Rate

Cerpen

Short Story Completed 25544

Tajuk: Sebab Kau Abang Aku
Penulis: Dee

Faiz dan Adam merupakan dua beradik yang sangat akrab.Akrab macam mana tu? Akrab dari pelbagai segi. Duduk satu rumah, kerja satu tempat, kekasih langsung tiada. Bukan apa, mereka merasakan bahawa belum tiba lagi waktu yang sesuai untuk berfikir tentang wanita kerana mereka percaya suatu hari nanti mereka akan berkahwin jua.

Faiz merupakan abang sulung yang sangat bertanggungjawab, matang, pintar, pandai berjimat dan yang paling penting kacak. Soal umur pula, masih muda. Dalam sekitar dua puluh lima tahun. Merupakan ketua dalam pemasaran syarikat yang dikendalikan oleh ayah mereka sendiri. Walaupun begitu, tiada siapa yang tahu bahawasanya ayah mereka merupakan ketua tempat itu. Perkara itu dirahsiakan dari mereka bertiga iaitu Faiz, Adam dan juga papa mereka.Hal ini kerana mereka mahu layanan yang diberikan sama rata. Juga, tiada siapa yang syak atau menyangka atau bertanya tentang hubungan mereka berdua bersama papa mereka.

Adam. Anak bongsu merangkap adik kesayangan Faiz. Adam dia kurang matang tetapi bertanggungjawab, happy go lucky dan juga kacak. Umur setahun lebih muda dari Faiz. Adam bekerja sebagai penolong kanan abangnya. Ini bermaksud, mereka berkepit dua puluh empat jam. Sampai ada yang menyangkakan mereka berdua bercinta.

Faiz dan Adam tinggal satu bumbung di sebuah rumah teres. Even papa mereka mempunyai banglo yang mewah, tetapi mereka lebih memilih untuk hidup sendiri dan juga belajar berdikari untuk menjadi orang biasa.

Mereka pergi ke kerja hanya menggunakan motor vespa kesayangan Faiz. Even ada kereta mewah seperti Audi dan juga Mazda Sport pemberian papa dan mama, mereka lebih memilih untuk menaiki motor. Dengan cara ini, mereka dapat meredah lautan kesesakan pada waktu pagi di Kuala Lumpur. Selain itu juga, tiada siapa juga yang menyangka bahawasanya mereka mempunyai kereta mewah kerana kereta-kereta itu diletakkan di sebuah garaj yang tersembunyi di rumah. Kereta itu hanya digunakan untuk pergi ke tempat-tempat yang jauh sahaja.

Seperti hari-hari biasa, dua beradik itu membuat kerja dengan perfect. Sewaktu Faiz dan Adam sedang berbincang mengenai kerja di bilik Adam, pintu bilik diketuk. Setelah mendapat arahan, pintu bilik dibuka.

“Oh Ilham. Ada apa?” Soal Adam.

“Boss nak jumpa kau Adam,” kata Ilham.

Ilham, muka sahaja kacak tetapi, peh!! Mulut bukan main lagi, mengalahkan perempuan. Suka mengapi-apikan seseorang. But in the same time, dia merupakan pekerja kesayangan papa. Sebab kerja-kerja yang dia lakukan amat memuaskan hati boss. So, tidak semena-mena dia menjadi PA boss itu.

Adam meminta diri kepada Faiz dan berlalu pergi. Ilham mengikut dari belakang. Nak pasang telinga la, apa lagi kalau bukan itu.

Manakala Faiz meneruskan kerjanya.

***

“Yes boss. Anything wrong with my work?” Soal Adam sebaik sahaja melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan papanya.

Di pejabat, mereka menggunakan Bahasa formal. Mereka tidak masuk campurkan urusan kerja dan rumah. Dan ini barulah dipanggil professional.

“No..no.. your work is very good.Dari laporan ni, awak mempunyai potensi yang besar untuk naik pangkat,” kata papa, tenang.

Kening sebelah kanan dinaikkan oleh Adam. Adakah itu satu pujian atau satu kenyataan?

Sementara di luar, Ilham mendekatkan lagi telinganya di pintu apabila mendengar boss memuji Adam.

“Awak pernah terfikir atau terlintas di hati untuk duduk diatas kerusi CEO?” soal papa lagi. Saja dia mahu berkias-kias dengan anaknya.

“Sometime. But, saya tahu saya tak layak. That’s why saya tak nak taruh harapan yang tinggi,” kata Adam, sopan.

Papa tersenyum. Dalam hati dia amat berbangga kerana mempunyai anak yang sebegini. Walaupun, Adam ini kurang matang berbanding abangnya, tetapi Adam mempunyai potensi kerja yang lebih baik daripada abangnya.

Papa menghulurkan tangan. Dengan teragak-agak, Adam menyambut huluran itu.

“Congrates! Mulai minggu depan, awak akan berada di bilik CEO diatas pretasi kerja awak yang bagus dan memuaskan. Oleh kerana itu, awak berhak mendapat jawatan yang tertinggi itu.”Kata papa dengan keyakinan yang tinggi.

Adam terkejut besar apabila papa mengesahkan bahawa dia telah menjadi CEO syarikat itu. Akhirnya, impian dia tercapai. Dia memeluk papanya dan berkata terima kasih diatas jawatan itu.

Ilham yang mencuri dengar itu pun terkejut juga.Dengan segera, dia pergi mendapatkan Faiz untuk mengkepohkan khabar itu.

***

“Iz, kau rasakan kerja kau bagus tak?” Soal Ilham, direct.

Faiz menyedut minumannya terlebih dahulu sebelum menjawab. Mereka berada di restoran memandangkan sekarang adalah waktu makan tengah hari. Ilham telah mengajak Faiz untuk makan bersamanya. Faiz ingin mengajak adiknya, tetapi Ilham membohong dan berkata bahawa Adam telah keluar bersama papa.

“Ermm.. Aku rasa ok kot..”Jawab Faiz acuh tak acuh.

“Mana boleh rasa-rasa dan kot-kot.Kau kena yakin dengan jawapan kau. Sekali lagi aku tanya, kau rasa kerja kau bagus tak sepanjang kau bekerja di bawah company tu?”
Bagai dicucuk jarum semangat, Faiz menjawab.

“Yes! Aku dapat merasakan bahawa aku sangat bagus dan aku layak dinaikkan pangkat untuk menjadi CEO!”

Ilham tersenyum. Disebalik senyum itu, tersimpan satu ribu makna.

“Itu la. Aku pun rasa yang kau layak jadi CEO bukannya adik kau,” direct sahaja Ilham menjawab.

Hampir tersedak air yang disedut oleh Faiz apabila mendengar kata-kata Ilham itu. Dia mengelap mulutnya menggunakan napkin.

“Apa kau cakap tadi? Adik aku?Apa kena mengena pulak dengan adik aku ni?” Soal Faiz pelik.

Ilham membuat muka bersalah padahal itu semua adalah fake belaka.

“Aku pun sebenarnya rasa bersalah untuk cerita kat kau. Tapi memandangkan kau dah tanya, aku jawab jela. Actually, aku tak sengaja terdengar perbualan boss dengan Adam.Waktu tu aku nak hantar file, dan tiba-tiba aku terdengar pasal CEO. Aku pun curi-curi dengar dulu la. Ok, direct to the point, adik kau yang tak sebagus kau tu, yang tak matang tu, yang buat kerja teruk tu dengan senangnya dapat naik pangkat jadi CEO. Perkara ini telah disahkan oleh boss. Mulai minggu depan, dia akan jadi orang atasan kau dan kau pulak jadi orang bawahan dia.” Ilham memutar belitkan cerita.

Faiz tidak senang duduk. Jawatan CEO itu telah lama dia idamkan. Baru malam tadi mereka berdua berbincang tentang pangkat itu. Adam juga ada menyatakan bahawa dia tak nak menjadi CEO andai dia diberi peluang. Tapi sekarang, lain pula.

Ilham yang melihat wajah merah Faiz itu, makin galak dia rasa untuk cucuk jarum lagi.

“Aku jugak ada dengar, dia mintak boss suruh kau jadi penolong dia pulak sebab dia nak bagi kau rasa macam mana jadi orang kanan. Selain itu, dia cakap dia memang layak untuk terima jawatan tu sebab dia berasakan dia lebih bagus dari kau. Lagi, dia cakap, dia yang buat kerja untuk kau. Manakala kau pulak hanya tahu mengarah dia. Sebab tu dia nak kau jadi penolong dia supaya dia boleh balas dendam.Aku yang dengar, panas telinga dibuatnya. Sebab itu dia tak nak join kita lunch sebab dia nak buat plan dengan boss macam mana nak kenakan kau balik. Aku rasa kau tak boleh berdiam diri. Kau kena buat something terlebih dahulu sebelum dia ngap kau!” Api Ilham.

Dengan bisikan syaitan di telinga, ditambahkan lagi dengan kenyataan palsu yang disangkakan betul, Faiz menjadi hilang pertimbangan.Api dendam dan juga benci menyala-nyala dalam diri dia.Dia mengenggam penumbuk.

Melihat keadaan Faiz begitu, Ilham menambah lagi.

“Better kau serang dia kat rumah sebab kalau kau serang kat office tak ada guna. Confirm la boss back up dia. Tak pasal-pasal nanti kau kena buang kerja sebab ni. Aku sarankan supaya kau terus serang. Tak payah nak soal siasat bagai. Confirm nanti dia memutar belitkan fakta supaya kau percaya.”

“Tak guna punya adik! Macam ni kau layan abang kau?Tak apa, kita tunggu je la nanti,” kata Faiz geram.

Meloncat-loncat kegembiraan hati Ilham setelah misinya untuk menjatuhkan dua beradik ini berjaya. Dia amat membenci dua beradik ini kerana mereka terlampau perfect di mata semua orang sehinggakan dirinya dianggap buruk oleh orang lain akibat boss terlalu sayang kepada dia. Selain itu juga, dia tahu bahawa boss itu adalah papa mereka berdua. Kenyataan itu dicerita sendiri oleh boss. Akibat itu, dia akan membuat dua beradik ini hilang kesempurnaan di mata orang.

***

Faiz membasuh motor vespanya di pagi Ahad. Adam keluar bersama teh panas untuk diberikan pada abangnya.

“Iz, ni aku ada buat teh panas untuk kau ni,” kata Adam. Cawan berisi air itu disuakan ke Faiz.

Faiz hanya membisu dan meneruskan kerjanya tanpa memandang Adam.

“Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?”Soal Adam.

Situasi sama oleh Faiz.Adam mengeluh.

“Kau ni dah kenapa? Dah dua hari kau tak tegur aku. Kalau aku buat silap, aku mintak maaf. Mana perginya sifat matang kau tu?” Soal Adam tidak puas hati.

Faiz hanya membisu.

“Iz, kau ni pekak ke?!”Adam menjadi geram apabila melihat Faiz tidak mengendahkan panggilannya.

Faiz bangun dan mencampakkan kain buruk ke atas lantai. Dia menghampiri Adam bersama wajah yang bengis.Dia menolak kasar badan Adam hingga bergerak tubuh itu ke belakang.

“Kau tu apahal?! Oh, mentang-mentanglah kau bakal menjadi CEO, kau boleh sesuka hati tinggikan suara kat aku?!”Marah Faiz pula.

“Oh rupa-rupanya kau dah tau pasal tu. Hah, baru aku faham kenapa kau jadi macam ni. Alah, rilek ar. Dah papa nak bagi jawatan tu kat aku nak buat macam mana,” kata Adam, berlagak tenang.

“Kau boleh la cakap macam tu sebab kau dapat. Kau tahu tak, aku dah lama impikan jawatan tu. Dengan senang-senang, kau rampas macam tu je. Kau tak ingat, yang kau pernah cakap yang kau tak nak jawatan tu? Lepas tu, bila dapat dah lupa apa yang kau kata?” kata Faiz cuba mengawal emosi.

Adam mengeluh. Akibat dia gembira hari itu, dia terlupa tentang apa yang dia perkatakan. Teh panas yang dipegang disuakan kepada Faiz dengan harapan kemarahan itu dapat diredakan.

Ego Faiz tercabar apabila Adam cuba membuat baik dengannya. Akibat terikut nafsu, Faiz menolak cawan dan berlalu pergi. Tindakannya itu menyebabkan air panas yang berada didalam cawan tertumpah ke tangan Adam.

Adam yang terkejut dek air panas itu, telah menggerakkan badannya sehingga ke motor vespa yang ditongkat tegak. Dia terlanggar lalu vespa itu jatuh kearahnya dan bersama-sama vespa itu dia rebah ke tanah.

***

Perlahan-lahan dia membuka mata. Perkara pertama yang dia lihat adalah kipas syiling yang berputar. Tetapi kipas itu tidak sama seperti kipas dirumahnya. Dia memandang ke kiri pula. Terdapat langsir yang menutupi sebuah pintu balkoni. Dia cuba mengingati perkara-perkara yang dia lihat. Semua yang dia lihat, seperti pernah dilihat sebelum ini.

Dia memandang ke sebelah kanan pula. Terlihat seorang lelaki yang sedang memperbetulkan rambut di hadapan cermin. Sekejap, bukankah itu..

“Adam?” Panggil Faiz dengan suara yang lemah.

Adam memandang Faiz melalui pantulan cermin.Dia tersenyum.

“Akhirnya kau sedar jugak, wahai sleeping man. Amacam, best tak dapat tidur seminggu?” Soal Adam.

Faiz menjadi bingung dengan soalan itu. Dia menggerakkan badan untuk bersandar di kepala katil. Ketika itu, dia berasakan pinggangnya berasa sakit. Tetapi dia mengagahkan jua untuk bersandar.

Adam menghampiri Faiz. Rasa kasihan melimpah ruah apabila melihat wajah kacak abangnya yang pucat itu. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan dengan katil Faiz.

Faiz terperasan dengan tangan kiri Adam. Mengapa dia memakai sarung tangan? Adam menyorokkan tangannya di bawah. Mujur sahaja kerusi yang didudukinya rendah sedikit berbanding dengan katil yang tinggi.

“Kita berada di mana ni?Kenapa kau pakai sarung tangan?” Soal Faiz.

“Amboi, sejak sedar dari tidur, terus bahasa skema kau cakap. Kita berada dimana ni ? Haha ! Kau tak ingat tempat ni ? Ini kan rumah papa dan mama, dan ini bilik kau sendiri,’’ jawab Adam. Dia tidak menjawab soalan terakhir Faiz.

Faiz memandang wajah adiknya yang ceria kemudian dia tunduk ke bawah. Adam menjadi hairan dengan tingkah laku abangnya. Mungkin begini kot orang yang baru sedar dari koma kot. Fikir Adam.

Faiz mengambil nafas dalam dan melepaskannya.

‘‘Kau tahu tak, aku mengalami mimpi yang seram. Mimpi tu tentang kita. Aku marah kat kau sebab kau jadi CEO. Dalam mimpi tu, aku jadi bukan jadi aku. Maksudnya, aku jadi tak matang dalam mimpi tu dan mudah termakan oleh satu hasutan mamat ni. Aku tak berapa pasti siapa mamat tu. Suatu hari tu, aku tengah cuci motor. Kau datang untuk bagi aku air teh panas. Aku tak layan dan kau jadi marah. Aku marah kau balik. Kau cuba pujuk aku dengan bagi aku air tu dan aku tepis. Air tu tumpah kat tangan kau dan juga motor tu jatuh atas badan kau,’’ cerita Faiz.

Kepala Adam mengangguk. ‘‘Lepas tu, apa jadi kat aku ?’’

Faiz senyap. Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas itu. Adam menyentuh bahu Faiz.

‘‘Mimpi kan permainan tidur. Dah, kau sambung rehat. Esok pagi kejut aku untuk solat subuh berjemaah.Jangan lupa tau,’’ ujar Adam. Dia bangun dan berlalu pergi

Di muka pintu, Adam berkata sesuatu.

‘‘Sebelum kita tidur, nabi mengajar kita untuk memaafkan orang lain. Aku nak mintak maaf kat kau sebab aku ada buat salah kat kau. Aku jugak dah memaafkan kau andai kata bukan andai kata, sebab kau dah buat salah kat aku dan aku dah pun memaafkan kau sebab…

kau abang aku.”

Senyuman terakhir dilemparkan Adam kepada Faiz. Dengan perlahan-lahan, pintu bilik ditutup.

Sebaik sahaja pintu ditutup, Faiz menyambung bicara.

“Dan kau adik aku yang paling aku sayang.”

Tanpa dipinta, air matanya menitis. Dia sendiri tidak tahu mengapa air matanya keluar. Hatinya tiba-tiba bertukar sebak sebaik sahaja Adam menutup pintu. Semakin dia seka air matanya, semakin galak mutiara jernih itu keluar.

Tetapi Faiz tidak tahu apa yang terjadi di luar biliknya.

Andai sahaja Faiz tahu apa yang akan berlaku selepas ini, pastinya dia akan sentiasa berada di sisi Adam. Malangnya, dia hanya manusia biasa. Tidak dapat meneka atau membuat ramalan apa yang akan berlaku selepas ini.

“Abang.”

Suara itu dari pintu. Faiz mengangkat wajahnya dan memandang ke pintu. Mata mereka bertembung. Mata-mata mereka merah bersama linangan air mata.

Adam menyeka air matanya dan berlari kearah abangnya yang sedang mendepakan tangan. Mereka berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa. Mereka menangis didalam pelukan itu. Kasih sayang dua beradik ini amat kuat sehinggakan mereka dapat merasakan kasih sayang dari hati ke hati.

“Aku sayang kau. Dunia dan akhirat.” Kata Adam dalam sebak.

“Kau ingat aku tak sayang kau? Aku lagi sayang kau sebab kau adik aku.’’ Kata Faiz dalam sendunya. Dia menepuk belakang Adam dengan kuat.

Adam meleraikan pelukan kerana abang dia tepuk kuat sangat. Ingat tak sakit ke?

“Bodoh, sakit la,” dalam nada berseloroh Adam berkata. Dia mengelap air mata menggunakan kolar baju.

“Bodoh bodoh pun abang kau jugak. Bodoh bodoh pun kau sayang aku jugak.’’

“Sebab kau bodoh la aku sayang kau sebab..”

Faiz memintas kata-kata Adam.

‘‘Sebab kau adik aku dan aku abang kau.’’

Adam ketawa kemudian diikuti oleh Faiz.Dalam kegembiraan itu, Adam dapat merasakan sesuatu. Tetapi cepat-cepat dia singkirkan perasaan kurang enak itu. Dia mahu mengabdikan kenangan ini ke dalam hatinya.

***

Faiz termenung seorang diri didalam bilik. Songkok yang dipakai diletakkan di tepi. Air mata yang tidak berhenti mengalir, diseka. Terngiang-ngiang kata-kata terakhir dari Adam sebelum dia melangkah keluar dari bilik dan pergi buat selama-lamanya.

‘‘Sebab kau abang aku.’’

“Abang..”

Buat pertama kalinya Adam memanggil Faiz dengan panggilan ABANG. Selalunya mereka menggunakan bahasa kau dan aku. Jarang memanggil dengan panggilan seperti itu. Ah! Mengingati perkara yang lepas menjadikan dia untuk menangis sahaja.

Surat berwarna putih yang diletakkan di tepi almari dicapai. Dengan tangan menggeletar, dia membuka surat itu.

‘‘Aku Adam, adik kandung kau. Manakala Faiz, abang kesayangan aku. Disebabkan kau abang aku, aku nak beritahu kau sesuatu. Sebenarnya, mimpi yang kau cerita kat aku adalah bukan mimpi tetapi reality. Perkara itu dah pun berlaku sebelum kau terjaga dari tidur atau lebih dikenali sebagai koma. Aku tahu kau pening. Tapi tak apa, aku akan terang satu persatu.

CEO. Ya, aku memang dapat jawatan tu. Kita gaduh? Memang kita ada gaduh sebab aku yang bodoh terima terus dari papa jawatan tu tanpa memikirkan kau. Aku silap. Ni semua sebab aku dan aku memang patut kena timpa musibah sebab aku cakap tak serupa bikin. Kau nak tahu musibah apa? Musibah itu adalah aku kena air panas dan juga ditimpa motor.

Waktu aku meraung kesakitan, aku ada panggil kau. Kau berpaling dan terkejut. Sewaktu kau berlari, aku tengok kau pegang pinggang kau. Aku perasan, muka kau nampak bersalah dan dalam pada masa yang sama, muka kau menahan kesakitan. Aku dapat rasakan, kau sanggup tahan sakit dan pergi selamatkan aku. Dalam kesakitan itu, kau gagahkan jugak angkat motor vespa dan bantu aku berdiri. Lepas aku dapat berdiri, kau pulak yang rebah. Aku panic dan meminta tolong dari jiran.Mereka call ambulance dan bawak kita ke hospital.

Selepas melakukan pemeriksaan, doctor mengesahkan yang kau mengalami kegagalan buah pinggang. Aku melawat kau. Kau nak tahu, aku menangis tengok kau terbaring lemah kat atas katil tu. Dengan wayar yang berselirat sana sini, dengan bau ubat yang menyusuk hidung. Aku tak tahu macam mana kau boleh bertahan dalam wad itu. Aku dapat rasakan kesengsaraan kau. Jahatkan aku? Kalau lah aku tak terima tawaran papa, mesti kau tak akan duduk kat situ. Bodoh, bodoh dan bodoh betul aku ni! Kalaulah aku tak marahkan kau waktu kita gaduh tu, mesti aku tak jatuh dan kau tak perlu selamatkan aku. Walauapapun, aku tabik spring kat kau sebab dalam sakit tu kau sanggup tolong aku. Tapi aku tak pandai menghargai jasa kau. Setelah berfikir, aku memohon kepada doctor untuk serahkan buah pinggang aku ni kat kau. Tapi doctor tu lagi jahat. Dia tak bagi. Katanya peluang aku untuk hidup dengan satu buah pinggang amat tipis sebab pinggang aku sebelah kuat sebelah lemah. Tapi aku lawan. Aku tak nak kau sengsara lagi. Aku paksa doctor tu jugak. Aku nak dia ambil buah pinggang aku yang kuat ni dan bagi kat kau. Aku cakap, tak apa. Biarkan saya menderita asalkan abang saya bahagia sebab dia abang saya. Akhirnya, pembedahan selamat dilakukan.

Pada hari keenam selepas pembedahan, aku dapat rasakan yang kau akan sedar. Aku minta kebenaran dari pihak hospital untuk hantar kau ke rumah papa. Setelah membuat pemeriksaan, doctor membenarkan. Dan aku tak sangka, sehari selepas itu kau sedar. Yela, sebab kau kan abang aku. Deria kita amat kuat. Bila kau sedar, kau cerita pasal mimpi kau. Aku saja buat lawak untuk berselindung dari kesedihan. Lepas tu kau tanya pasal tangan aku. Aku tak jawab sebab aku tak nak kau kecewa bila dapat tahu yang tangan aku melecur akibat air teh yang panas tu tumpah. Aku takut nanti bila aku cerita perkara sebenar, kau akan bertambah kecewa.Lagi pun, kau baru sedar dan keadaan kau sangat lemah.

Tapi.. tapi kau jangan risau. Itu bukan salah kau. Aku faham, kau tertolak cawan tu. Bukan disengajakan, kan? Sebab tu aku pakai sarung tangan supaya kau tak nampak tangan aku yang cacat dan hodoh tu.

Kau nak tahu, lepas aku keluar dari bilik, aku menangis teresak-esak didepan pintu bilik kau.Dah macam perempuan je aku ni. Asyik menangis je. Mama dan papa perasan aku menangis dan menenangkan aku. Mereka membawa aku masuk ke bilik sebab tiba-tiba je aku jadi lemah. Aku jugak ada cakap kat papa suruh jawatan CEO itu bagi je kat kau sebab aku rasa aku tak layak.Papa agree. So lepas ni kau lah CEO baru syarikat kita.

Mesti kau dah ingatkan apa yang berlaku after aku cerita, kan ? Tapi satu je yang aku nak kau tahu…

Aku lakukan semua ini sebab kau abang aku. Dunia dan akhirat. Dan, aku berasa sangat seronok dapat peluk kau. Pelukan istimewa dari aku untuk kau. Pelukan adik untuk abang.

ADAM.’’

‘‘Ya Allah betapa bodohnya aku sebelum ini. Hanya disebabkan satu kuasa, aku hilang pertimbangan. Aku hilang rasa kasih sayang terhadap adik aku sendiri. Maafkan lah aku Ya Allah, maafkan aku.’’ Rintih Faiz.

Kertas yang dipegang telah basah dek air mata yang tidak henti-henti mengalir. Walaupun dia seorang lelaki yang tidak sepatutnya menangis, namun dia juga ada hati. Dia juga ada perasaan. Perasaan yang sedih telah membawanya ke alam wanita untuk menangis.

Adam menulis surat itu sekitar jam dua pagi apabila dia tersedar dari tidur. Entah mengapa, dia berasa untuk menulis surat. Setelah selesai menulis surat, hati dia berasa sedikit tenang. Dia mengambil keputusan untuk membuat solat sunat taubat dan tahajjud untuk memohon keredhaan dari Allah.Setelah selesai membaca doa taubat, tiba-tiba Adam merasakan pinggangnya teramat sakit. Dalam kesakitan itu, dia sempat merintih kepada Allah.

“Ya Allah, andai waktu ku telah tiba, kau redhailah aku ya Allah.Kau ampunilah dosa-dosa ibu bapaku, dosa abangku dan juga dosa aku. Andai aku pergi, aku memohon pada-Mu agar Engkau bagi ketabahan kepada keluargaku apabila aku sudah tiada. Kau gantikan lah tempat ku dengan orang lain agar abangku tidak kesunyian dan juga tidak berasa sedih lagi, Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, sakitnya pinggang aku. Lemahnya aku ya Allah untuk menanggung keperitan ini. Aku memohon agar Engkau hilangkan lah rasa perit ini.”

Allah itu Maha mendengar. Dia sentiasa mendengar rintihan dari hamba-Nya. Doa terakhir Adam Allah telah makbulkan. Allah telah mengutuskan malaikat untuk mencabut segala kesakitan yang ditanggung oleh Adam.

Bagai ternampak cahaya diatas dirinya, Adam tersenyum. Dia dapat merasakan masanya telah tiba. Ucapan dua kalimah syahadah meniti di bibirnya.

“Ashaduallahillahaillallah...” Adam mengucap dua kalimah syahadah sehinggalah ayat yang terakhir. Dan selepas itu…

Bilik yang samar-samar diterangi cahaya mula perlahan-lahan menjadi kelam di mata Adam. Tubuhnya dengan perlahan-lahan rebah dan dia tidak sedar lagi selepas itu.

Subuh menjelma. Jam enam pagi, Faiz mengejutkan Adam untuk solat subuh bersama-sama. Dia menghampiri Adam yang disangkakan tidur diatas tikar sejadah. Faiz mengejutkan Adam.Tiada respon. Dia mencuba banyak kali, tetapi tiada respon jua. Dia menjadi cemas dan terus memanggil mama dan papa. Kemudian mereka memanggil doktor.

Doktor yang merawat Adam telah mengesahkan bahawa satu-satunya buah pinggang Adam telah gagal berfungsi dan juga penyebab dia meninggal dunia. Terduduk Faiz apabila mengetahui perkara itu. Mama menenangkan Faiz dan juga menghulurkan surat yang dijumpai di meja Adam. Setelah semuanya selesai, Adam selamat dikebumikan.

Sekembali dari tanah kubur, barulah Faiz teringat tentang surat itu. Dia membacanya sehinggalah titik yang terakhir.

Bagai dapat merasakan Adam sedang memeluknya, Faiz tidak dapat menahan sebak. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan air mata tetapi dia gagal. Dia cuba untuk meredhai pemergian adiknya, tetapi sekali lagi dia gagal. Tidak pernah dia terfikir bahawa pelukan, kata-katanya dan juga kelakuannya adalah untuk yang terakhir kali.

Faiz mengangkat baju melayu sebelah kiri. Ada kesan jahitan. Jelaslah disini bahawa memang dia tidak bermimpi. Adam dengan rela hatinya, sanggup mendermakn buah pinggangnya itu unuk diberikan kepada abang kesayangannya. Dia langsung tidak memikirkan kesan yang berlaku. Malah dia berasa gembira dan bangga apabila melihat hasilnya. Hasil itu adalah melihat Faiz kembali sembuh. Itu yang lebih penting buat Adam berbanding memikirkan nyawanya akan lebih terancam selepas ini. Dengan kasar, Faiz mengelap air matanya menggunakan hujung baju.

Satu tangan hinggap dibahu Faiz. Faiz berpusing untuk melihat pemilik tangan itu.

“Iz, aku ada cerita yang aku nak sampaika kepada kau.” Ujar suara itu.

“Bukan waktunya Ilham.Kau simpan jela cerita tu.’’

Tanpa mempedulikan arahan itu, Ilham tetap bersuara.

‘‘Sebenarnya aku nak mintak maaf kat kau. Cerita yang aku cerita kat kau tu semuanya bohong kecuali tentang Adam menjadi CEO. Itu je yang betul. Selebihnya aku reka sendiri. Aku buat semua tu sebab aku jealos.Semua orang anggap kau orang perfect dan aku ni teruk sangat. Bila dah dapat peluang, aku terus sambar. Aku berharap plan aku menjadi tapi sumpah aku tak terfikir pun benda ni akan melibatkan nyawa. Kalau kau rasa aku patut dibunuh atau dipenjara atau apapun kau buat jela untuk bayar balik apa yang aku telah buat pada korang,’’ jelas Ilham.

Faiz menggelengkan kepalanya. Tidak menyangka Ilham tergamak buat semua itu. Tetapi nasi telah menjadi bubur. Tiada guna lagi jika dia memarahi Ilham.

‘‘Kau memang teruk Am, memang teruk ! Tapi aku jugak nak berterima kasih kat kau sebab menyedarkan aku tentang kegilaan kuasa ini. Perkara ini boleh menjadi teladan untuk semua orang. Lagi pun, tiada gunanya kalau aku bunuh kau sekalipun sebab benda ni tak kan dapat memutarkan balik masa. Hanya Allah sahaja yang berhak balas balik perbuatan kau. Cuma satu je aku pinta.” Kata Faiz menahan tangis.

“Apa dia? Kau nak aku jadi keldai kau?Hamba kau? Aku sanggup jadi. Cakap je, aku akan buat apa yang kau pinta,’’ kata Ilham bersungguh.

Faiz menghampiri Ilham. Ilham memejam mata. Bersedia untuk dipukul. Ilham membuka mata apabila berasa tubuhnya dipeluk.

“Aku nak kau jadi kawan baik aku. Aku nak kau ganti tempat Adam, hiburkan aku macam Adam pernah buat kat aku. Kalau kau setuju, aku maafkan kau,” kata Faiz dalam pelukan itu.

Ilham membalas pelukan itu. Air matanya turut mengalir apabila mendengar permintaan gila Faiz. Walaupun Ilham berasakan dia tidak mampu menjadi sehebat Adam, tetapi dia akan mencuba menjadi sehebat Ilham.

Doa Adam telah dimakbulkan. Ilham merupakan pengganti buat Adam.

‘‘Kau jangan risau Iz. Aku akan buat apa yang kau pinta sebab kau kan abang aku.’’

Mendengar ayat Ilham, Faiz makin bertambah sebak. Ilham juga sebak apabila Faiz sebak. Akhirnya, kedua-dua mereka menjadi sebak.

Disebalik kejadian itu, papa dan mama turut sebak melihat situasi yang berlaku dihadapan mata mereka.Mereka berharap kehidupan mereka akan bertambah lebih baik selepas ini..

**TAMAT**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience