BAB 22

Romance Completed 2941

Berderau darah Sienna mendengarnya. Dia berdehem seketika. “Lamanya nak tunggu doktor keluar ni. Harap Qhiana tak apa-apa.”

Baru sahaja Naqeeb ingin membalas kata-kata Sienna, seorang petugas hospital keluar dari wad kecemasan. “Siapa waris Qhiana Iqbal ?”

“Kami,” sahut Sienna pantas. Petugas hospital itu menghampirinya. “Qhiana dah sedarkan diri. Dia cari seseorang yang bernama Sienna.”

“Saya.”

“Baik, sila ikut saya,” ujar petugas hospital itu. Sienna sempat berpesan kepada Naqeeb “Nanti saya datang balik.” Kemudian dia mengikut petugas hospital itu ke dalam wad kecemasan, di mana Qhiana ditempatkan. Tersenyum nipis gadis itu menyambut kedatangan Sienna.

“Dah terbalik pula,” Qhiana memulakan perbualan. “Enam bulan aku, aku melanggar seseorang. Hari ini, aku dilanggar pula.”

“Masih sempat nak bergurau?” Sienna angkat kening. Qhiana ketawa kecil. Sienna geleng kepala melihat telatah rakannya itu.

“Jangan banyak fikir. Hal kat luar tu biar aku selesaikan. Kau cuma perlu berehat untuk sembuh.” Ujar Sienna. Dia genggam erat tangan Qhiana.

“Baiknya dia,” Qhiana senyum. “Siapa nama awak yea? Nanti saya carikan jodoh untuk awak okey?”

“Main-main!” Sienna ketap gigi. Qhiana ketawa. Setelah berbual berbasa-basi, Sienna meminta diri. “Naqeeb tunggu kau.” Qhiana angguk.

Setelah bertukar giliran dengan Naqeeb untuk menjenguk Qhiana, Sienna duduk di ruang menunggu. Telefon pintarnya dibelek seketika. Langsung dia tidak menyedari kehadiran seorang wMelur ke sisinya.

“Ehem.”

Deheman wMelur itu membuatkan Sienna tersedar. Cepat-cepat dia bangkit. “Puan, nak duduk di sini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience