Rate

Untitled

Short Story Series 499

"minggu ni minggu akhir kamu sekolah pada sesi 2019.So,cikgu dah arahkan akak dan abang form 4 untuk uruskan kamu, faham?" terang seorang guru kaunseling, Pn. Julaiha. "Faham cikgu" jerit budak budak form 1 yang masih belum matang. "Okay,sekarang saya serahkan kepada Fazlin selaku pembimbing kamu pada minggu ini" sambung Pn. Julaiha. "Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt saya Fazlin Shafinas dari kelas 4 Arif. Minggu ini kami, kumpulan dari pembimbing rakan sebaya(prs) akan membimbing adik adik form 1 untuk program akhir tahun ini" Fazlin Shafinas selaku penolong ketua prs memberi ucapan pengenalan diri dan diteruskan dengan pembimbing pembimbing yang lain. Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan pembahagian ahli kumpulan. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan 8.Niatku ingat pada awalnya ingin menukar ke kumpulan lain yang ada kawan baik aku tapi pembimbing pembimbing itu lebih pantas memberi tegasan supaya tidak tukar kumpulan.Aku terima dengan hati yang terbuka.

Aktiviti pada hari itu berjalan dengan begitu lancar. Pada keesokannya, aku bersama tujuh orang kawan rapat aku bergerak awal ke dewan atas sebab excited kerana kami telah diberi tahu yang kami akan mempunyai aktiviti yang lasak pada hari itu. Aku bersandar di tiang dalam dewan itu sambil memerhati di sekeliling dewan terbuka itu.Then,mata aku tertancap pada seorang lelaki berbaju sukan sekolah yang berada di tiang hujung sekali di dewan itu. Baris tiangnya sama dengan baris tiang yang aku sandar. Dewan terbuka itu kecil sahaja. Hanya muat untuk murid form 1 sekolah aku. Aku memerhati lama dan lama sehinggakan lelaki itu perasan akan pemerhatian aku. Aku cuba untuk kawal diri aku dengan harapan tak kantoi. Aku pusing ke arah lain buat seketika. Dan pusing ke arah tiang itu sekali lagi,tapi hampeh laki tadi dah hilang. Aku tak give up, aku pusing kanan kiri kanan kiri namun apa daya. (Hurhh sambung la sendiri lagu tu)

Aktiviti pagi itu diteruskan dengan bahagia. Tapi bukan aku. Aku cuba cari lelaki tadi tapi tak jumpa.Sedih! Aku pulang ke asrama dengan mood yang terbang bersama kapal terbang tadi yang aku terbangkan di tengah padang tengah hari tadi. Esoknya, Rabu. Aku memakai baju kokurikulum aku. KADET BOMBA?? pagi itu kami perlu bermain satu permainan yang perlu bercakap sambil makan ais kiub yang diberi. So funny! Sedang aku bercakap, aku tertelan seketul ais kiub itu akibat terkena panahan petir dari pandangan seorang lelaki yang memakai baju Persatuan Taekwondo. Aku terkedu, terpaku, tersegalanya pada waktu itu. Aku rasa terbahagia tanpa sengaja pada detik itu. Tapi sayang, aku dapat melihat gerangan itu hanya 1 minit kerana lelaki itu mencabut lari ke kumpulannya. Hari itu merupakan hari terakhir program kami pada sesi 2019.Tepat jam 11 pagi, kami diminta untuk berkumpul di dewan terbuka untuk sesi penyampaian hadiah. Hari itu juga merupakan hari yang waris perlu hadir ke sekolah untuk mengambil wang dari pihak sekolah. Aku tak pasti duit apa tapi yang aku pasti aku dapat duit. Nasib aku menjadi parah pada hari itu disebabkan bendera merah. Aku bocor. Dan pada waktu itu waris aku ingin berjumpa dengan aku di dewan. Aku malu nak bangun sebab aku tau kalau aku bangun waktu itu semua yang berada di dewan akan melihat aku dan menyebabkan kantoi tentang kebocoran aku. Hurm. Aku gagahkan diri untuk hadap semua tu. Aku bergerak ke tempat mengambil duit itu bersama warisku. Aku duduk sebentar di kerusi panjang sementara menunggu waris aku mengambil duit tersebut. Hati aku berdegup kencang apabila memusing badan aku kebelakang. Aku tertentang mata dengan lelaki berbaju taekwondo itu.Aku tersenyum seperti kerang wangi. Esoknya hari terakhir aku ke sekolah kerana aku merupakan anak jati kedah. Hari Khamis itu aku bergelut mencari maklumat tentang lelaki taekwondo itu. Aku hanya tau nama dan kelasnya sahaja.

ITULAH PENGAKHIRAN SESI 2019 AKU!

TBC.. - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience