganlah kau ambil dia dariku ya Allah , aku pohon kepadamu ya Allah . Amin ya Rabbal alamin . "

Aina mendengar doa suaminya lalu bergenang jatuh air matanya tetapi beribu-ribu soalan yang berputar difikirannya . Tetapi dia hanya bertindak untuk mendiamkan diri tanpa mengajukan sebarang soala kerana Aina tidak mahu pergaduhan berlaku diantara mereka .

"Sayang jom pergi jalan sebelum tu sayang makan dulu kalau taknak nanti keluar kita cari halal restaurant " aju rizal

Aina hanya mengangguk dan memakai coat yang diberikan suaminya apabila sampai di new zealand , sedikit sebanyak depat membantu mengurangkan rasa sejuk di sana .

Apabila di dalam kereta Aina hanya berkhayal dalam imaginasinya sendiri . Tetapi aina pelik kenapa rizal tahu belaka jalan disekitar new zealand ? Agak pelik . tetapi Aina husnuzonkan sahaja kerana Rizal anak orang kaya mungkin dah puas travel sampai tahu semua tempat .

" are you okay sayang ? " sapa rizal

" em ha ye " jawab aina ringkas

" sayang abang nak awak happy bukan badmood kita datang sini nak honeymoon bukan nak sedih "

" ye abang baiklah " jawab aina sambil melihat pandangan yang penuh kehijauan diluar tingkap .

Pemandangan di sini amat cantik dan sesuai bagi percutian kuarga kerana disini amat cantik dan menenangkan selain itu pelbagai aktiviti yang dapat dikakukan pengunjung .

" Abang nak sayang kuat fizikal dan mental , abang taknak sayang lemah "

Aina hanya mengeluh dan mengelamun dan memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini kepada dirinya . Kadang-kadang Aina mahu mengambil jalan singkat dengan membunuh diri tetapi Aina tetap memikirkan tuhan dan beristigfar . Walaupun Rizal amat baik kepadanya tetapi dia merasakan sesuatu yang pelibakan Rizal .

" Sayang kita dah sampai . Ini villa family abang . Jom masuk abang ada suprise " Bunyi Rizal .

Aina terperanjat akan kemewahan dan gah villa tersebut . Bertapa besarnya ianya seperti di istana . Lebih besar dari rumah Rizal di hujung kampung .

Rizal turun lalu membukan pintu kereta sebelah Aina lalu menghulurkan tangannya . Aina hanya menurut lalu menyambut tangan Rizal dengan lembut . Rizal mengeruk pintu dan memberi salam . Lalu ada seorang perempuan sebaya ibu aina datang membuka pintu dan menyambut salam tiba-tiba dia memeluk rizal .

" Oh my god thank you because you save my son , i love you i miss you so much shahh . How are you dear ? " perempuan itu berbunyi

Aina mengagak perempuan itu ibu si Rizal .

" i love you too mummy , im okay la mummy . Mummy jalan bimbang shah kan dah janji shah akan datang . Ini perkenalkan isteri shah " jawab shah sambil memperkenalkan aina .

" aa aa. aa.. yes im Aina . Rizal wife " jawab aina . " ouh family dia bahasakan dia rizal baru aku tahu " bunyi aina di dalam hati

" Ha nilah aina yang shah cerita kan tu ye . Wah sama cantik sama padan korang berdua ye . You are so beautiful aina , please come in and seat " jawab mummy .

Aina melabuhkan punggungnya disebuah sofa yang sangat empuk dan selesa . Lalu Rizal mengusul .

" Rizal can you show me where toilet i nak pergi toilet ni " bunyi aina .

" you just lalu je stright nanti you nampak pintu warna coklat yang tu la toilet , pintu lain semua putih nanti kalau jumpa yang coklat tu la tandas " jawab rizal ringkas .

Aina pun berlalu setelah mendapat kepastian rizal . Dia hanya berjalan lalu berjumpa dengan pintu warna coklat tetapi terdapat sebuah bilik dengan pintunya sedikit terbuka yang menarik perhatian aina . Aina amat ingin mengetahui sesauatu dalam bilik tersebut . Apabila aina memasuki bilik tersebut . Aina terpandang bikar gambar yang memaparkan gambar seorang lelaki yang dikenalinya iaitu rizal bersama seorang perempuan dan terdapat juga tulisan disitu yang tertulis " my fiance road to 2/1/2017 "
Terkejut beruk Aina ketika melihat gambar itu . Apakah benar itu suaminya .

" Astargfirullahalazim ujian apakah yang kau berikan ini ya Allah . Aku tidak kuat ya Allah . Kenapa semua ini perlu aku lalui . Siapa ? betul ini rizal ? Kenapa ? apa salah aku . Tunang ? rizal bertunang ? sedangkan date ni lepas tarik aku lahirkan sarah ? kenapa kau khianati aku rizal " jerit aina di dalam hati .

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Aina saat itu . Mahu sahaja Aina rebah tetapi dia tetap kuatkan diri untuk melangkah . Aina terus menuju ke ruang tamu dengan muka yang monyok dan terus melabuhkan punggung sebelah rizal .

" Aina what wrong with you ? are you sick sayang ? , let me take a medicine " tanya mummy dengan nada bimbang .

" Em takde pape mummy just pening kepala sikit plus badan pun rasa panas mungkin sebab Aina tak dapat menyesuaika diri dengan suhu kat sini kot " jawab aina

" Rizal bawak aina masuk bilik let her rest kat sini semalaman nanti mummy masakkan dinner buat korang "

" baik mummy " jawa rizal .

Rizal memegang tangan Aina dan membawa Aina kebiliknya . Tetapi bilik ini lain sedikit dan bukan seperti bilik yang aina nampak tadi .

sejurus selepas itu aina hanya duduk termenung entah apa yang difikirkan kelihatan mukanya agak kusut sehinggakan air matanya mengalir tanpa disedarinya .

Rizal masuk ke dalam bilik dan membawa ubat . Kelihatan Aina sedang termenung . Rizal menarik kerusi dan duduk dihadapan aina .

" sayang awak okay tak ? ni ubat awak makan la . Abang bimbang nanti sayang sakit "

" Saya rela sakit dari hati saya terus disakiti " jawab aina selamba

" Apa yang awak cakap ni ? apa yang abang buat ? cuba cakap ? jelaskan kat abang ? tolongla . Abang taknak sayang macam ni . Kita dah suami isteri kita dah sah . Abang sayang awak , abang janji abang takkan sakitka hati awak " Jawab rizal lalu memegang erat tangan aina .

" Abang . Tolongla abang tolong aina dah penat perlu ke semua ini ? Aina penat bang memang terlampau penat . Cukupla Rizal cukup . Kau dah banyak seksakan aku , perlu ke kau buat macam ni lagi kat aku ? Aku sakit terseksa lahirkan anak kau . Aku sakit terseksa kahwin dengan kau . Aku terseksa sebab aku tak cinta kau , sekarang kau nak mainkan aku . Aku cuba ikhlaskan tapi setiap kalu aku cuba kau selalu menghalang kenapa zal kenapa perlu ke semua ni zal ? " aina menjawab sambil nenangis teresak-esak . Sungguh pilu hatinya tidak dapat menahan sedih dan derita yang ditanggungnya .

" apa selama ni aina tak sayang abang ? . Aina abang dah buat sehabis baik untuk kita . Abang sayang aina sangat . Abangg.... "

" abang apa ? rizal cakap zal . Aku penat tolongla . Tolong ceraikan aku " Aina menjawab dengan teresak esak .

" Astargfirullahalazim apa yang awak cakap ni sayang . Tolongla jangan suruh abang buat sebab abang takkan lepaskan aina . Sayang cakap sayang apa sebenarnya biar kita selesaikan semua " jawab rizal dengan muka monyok .

Aina hanya menggeleng sambil menangis keesakkan seperti budak kecil . Aina hanya tahu menangis saat itu . Aina meminta Rizal melepaskan tangannya dan keluar dari bilik . Aina terus memakai kasut dan keluar dari villa tersebut . Aina berlari sekuat hati supaya rizal tidak dapat mengejarnya tiba-tiba tanpa disedari

" panggggggggggggg " bunyi kereta merchedez benz melanggar aina . Lalu aina pingsan . Kelihatan berlumuran darah keluar dari hidungnya serta kepalanya berdarah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience