"Kaylisha ,awak dah hantar buku add maths ke belum?"kata cikgu esteala,guru addmath aku yang putih melepak..namun,aku tak dengar sebab mengelamunkan hakim..
"Kaylisha !Kaylisha !"suara cikgu esteala makin meninggi..geram sungguh hatinya apabila aku terus membisu..
"ye cikgu,ade ape??"aku terjaga dari lamunan aku yang berangan menyambut valentine's bersama hakim..
"saya tanya,awak dah hantar buku add maths ke belom??"cakap cikgu esteala sekali lagi..
"kejap ye cikgu,"kata aku sambil terkebil-kebil mencari buku addmaths di dalam beg sekolah tropicana life aku..
"awak ni Kaylisha ,sejak akhir-akhir ni,banyak mengelamun.kalau saya tengok results awak teruk,saya akan letak awak kat kelas bawah..,"amaran cikgu esteala..sesungguhnye,die mahu melihat anak didiknye cemerlang dalam pelajaran addmaths...
"sorilah cikgu..results saya kali nie mesti excellent punya..cikgu,ini bukunya.."kata aku meminta maaf sambil menghulurkan buku latihan addmaths ku..puan esteala keluar dari kelas..yezaaa...sekarang ni cikgu takde..boleh la aku sambung berangan aku balik,bisik hatiku..namun anganku diganggu oleh hana dan Fiqry ..
"eh sha,aku nak menyampaikan pesan dari budak terhensem dari sekolah ni untuk ngko..ko nak dengar tak??"sampuk Fiqry tibe-tibe..
"apa bendanya?korang nie aku nak berangan lah..jangan kaco aku..dah dah..blah!"
"ala,rileks la..kitorang dua orang penat ponteng kelas nak bawak berita hot ni kat ko..haaaaaaaa...mesti ko berangankan hakim kan??"kata hana pula..
"eh,mana korang tahu nie??eh,cepatlah..ape ceiteranya??"kataku excited..
"ha,tadi kitorang terserempak dengan hakim kat library,dia tanyalah kitorang,kenal tak Kaylisha 5 Adil.."
"pastu dia cakap ape lagi??"kataku lagi..
"dia suruh kitorang kim salam dekat ngko..ape macam??ko nak jawab ke tak salam die nie??"kata Fiqry ..
"eh,betulke nie??korang jangan nak mainkan aku.ape-ape pun waalaikumsalam..,"kataku pula..
"la..watpe la kitorang nie tipuu kau.."kata hana pula..
"ye lah,hakim tu takkanlah suke pompuan cam aku ni..dahlah chubby,tak cun pulak tuh.."kataku merendah diri..huhu..
"mana de sha..tengok aku ni..hensem..tapi si hana ni tak cun,"kata Fiqry ..
"oh,pandailah awak mengata saye plak he??"siap !"
kata hana yang sakit hati mendengar kat boyfriends nye..mereka pulang semule ke kelas 5Cekal..aku apalagi,makin happy lah..sampai family aku cakap aku nie macam orang tak siuman..sengih sensorang 24 jam tanpa henti..baru kim salam tuh..
Share this novel