Rate

BAB 01

Romance Series 7675

" Eydha!! Sini! Sini!", jerit Hani Safina memanggil dan melambaikan tangannya kepada sahabat baiknya, Eydha Delaila. Seorang gadis yang berperwatakan kasar. Baju t-shirt berlengan panjang, berseluar jeans dan bertopi di kepalanya menjadi pakaian yang wajib dipakai menyaluti susuk badan langsing milik gadis itu.

" Hah! Apa cer, babe?", ujarnya sebaik sahaja tiba di meja makan itu.

" Eydha, kau tak reti nak bagi salam dulu ke?", ujar Hani Safina sambil menjeling tajam dan menggelengkan kepalanya kepada Eydha Delaila.

Eydha Delaila hanya tersengih nakal dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Assalamualaikum, ya habibi ya maulana. Anta apa khabar? Sudah makankah belum, ya habibi?", ujar Eydha Delaila sambil tersenyum dengan nada mengusik sahabat baiknya yang kecil molek itu.

" Wa'alaikummussalam, ya umaira. Anna masih belum makan. Anna ingin makan bersama-sama anta. Anta ini baru turun dari bulankah? Sudah berjanggut anna menunggu anta.", salam Eydha Delaila dijawab dan Hani Safina juga tersenyum nakal mengusik sahabat baiknya.

Mereka tertawa. Mereka berdua telah menjadi sahabat baik sejak bersekolah tadika bersama-sama sehingga ke menara gading. Mereka pergi menempah makanan dan minuman di kaunter cafe itu.

Di suatu sudut di cafe itu, ada sekumpulan pelajar lelaki memerhatikan tingkah-laku kedua-dua sahabat baik itu.

" Bro, apa yang korang nampak kat minah tomboy tu ek? Bestfriend dia punyalah ayu, comel dan sedap je mata memandang. Berhijab, lemah lembut dan sopan je aku tengok. Macam tak layak je berkawan dengan minah tomboy tu.", ujar Iqwan Haqimi memberi pandangannya mengenai dua sahabat baik itu.

" Kau jangan kutuk sangat, bro. Tak baik kutuk-kutuk orang tau. Kau ni suka sangat kutuk si Eydha tu. Kenapa, bro?", soal Rizqi Farhan pula.

" Betul apa yang Rizqi cakap tu, bro. Kau selalu tak puas hati dengan dia. Apa kes, bro?", soal Saiful Haiqal juga yang kehairanan kenapa Iqwan Haqimi tidak senang dengan personaliti Eydha Delaila.

Iqwan Haqimi hanya tersenyum sinis mendengar pertanyaan sahabat-sahabat baiknya.

" Bro, aku memang anti dengan perempuan berkarakter macam minah tomboy tu tau. Allah dah jadikan dia tu perempuan, tapi berlagak nak jadi lelaki pulak. Apa kes?", Iqwan Haqimi meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan personaliti Eydha Delaila.

Rizqi Farhan dan Saiful Haiqal hanya mentertawakan Iqwan Haqimi setelah mendengar sebab ketidakpuasan hatinya. Iqwan Haqimi pula yang agak kehairanan dirinya diketawakan.

" Why, guys? Salah ke apa yang aku cakap?", soalnya kehairanan.

" Bro, janganlah kau anggap perempuan yang berkarakter macam tu semuanya sama. Eydha tu masih perempuan yang normal, bro. Tak tertarik sesama jenis. Kau janganlah nak samakan dia dengan Anita yang kau crush dulu tu.", ujar Rizqi Farhan diikuti dengan tawanya di hujung kata.

" Oo.. Aku lupalah, Rizqi.", ujar Saiful Haiqal pula dan turut diikuti dengan tawanya di hujung kata.

Iqwan Haqimi berasa bengang dengan kenyataan yang dinyatakan oleh kedua-dua sahabat baiknya. Ya, pernah dirinya memendam perasaan istimewa terhadap seorang wanita yang cantik dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaannya, Anita Dayana. Namun, gadis itu mempunyai perasaan cinta terhadap sesama jenis. Wanita yang dicintainya berperwatakan seperti seorang lelaki atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pengkid'.

Hampir sebulan gelagat Eydha Delaila dan Hani Safina diperhatikan tanpa disedari mereka. Iqwan Haqimi seolah-olah ingin tahu status perhubungan di antara mereka berdua.

" Aku bukan nak ambil kisah sangat pasal diorang tu. Tapi, aku tak nak kaum LGBT berluasa di bumi Malaysia ni.", ujar hati kecil pemuda yang berbadan sasa dan berkulit cerah itu.

" Kenapa hati aku tak sedap je sejak akhir-akhir ni? Seolah-olah ada orang yang selalu memerhatikan gerak-geri aku.", ujar hati kecil Eydha Delaila pula. Gadis itu memiliki tubuh badan yang langsing dan wajah yang jelita. Namun, perwatakan dan cara pemakaiannya menyembunyikan segala kesempurnaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience