THE DOCTOR IS MINE!

Fantasy Completed 1145

Hye jun terkejar kejar apabila perlu menyiapkan 5 tugasan dalam satu satu masa dek kerana adik majikannya yang cerewet sangat macam puteri! Sekejap perlu buang sampah, itu laa ini laaa! Pening dibuatnya.

Adik majikan hye jun dikenali sebagai julie, terkenal dengan sifat angkuh dan gediknya yang terlebih dos,julie memang sangat dibenci oleh pekerja pekerja. Muka pun bukannya cantik sangat. itu pun nak mengada!

Hye jun : Cik julie... bilalaa awak nak insaf...

Hye jun merungut sendiri. Mulutnya terkumat kamit melemparkan rungutan demi rungutan terhadap sikap biadap si julie yang namanya macam jenama biskut julie! kesian semua pekerja perlu mendengar kat julie yang mengada ngada tu...

Julie : Hye jun! Kenapa lambat sangat buat kerja? Sudahlaa... kalau macam ni punya lembab awak buat kerja, macam mana nak siap cepat? Hish... menyusahkan sahaja! Pergi mop lantai dalam sana pula!

Julie mengarahkan hye jun mengemop lantai di depan koridor bilik persiapan bts.

Mahu tidak mahu, hye jun hanya buat sahaja kerja yang disuruh. Terpaksalaa kerja lebih sikit.

KETIKA SEDANG MENGEMOP...

Semasa hye jun sedang mengemop lantai, tiba tiba sahaja hampir semua staff bighit memasuki sebuah bilik seperti mengejarkan sesuatu.

Hye jun : Kenapa tu?

Hye jun cuba meninjau keadaan yang berlaku di dalam bilik itu. lehernya dipanjangkan. Apalaa yang berlaku di dalam itu...

Hye jun : Haa...

Alangkah terkejutnya hye jun apabila jungkook sedang berbaring sambil dikipas kipas oleh staff. Sesungguhnya, jungkook bukan tidur ataupun berbaring biasa... dia pengsan!

"kami dah cuba turunkan suhu badannya... tapi tak berhasil"
"mana doktor ni? jungkook perlu membuat persembahan sebentar lagi"

Riuh sungguh keadaan di dalam bilik itu. Bertambah teruk lagi, doktor yang selalunya merawat ahli bts sudah berhenti. kini... tiada siapa dapat merawat jungkook yang sedang pengsan betul! Nak harapkan orang lain? Jawabnya memang hampeh...

Hye jun : Saya boleh buat.

Hye jun meluru masuk. Asalnya, dia mahu sahaja duduk buat tak tahu apa apa.Tapi,disebabkan jungkook, dia sanggup atasi sifat malu malu tak bertempatnya itu. Tahap keberaniannya kini meningkat.

pekerja : Betul ke cik boleh buat. cik ni pekerja...

Hye jun : Ya... saya pembersih kawasan konsert ni sahaja... tapi saya masih berkelulusan kedoktoran. Saya nak tahu... mahu saya bantu atau tidak kerana lagu seterusnya akan menyusul 3 minit lagi...

Hye jun bijak mematahkan hujah salah seorang pekerja dengan tenang sekali. Cukup sopan dan tertib.Sebenarnya,hye jun mempunyai ijazah bidang kedoktoran. Namun... dia taknaklaa menunjuk nunjuk sangat. Nanti ada orang gosip pulaa...

pekerja : Ya... silalaa

Terus tak berani pekerja itu membantah. Maklumlaa... dah kena sound.

Hye jun pantas mengambil sapu tangan dan tisu.Tidak lupa juga, dia juga mengambil sebotol air mineral. Kemudian, dia membasahkan sapu tangan itu dengan air mineral lalu mengelap dahi serta leher jungkook. Ini untuk menurunkan suhu badan.Hye jun mengipas jungkook dengan perlahan.

Jk : Ah...

Bunyi nafas jungkook melegakan seluruh umat manusia yang berada di dalam bilik itu.Maknae itu terus bangkit untuk membuat persembahan tanpa mengetahui gerangan doktor sementara yang telah merawatnya tadi.

Hye jun pula terjengkit jengkit mahu keluar dari bilik itu. Namun, niatnya terbantut apabila satu suara memanggilnya.

m. hyung : Cik? Adakah cik yang merawat jungkook tadi?

Raut nuka manager hyung yang serius membuat hye jun gelisah. Daripada dimarahi oleh lelaki separuh abad tu, lebih baik jawab peperiksaan, lebih selamat jiwa dan raga!

Hye jun : Erm... ya...

M. hyung: Saya tak berniat nak marah cik tapi cuma mahu menawarkan satu pekerjaan. Cik nak tak jadi pekerja bidang penyiapan dan persediaan sekali gus menjadi doktor untuk syarikat kami?

Hye jun kejung. Dia fikir sebentar. Fikir elok elok. Jangan main hentam sahaja.

Hye jun : Boleh ke... tapi saya pembersih...

Julie : Hye jun! Berani kau curi tulang! Eh... m. hyung, annyeonghaseyo...

Julie yang terus masuk itu tercengang cengang. Terus kecut perut apabila melihat m. hyung di hadapan mata.

M. hyung : Julie... saya dah bincang dengan pekerja awak ni... saya nak ambil dia bekerja ya.

Julie hanya mengangguk. Tak dapat laa dia hendak membuli hye jun lagi. Tiada hiburan ataupun aktiviti yang menyenangkan.

Hye jun : Kamsahamnida... erm... bila boleh bekerja?

m. hyung : Kalau sekarang pun boleh.

Hye jun mengangguk sambil tersenyum segaris. Tapi sebenarnya dia ingin sahaja senyum sehingga telinga kerana terlalu gembira. Dia bekerja di bighit? Oh my... pastinya satu oengalaman yang tidak mungkin mahu dilepaskan. Tak sabar pula rasa!

sebaik saja m. hyung berlalu pergi, keadaan riuh kembali menerjah. Hampir semua staff berpusu pusu mendapatkan ahli bts yang baru sahaja selesai melakukan persembahan terakhir mereka.Yang paling dirisaukan pastilah keadaan maknae bts sendiri, jungkook yang diserang demam secara tiba tiba.

Hye jun segera mendapatkan jungkook.

Jk : Eh, kenapa hye jun ada di sini? Curi curi masuk eh?

Hye jun : Eleh... cakap macam tu senanglaa.Waktu sakit pun boleh gurau gurau macam ni ke hah! Hish... geramlaa!

hye jun memukul lembut lengan jungkook. Dia menahan rasa geram yang kini menakluki pentas emosinya. Serius, dia risau fasal jungkook tapi jejaka itu selamba sahaja bergurau senda.

Jk : Aduh...

Hye jun mencebik. Dia menyangka yang sakit jungkook itu dibuat buat. Apabila dia melihat kesan darah pada lengan jungkook, secara automatik, Hye jun panik!

Hye jun : Darah! Oppa... bertahan dulu tau...

Hye jun mencapai first aid kit dengan tergesa gesa. Dia membalut luka jungkook. Jungkook pula hanya memerhati setiap tingkah laku hye jun.

Hye jun : Macam mana lengan oppa boleh berdarah? Hye jun pukul sikit je tau tadi. Macam mana tu boleh terjadi?

Jk : Alaa tadi waktu kat pentas, ada besi yang terpacak tu terkena ,sebab tu berdarah. Jangan risau lah. Oppa seronok jugak tengok hye jun kalut tadi.

Hye jun serta merta merajuk. Tak sangka jungkook masih boleh mempersendakannya.

Hye jun : Sudahlaa... hye jun nak balik!

Jk : eh... nanti text oppa!

hye jun : jangan harap!

Jungkook tersenyum lalu berkata sendiri...
"i'm sure that the doctor is mine"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience