bab 13

Romance Completed 24376

"Muhammad qalish syafiq bin jamil" tok kadi sebut nama penuh syafiq

"saya" kata syafiq

"aku nikahkan dikau dengan nur aimi mahirah binti samad dengan mas kahwin Rm 3000 tunai" kata tok kadi

"aku terima nikahnya siti nur marsya.." kata syafiq

"siapa pula marsya ni" tanya tok kadi
"ulang semula ye" sambung tok kadi

"Muhammad qalish syafiq bin jamil" kata tok kadi

"saya" kata syafiq

"aku nikahkan dikau dengan nur aimi mahirah binti samad dengan mas kahwin sebanyak Rm 3000 tunai"

"aku terima nikahnya nur aimi mahirah binti samad dengan mas kahwin sebanyak Rm 3000 tunai" lafaz kali kedua kini syafiq sah menjadi suami aimi

"sah" tanya tok kadi

"sah" jawab serentak mereka semua

flashback

"along buat apa ni dengan marsya" kata syafiq

"along tak buat apa apa along cuma hantar marsya balik sahaja" jelas amirul

marsya dengan amirul kena tangkap basah entah siapa lah yang lapor semua ni

'hehehe akhirnya kau menjadi suami aku' omel marsya

"abang apa ni" aimi terkejut

"abang tak buat apa apa aimi percaya lah" kata amirul dia sudah sah menjadi suami marsya

"aimi abang janji lepas semua ni selesai abang akan kahwin dengan aimi tolong jangan tinggalkan abang" rayu Amirul mereka sudah pun jatuh cinta sama sendiri.

"along dah nikah dengan marsya jadi daddy nak aimi dan syafiq nikah nanti apa pula kata kawan kawan daddy sudi atau tak sudi syafiq dan aimi harus nikah" tegas dato' jamil

"apa ni daddy syafiq taknak" bantah syafiq

"tolong jaga air muka daddy mummy keluarga kita dan keluarga aimi tolong nikah dengan aimi ye syafiq" kata dato'

endflashback

syafiq mendekati aimi kerana hendak menyarung cincin

"aku nikah dengan kau sebab daddy jadi jangan harap aku akan jatuh cinta dengan kau" bisik syafiq di telinga aimi

aimi mendiamkan diri sahaja

selesai lah majlis akad nikah syafiq dan aimi

"awak saya nak tidur mana ni" tanya aimi

"tidur sebelah aku lah kau nak tidur mana lagi" jawab syafiq

"saya boleh je tidur atas sofa" jawab aimi

"kau jangan nak mengada kalau kau tidur atas sofa apa pula kata mummy dan daddy aku nanti dah kau tidur sebelah aku." kata syafiq

"baik lah awak" kata aimi

"jap sebelum kau tidur aku nak cakap dengan kau sikit boleh" tanya syafiq kepada isterinya

"boleh" jawab aimi

"aku nak bila depan orang kau panggil aku abang atau apa ii jangan panggil awak saya aku kau. tapi bila kita berdua aku tak kisah kau nak panggil apa pun boleh" kata syafiq

"boleh" jawab aimi

"dah tidur" kata syafiq

------------------------------------------------------------------------

"morning mummy daddy" kata aimi sambil turun tangga

"morning aimi" kata datin fatimah

"aik sorang je ke aimi mana achik" tanya datin fatimah

"abang.... ada kat atas" kata aimi

"kenapa tak turun sekali" kata datin

"mummy ni tadi achik nak turun sekali tapi aimi ni lapar sangat itu yang suruh dia turun dulu" kata syafiq belum sempat aimi menjawab dia dah jawab

flashback

"awak bangun lah dah subuh ni jom lah solat sama sama" aimi mengejut syafiq

"hurm kau solat dulu lah aku nak tidur nanti lepas kau solat kau kejutkan aku" kata syafiq yang masih mengantuk

"okey lah kalau macam tu" kata aimi

selesai aimi solat subuh...

"awak bangun lah saya dah siap solat dah" kejut aimi

"okey kau tunggu jap nanti kita turun sama sama aku nak mandi lepastu solat" kata syafiq

"okey" kata aimi

selesai lah syafiq mandi dan ingin solat syafiq melihat isteri nya yang sudah pun lapar itu tidak sanggup pula dia melihat isterinya itu dalam kelaparan

"kau lapar" tanya syafiq

aimi laju menggeleng

"kalau lapar cakap lapar tak payah nak sorok dah kau pergi turun dulu kejap lagi aku turun" kata syafiq

endflashback

"esok aimi syafiq marsya dan along akan bersandingkan" tanya datin

"ye mummy" kata marsya

"korang pergi lah tengok dewan tu mummy dan daddy tak pergi korang jelah pergi" kata datin

"baik mummy" kata aimi

'siapalah perangkap aku dengan marsya kalau aku tahu siapa yang perangkap aku tumbuk muka dia sampai pecah tak pasal pasal aimi jadi adik ipar aku' omel amirul

------------------------------------------------------------

"kita sudah sampai jom turun" kata syafiq

"okey" kata aimi

syafia membuka pintu kereta untuk aimi kerana hendak menyakiti hati abang nya itu

"terima kasih tolong bukakan pintu untuk saya" kata aimi

"sama sama sayang" kata syafiq dia sengaja menekan perkataan SAYANG

"cantik tak pelamin kita" tanya syafiq

"cantik" jawab aimi

"kau suka kan warna ini" kata syafiq

"suka" jawab aimi

selesai melihat pelamin nya aimi dan syafiq pun beransur pergi ke mall untuk membeli beberapa barang keperluan mereka

"dah habis kau beli" tanya syafiq

"dah" kata aimi

"jom kita lunch aku dah lapar" kata syafiq

"jom" jawab aimi

"auch" aimi mengaduh sakit bila bahunya terlanggar seseorang

"sorry cik saya tak sengaja" kata lelaki itu

"sokey" kata aimi

"eh kau bukan ke aimi" kata lelaki itu

"macam mana encik boleh tahu nama saya" tanya aimi

"aimi" syafiq mencari isterinya bila tidak kelihatan

"ni aku lah zakuan" kata lelaki itu

"zakuan?" tanya aimi

"alah takkan kau dah lupa kut orang yang selalu buli kau dulu" kata zakuan

"oh" jawab ringkas aimi

"sayang" kata syafiq kepada isterinya

"ni siapa sayang?" tanya syafiq

"aku zakuan kau siapa" tanya zakuan

"aku syafiq suami kepada aimi mahirah" kata syafiq

"oh aimi kau dah kahwin rupanya bila lagi korang kahwin?" tanya zakuan

"semalam baru kitorang kahwin" jawab syafiq

"oh" kata zakuan

"ha dah alang alang jumpa ni jemput lah datang ke majlis sanding kami di dewan damansara esok ye" jemput syafiq

"okey" kata zakuan

"takpe lah kitorang nak pergi makan ni dah lapar dah ni" kata syafiq

"kau kenapa aimi" tanya syafiq kepada isterinya

"takde apa" kata aimi

----------------------------------------------------------------------

"tahniah beb sorry tak dapat hadir ke majlis akad nikah kau haritu" kata anita

"tahniah aimi akhirnya kau jadi akak ipar aku" kata sara

aimi hanya tersenyum

"anak ayah dah jadi isteri orang" kata pakcik samad

"ayah nak pesan dekat along ni boleh" tanya pakcik samad

"boleh ayah" kata aimi

"aimi dah jadi isteri orang jaga makan pakai suami jangan tinggi suara dengan suami syurga aimi di bawah telapak kaki suami tau" pesan pakcik samad

"jaga anak ayah elok elok ye syafiq" kata pakcik samad dekat syafiq

"baik ayah" kata syafiq

"ingat tau pesan ayah kau tu along " kata nenek nya

"ye nek"

"jaga cucu sulung nenek tau syafiq" kata nenek aimi kepada syafiq

"baik nek" kata syafiq

"jaga cucu atok tu ye syafiq" pesan atok aimi kepada syafiq

"baik atok" kata syafiq

BERSAMBUNG..

haih aimi tunang dengan orang lain nikah dengan orang lain ini lah jodoh nama nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience