Completed
2605
“Ira,cinta tak mengenal masa. Cinta hanya kenal erti jatuh dan sakit” dia memanggilku dengan nama yang lain daripada yang lain dan ayat manis dia terlalu manis untuk aku hadam.
“Tapi cinta tak boleh terburu-buru. Itu Cuma mainan perasaan”
“Ira rasa itu mainan perasaan ke? Sedangkan hati kita saling berhubung merasai cinta yang baru berputik. Why you want to resists it?”
Aku diam tanda benar apa yang dikatakannya.
“Ira terima Ari” dia senyum lalu merenungku. Aku terima orang dalam masa beberapa jam kenal.Memang kerja gila. Ini kalau si Hafidz Asyraf aka Langau itu tahu mahu terbalik bumi ini.
“Apa? Zaf,kau memang buat kerja bodoh” marah sungguh langau terhadap aku.
“Ngau,aku tahu ni semua terlalu cepat tapi aku tak dapat nafikan perasaan aku terhadap dia”
“Cepat sangat Zaf. Terlampau cepat. Kau tak kenal mamat tu luar dalam dan kau boleh terima dia. Aku tak sangka aku ada kawan macam kau ni” sentap!!!!
“Aku ni tak layak ke untuk bercinta Hafidz Asyraf?” air mata menitis.
“Tak salah untuk mencintai seseorang Zaf tapi salah apabila bercinta dengan yang bukan halal untuk kita. Aku risaukan kau. Kita kena jaga kepentingan akhirat kita bersama-sama. Aku juga tak nak kau terluka dengan keindahan kata-kata seorang lelaki. Ingat pesan aku. Lidah seorang lelaki bagaikan lidah buaya yang tajam. Sangat tajam sampai kau boleh jatuh teruk” pekakkan telinga Zafirah. Jangan dengar Langau ini. Kau dah ikat hati kau dengan Ari.
“Kau memang tak boleh tengok aku senang Ngau. Kau memang tak sayangkan aku”
“Aku sayangkan kau kerana ALLAH sebab tulah aku marah kau. Kau sahabat aku dunia akhirat.”
Share this novel