Rate

Bab 1

Drama Series 2308

Dup dap dup dap...berdegup kencang jantung Qaseh Arissa.

“Arissa..kenapa ni, berdebar ea?hahaha”. -Qaseh Adara

“Kakak Qaseh, Arissa takutla..”. -Qaseh Arissa

“Ya, kakak faham. Banyakkan selawat ea Arissa”. -Qaseh Adara

“Kakak tahu bukan bagaimana pandangan mummy fakhri kepada Arissa” -Qaseh Arissa

Semakin berdebar Qaseh Arissa teringatkan pandangan Mastura terhadapnya.

“Selepas Arissa menjadi isteri Adam Fakri, buktikan kepada mak cik Mastura yang Arissa boleh menjaga Adam Fakhri”.-Qaseh Adara

Qaseh Arissa tidak yakin dia akan menjaga Adam fakhri kerana sikap bakal suaminya yang panas baran itu. Cinta dia kepada Adam Fakhri terlalu besar sehingga dia sanggup bersabar dengan sikap Adam Fakhri.

“Arissa, jangan termenung da nak jadi isteri orang pun termenung jauh ea.. kakak keluar sekejap ea” -Qaseh Adara

Arissa mengangguk perlahan.

''Sekejap lagi aku akan sah menjadi isteri Kepada Adam Fakhri hehehe... tapi kenapa aku macam tak gembira ea macam bakal-bakal pengantin lain''. -Qaseh Arissa

Qaseh Arissa sering berfikir akan terjadi sesuatu pada alam rumah tangganya akan datang. Sering juga dia menidakkan pemikirannya itu.

“ Arissa buang fikiran tu, Adam Fakhri sangat mencintai kau. Engkau akan bahagia bersama dia”. –Qaseh Arissa

“Aku nikahkan dikau dengan Qaseh Arissa dengan mas…”. –tok kadi

“Berhenti!!! Berhenti aku kata”.- Mastura

Mastura mengarahkan tok kadi untuk menghentikan ijab Kabul Adam fakhri dan Qaseh Arissa.

“Mummy kenapa ni?”. –Adam Fakhri

“Kau! Kau kau fikir dengan baju dan mahkota yang mengelip kau dapat restu aku? Aku takkan restukan hubungan ini”. –Mastura

Terkedu Qaseh Arissa saat Mastura menunjukkan jari telunjuk ke arah Qaseh Arissa dan menjegilkan matanya.

“Mummy bukan ke kita da bincangkan hal ni. Mummy pun da beri restu hubungan kami. Kenapa sekarang mummy nak menghalang pernikahan ini’.

Adam Fakhri menengking Mastura kerana menimbulkan masalah di majlis pernikahannya.
Qaseh Adara memeluk bahu Qaseh Arissa dan menenangkannya. Qaseh Adara memberi isyarat kepada suaminya agar membawa anak-anaknya keluar.

“Mummy akan setuju jika perempuan lain yang Fakhri nikahi, Tapi bukan perempuan yang tidak tahu asal usul keluarganya”.

“Mummy!!!”. –Adam Fakhri

Adam Fakhri terus berlari keluar tanpa mengatakan apa-apa kepada Qaseh Arissa.
Qaseh Adara membantu Qaseh Arissa untuk bangun dan memimpinnya ke luar untuk pulang.

“Arissa, tabah ea in shaa Allah ada jodoh yang tebaik untuk Arissa”. –Sufian

“Betul kata abang sufian, di luar sana ramai yang mahukan Arissa. Buktinya masa raya ramai rakan-rakan yang mempunyai perasaan kepada Arissa yang datang ke rumah”. -Qaseh Adara

Qaseh Adara menyokong kata-kata suaminya untuk memberi semangat kepada Qaseh Arissa.

“Umi…kenapa aunty Arissa nangis, Aunty Arissa sakit perut ke umi?”. –Safiya Adawiyah

Tersentuh Qaseh Arissa mendengar kata-kata anak kecil itu. Safiya Adawiyah seorang kanak-kanak yang pintar meskipun umurnya masih kecil. Safiyah Adawiyah yang akan datang kepadanya setiap kali bertengkar bersama Adam Fakhri.

“Tak sayang, Aunty sakit dada. Safiyah jangan kacau aunty ea nanti aunty sakit”. -Qaseh Adara

“ok umi…ssshhhh”. –Safiya Adawiyah

Tersenyum Qaseh Arissa melihat gelagat anak kecil itu meletakkan jari telunjuk di bibirnya isyarat untuk diam.

“Stop!!!”. Mastura

Sufian berhenti mengejut apabila Mastura menghalang keretanya untuk keluar daripada perkarangan masjid.

“Allahu Akhbar”. –Sufian

“Apa lagi mak cik Mastura ini mahu?”. –Qaseh Adara

“Perempuan tak guna.. kau jangan ganggu anak aku lagi. Anak aku takkan terhegeh dekat perempuan macam kau kalau kau tak goda dia”. –Mastura

Semakin laju air mata Qaseh Arissa apabila Mastura melontarkan kata-kata sebegitu kepadanya.

“Arissa jangan ambil hati dengan kata-kata Mak cik Mastura ea. Arissa seorang yang kuat”. Qaseh Adara

Qaseh Adara cuba untuk menahan air matanya tetapi tewas juga akhirnya. Qaseh Adara tidak mahu adiknya melihat dia menangis lalu dia memeluk Arissa.
“Ayah siapa tu, Kenapa dia duduk depan kereta kita jerit-jerit”. –Safiya Adawiyah

“Umi..Ayah..kakak takut”.-Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah yang diam sejak tadi akhirnya bersuara kerana kelakuan Mastura seperti tidak siuman.

“kakak.. Safiya ssshhhh”. Sufian

“Hina sangat ke anak yatim piatu seperti aku ini sampai diperlakukan begini? Apa salah aku sehingga ibu kepada orang yang aku cintai berkelakuan begini kepadaku”. –Qaseh Arissa

Qaseh Arissa hanya mampu meluahkan di dalam hati. Dia sahaja yang tahu betapa sakitnya diperlakukan seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience