TUGAS KITA?

Other Completed 911

Part ni paling penting. Dan part ni paaaaaling saya nak tekankan. Ramai datang dan Tanya saya:

“kita nak ikut Jemaah mana?Jemaah ni betul tak?jemaah tu ok tak?bla bla bla…”

Sebelum kita sibuk fikir nak pilih Jemaah apa, saya nak kemukakan beberapa soalan:

1)Pernahkan kita menghabiskan baca buku sirah? Kalau tak pernah, macamana kita nak tahu Jemaah yang kita ikut itu benar dan sama seperti arrasul? Bagaimana kita nak tahu Jemaah kita itu perjuangannya sama seprti arrasul andai sirah rasul sendiri kita tak pernah baca?

Sibuk kutuk-kutuk Jemaah lain, sibuk kata Jemaah dia yang paling benar dan paling dekat dengan nabi, tapi sirah arrasul sendiri kita tak baca, tak kaji, tak hadam. Bacala. Banyak buku sirah. “Raheeq Makhtum” oleh Mubarak furi, “Durus wa ibar” oleh Mustafa sibaei, “Fiqh Sirah” oleh albuti dan Muhammad alghazali,  dan banyak lagi.

Sebelum pilih Jemaah, kaji sirah Arrasul!

2)Jangan dengar tentang Jemaah lain dari yang bukan empunya Jemaah sebagai kayu ukur. Kita sembang dengan pelbagai pihak, Tanya pendapat, kaji fikrahnya,kaji tarbiah dan dakwahnya, fahami prinsipnya, kenali ahlinya, fahami kalam pimpinannya.

Nak tahu pasal tentang satu Jemaah, Tanya empunya Jemaah, Tanya puas-puas segala kekeliruan dan syubhat yang kita dengar dari pihak lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience