Rate

Jampi

Romance Completed 4501

“Cik Mardiana, sudah-sudah la tu termenung”,

“Time, just be a separator between you and him. I believe, he will be yours. But , just don’t stop praying to Allah.” , dia memegang tangan aku dengan erat. Salurkan ketenangan dengan cara dia sendiri. Aku dapat rasakan itu. Gadis cantik di hadapan aku ini selalu memberikan aura positif. Ya, mungkin dari pengalaman yang dia ada. Hazirah Amni, tidak perlu aku lupakan nama itu. Sahabat yang banyak berbakti kepada diri ini.

Aku hanya tersenyum. Entah, tidak tahu hendak membalas apa. Aku memandang semula ke arah gambar kenangan terakhir aku dengan rakan sekuliahku di Politeknik Sultan Azlan Shah. Aku fokuskan kepada seorang lelaki yang berada di barisan paling belakang. Muhammad Amni Hakiem. Aku tersenyum sendiri. Tak adalah handsome sangat. Tapi cara dia menjengah dalam hidup aku membuat aku tertanya-tanya , 'kenapa dia muncul?' ..

“kalau aku lupa hang , habih terjejas life cycle aku” , tu ayat pertama dia yang buat aku rasa tak senang duduk. Tapi hati aku selalu berkata ,
‘tak payah termakan dengan kata-kata dia. Dia lelaki. Banyak sangat letak gula dalam mulut’

Ya ,terkadang aku perasan hati aku diketuk tapi apa aku perlu buat adalah hiraukannya. Sampailah suatu hari ,

“ Disebabkan course kamu ditaja oleh pihak HEP untuk melawat ke Sabah , saya nak 10 orang untuk beri nama kepada saya.” , kata Puan Hazila , Penasihat Akademik kami sekelas.
Ketika itu aku sedang ralit bermain fon , entah terasa tiada mood pada hari itu.
“Mar, jom. Kita pi Sabah. Mesti best”, kata Amirah Syafiqah , gadis kecil molek yang duduk di sebelah aku.
“hermmm, tak boleh la Mirah. Mirah pi la.. mana tau dapat pengalaman baru. Aku ada hal hujung bulan ni”, sengaja aku beri alasan supaya dapat melarikan diri daripada ajakannya.

Jauh di sudut hati aku nak ke sana, tapi , aku kurang selesa bila Azadd turut menyertai trip itu. Ramai rakan sekelas aku berpusu-pusu menulis nama. Tidak lama selepas itu, Puan Hazila bangun.
“okay , saya dah dapat senarai 10 orang yang nak ke sana. Okay, ni list orang yang nak ke sana:
1) Amirul Marzuqi
2) Qurratul Izzati
3) Muhamad Amni Hakiem
4) Amirah Syafiqah
5) Mardiana
Setelah mendengar nama aku , automatik aku toleh ke arah Amirah. ‘dah kenapa dia letak nama aku, aduh.. aku punya nak lari dari masalah, dia pulak dekatkan aku dengan masalah.’

Tibalah hari kami berangkat ke Bumi Sabah. Hati ni gundah gulana entah kenapa. Rasa tidak sedap hati melanda. Mata aku pula terpandang lelaki di hadapan memakai T hitam berlengan pendek dan sweater di sangkut atas bahu.

“Oi” , Qurratul menyergah aku dari belakang. Terperanjat aku dibuatnya.

“jauh termenung. Teringat sapa tu?” , haih minah ni. Entah apa-apa lah dia ni. Aku mengendahkan soalan itu lantas aku duduk di tempat menunggu.
Masing-masing sedang sibuk berbual tentang aktiviti yang akan mereka lakukan di sana. Sedang aku memerhati orang lain, aku dapat rasakan ada seseorang yang sedang mengambil tempat di sebelah aku. Aku menoleh ke kiri dan ..
“dok pikiaq apa?” , suara Amni menjengah ke telinga aku.
“tak dak apa pun.. kita nak pi ni kat tempat mana?” , Tanya aku kepada Amni.
“Pulau Manukan..”
“hah ? serius? Aku teringin gila nak pi sana. Cantik weh … aku pernah survey tempat tu, memang lawa gila..”,
Tiba-tiba saja aku banyak cakap dengan dia , sedangkan sebelum ni aku jadi awkward dengan dia. Entah kenapa.

Beberapa jam kemudian , akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke Sabah. Terpegun aku. Subhanallah.

“ okay , kunci bilik dah diedarkan. Kamu boleh balik berehat di bilik masing-masing. Pukul 9:00 malam , lepas Isyak , saya minta semua turun ke bawah.” , kami sema mengangguk tanda faham dengan arahan Puan Hazila.

“Mar ..”, tiba-tiba seseorang memanggil aku dari belakang.
Aku menoleh dan dapat mengagak siapa gerangan tersebut.
“ hah , awat?”, aku menyahut panggilannya.
“sat lagi tunggu aku kat depan gate tu, aku nak minta tolong hang bawak stand camera.”
Aku mengangguk. Aku perasan seseorang memerhatikan perbualan kami berdua.

Malam itu , aku turun awal. Hanya untuk menolong Amirul. Aku ke gate depan berseorangan. Kelihatan Amirul sudah terpacak di situ.
“maaf weh, lambat sikit.”
“okay takpa. Ni , hang pi letak stand ni kat tempat payung-payung tu. Satgi kita ada sesi photograph dengan PA.”
“hah ? malam-malam? Nampak ka? Lighting camera lawa ka malam-malam?”’
“hang tak yah banyak tanya sangat la…satgi tolong snap dua tiga gambar, pastu swap ngan aku pulak”, aku hanya mengiyakan sahaja kata-kata si Amirul.

Semasa aku mahu mengangkat stand dan bawa ke tempat yang sepatutnya , aku nampak Amni berjalan ke arah aku. Dia tersenyum. Di tangan Amni, dia membawa sesuatu.
“aikk awalnya turun? Hang ada kena buat apa-apa ka?” , aku mula menyapa dia. Tidak mahu keliatan terlalu janggal.
“ha, saja ja. Aku dengaq kata hang kena angkat stand. Saja la , boleh sembang-sembang.”, dia tersenyum. Sekali lagi.
“oh ..”, aku tergelak kecil.
“nah, aku beli nasi goreng tom yam tadi. Ni untuk hang.”, aku melihat bungkusan makanan di tangannya. Ada dua..
“aku dengar , hang tak sempat makan tadi. Jadi aku buat dua bungkus.”
Hah?? Dua bungkus ? dia nak suruh aku telan dua-dua?
“eh , kenapa dua bungkus pulak?”
“yang aku satu lagi..”

'Wah. Kena makan dengan dia la ni? Ish …' , bisik hati aku .
Setelah aku meletakkan stand camera di tempat tersebut, Amni meminta aku untuk mengikutnya. Katanya ke tempat makan. Ya lah , habis nak makan di mana. Sedang ralit berborak kosong, aku nampak Fathihah dari jauh. Melambai kami. Aku tersenyum. Dalam hati , pelbagai soalan terbang menerawang.
‘asal dia ada jugak?’
‘Amni ajak dia?’
‘mesti lah.. kalau tak macam mana Fathihah boleh tau..’
‘eh kenapa aku ni harapkan sangat kat dia? Harap nak makan berdua?’
Aku diam saja .. mengunyah nasi yang dibungkus Amni dalam bekas polistrin. Hanya suara mereka berdua sahaja yang memecah kesunyian malam. Aku terdiam. Entah kenapa mood tiba-tiba hilang. Selepas makan , kami berkumpul di tempat sesi bergambar.

Kamera Amirul sudah berada di tangan.. aku mula pasang pada stand tetapi permukaan berpasir yang tak sekata membuatkan ia tidak sesuai dipacak. Aku cuba mengalihkan batu-batu kecil di bawah camera stand. Tiba-tiba , Vivy , rakan sekelas aku yang kebetulan lalu di sebelah aku tersadung dan menarik stand camera. Aku terlopong. Camera Canon EOS 80D milik Amirul jatuh menyembah bumi. Semua memandang ke arah aku. Hanya Tuhan saja tahu perasaan aku. Alahai Mar. Dah la tak ada mood malam ni. Ni kamera Amirul jatuh ni nak buat macam mana?
“Lah! Hang buat macam mana weh sampai kamera aku jatuh? Hang tau dak aku beli kamera ni bukan sekupang dua? Aku rela tak makan berbulan sebab nak beli kamera ni? Hang senang-senang bagi jatuh. Hang ni dah kenapa , hah???”, part yang last sekali tu paling tragis. Dia sergah aku , ‘hah’. Terangkat bahu aku dek terkejut. Air mata dah mula bergenang. Semua yang berada di situ memandang aku dengan pandangan , entah , ada yang pandang dengan wajah kasihan , ada yang pandang dengan wajah ‘ padan muka ‘.
“malang betul”, hah , part ni memang buat aku jatuh air mata terus. Bukan apa, satu sebab malu diperhatikan , satu lagi sebab kata-kata dia. Pedas yak amat.
‘Tap’ air mata jatuh. Panas di hati ni memang tak boleh tahan dah.
“haha , memang. Aku memang bawak malang. Nah , ambik ni , buat sendiri. Hang kan pandai semua. Check lah , check kalau ada rosak apa-apa..pastu bagitau aku.” Aku ambik kamera yang jatuh kemudian serahkan kembali kepada tuannya.
Aku berjalan balik ke bilik. Sambil menepis air mata yang jatuh.
‘bodoh lah.. salahkan aku sorang. Lain kali kalau perfect sangat , buat sendiri. Dasar makhluk tak ada otak’, habis ayat aku mengutuk si Amirul.

Memang malam tu , muka aku tak akan ada dalam gambar kenangan.. tiba-tiba fon aku bergetar. Ada mesej masuk. Dari Amni.
'Mai la turun. Tak pa, abaikan Amirul.'

Langkah aku terberhenti. Nak patah balik ka? Mesej dari Qurratul pula yang masuk. Dipujuknya aku. Begitu juga Amirah.
Sedang aku leka membaca mesej-mesej yang masuk di Whatsapp, tiba-tiba
“Mar … aku minta maaf. Aku minta maaf sebab cakap kasar dengan hang. Jom. Kita tangkap gambar sama-sama.” , Amirul pula yang memujuk aku. Dia sudah berdiri di belakang aku. Tersenyum.
“hang cakap apa kat aku tadi? Malang? Hang tau perkatan tu sensitive kan? Reti? Aku ni perempuan. Hang tau hati perempuan macamana? Hang malukan aku. Hang sergah aku. Hang tau ka punca kamera hang jatuh sebab apa? Pastu hang terus tuju kat aku?” , nada aku sedikit tinggi.
“aku minta maaf…. Aku tau Vivy tersadung tadi pastu dia tarik stand tu…”,
“habih.. kenapa hang marah aku sorang ja?”
“sebab … entah aku emo sikit.. tadi aku Nampak hang dengan Amni..” , belum sempat dia habiskan ayat ,
“Mar! Weh jom la… “, separuh menjerit Qurratul memanggil aku..
“okay-okay. Sat lagi aku pi..”, aku membalas sapaan Qurratul.
Aku memandang semula Amirul.
“Apa hang cakap tadi?”, aku berbalik semula pada dia yang tergantung ayat tadi.
“tak dak apa lah. Jom laa tangkap gambaq sekali. “
Haihh , yalah. Aku ikutkan saja kemahuan dia. Malas merajuk lama-lama. Dia pun dah tahu salah dia.
kami berdua pun menuju ke tempat sesi bergambar. Aku perasan bila aku dan Amirul berjalan seiring, rakan-rakan sekelas aku tersenyum, kecuali Amni. Bila aku senyum pada dia, dia balas seperti tidak ikhlas. Hah sudah. Dia pula yang tak ada mood. Bergaduh dengan Fathihah , mungkin.

Keesokan paginya, kami hanya melakukan aktiviti bebas, tanpa pengawasan Puan Hazila. Aku berjalan keluar dari bilik dengan memakai cardigan labuh dan seluar track serta tudung bawal. Hanya berseorangan … Terasa nak ambil angin luar pulak.. nak tunggu si Qurratul memang lambat la dia bangun. Jadi aku keluar bersendirian. Sedang aku berjalan-jalan di tepi pantai, aku nampak sesusuk tubuh sedang duduk di atas batu besar. Aku kenal dia. Aku berjalan ke arah dia. Sepertinya dia sedang menunggu sesuatu..
Dan ya!
Langkah aku terhenti. Aku nampak dia dengan Fathihah. Aku tersenyum. Dari jauh. Kenapa aku rasa macam ni. Ya Allah. Tak boleh Mar. Ni semester last hang dengan dia. Jangan spoil kan mood tu.
Aku berpatah balik dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Aku berdialog dengan hati sendiri. Sungguh... Aku keliru dengan perasaan sendiri. Aku rasa aku suka dia. Cara dia senyum. Buatkan hati aku terkadang rasa hilang resah. Cara dia bercakap dengan aku, buatkan aku hilang arah. Tapi , sekarang, aku tak perlu fikir semua tu, sebab dia bukan milik aku.. aku tersenyum lagi. Ya aku dah dapat jawapan kepada hati aku. Aku sahaja yang bermain perasaan. Aku yang memberi harapan sendiri sedangkan dia hanyalah seperti angin , yang terkadang singgah sahaja memberi sapaan. Dan kini.. aku faham. Kebahagiaan orang lain adalah kebahagiaan aku juga. Jadi , no problem.

tentang Amirul , aku tahu ... apa yang tersirat dalam hati dia ..
aku mengambil keputusan untuk tidak melayan perasaan itu. sudahnya , perasaan dia aku biarkan tergantung tak bertali. Bukanlah mahu kelihatan seperti seorang yang kejam , tetapi aku tidak mahu mempermainkan perasaan orang lain.

Trip ke Sabah berakhir. Pulau Manukan adalah jawapan kepada segala persoalan sebelum ini. Aku noktahkan perasaan aku di pulau itu.
Masing-masing pulang ke Poli dan buat hal sendiri. Sama la aku pun. Kembali ceria walaupun masih berbekas kenangan di sana.. kecewa , broken perkara biasa.
“oi , duk senyum apa sorang-sorang?” , Amirah dengan peranan utama dia , menyergah aku.
“haha , tak ada apa-apa lah, Cuma… kenapa haritu hang tulis nama aku kat Trip ke Sabah haritu? Kan aku dah kata aku ada hal?” ,aku menyoal Amirah.
“eh bukan aku yang tulis”, dia menjawab dengan muka serius.
“jangan la main-main.. aku tanya betul-betul. Takkan saka aku pulak yang tulis?”, aku sekadar berseloroh.
“ya Allah , betul lah. Bukan aku yang tulis, Amni yang tulis. Dia cakap hang yang suruh dia tulis.”

Okay ayat tu buat aku terdiam. Bilanya aku suruh dia tulis nama aku? Jadi, dia memang sengaja. Dia memang nak aku menyertai trip tu.. Persoalan demi persoalan menjengah. Dia datang bawa mimpi , dia pergi dengan misteri…

Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam , berganti malam
Masih terbayang apa yang berlaku pada diriku
Ternyata kamu , ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau miliku ku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience