BAB 16

Romance Completed 12233

Hari pertama aku cuti Zamarul Haniff hantar pesanan ringkas Kenapa cuti mengejut? Tak sihat ke? Semoga cepat sembuh Aku baca sekali lalu sebelum aku delete. Sebab sikap dia macam nilah sampai aku tak boleh agak dia tunang orang. Tak ada geng nak ajak lunch lah tu. Hari kedua aku cuti. Wah, berapa hari kau cuti Zaza? Ingat Eumora Holdings tu abah kau punya? Saya assume awak tak reply sebab dah habis kredit ya? Get well soon! Habis kredit? Ceh, aku pakai bil tau. Saja malas nak terus berharap pada milik orang. Hari ketiga. Memang kau sengaja nak kena buang kerjakan Zaza? Kalau kena buang lagi bagus! Weh, dia call akulah! Ini dah lebih ni. Kalau tunang aku macam ni, aku pun hot. Sudahnya aku kuatkan iman tak jawab call dia. Selepas senyap sekali aku tekan punat off. Bukan aku nak tinggalkan dia gantung tak bertali ke apa tapi aku rasa lebih baik aku redakan perasaan aku dulu. Hari keempat. Dia tak call dan message langsung. Sebab? Akukan off handphone aku. Aman dunia aku sekarang.

“Cuti lagi ke hari ni?” Sergah Along tiba-tiba. Nasib baik tak tersembur kopi panas ni kat bunga hiasan ibu atas meja, kalau tak, hitam jugak bunga ros putih plastik tu. “Haah, cuti!” Jawabku malas. Tak ada mood.

“Sudah-sudah lah dengar lagu ni. Naik muak Along dengar. Sampai lirik dia pun Along boleh ingat,” Along mencapai iPad yang aku letakkan di atas meja dan menutupnya. Hilang terus suara merdu Hafiz. Huh, apa aku kisah? Along pergi, aku bukak balik.

“Zaza ni ada masalah ke? Nak kata sakit Along tengok dah boleh bangun. Siap lepak santai kat sini,” Aku pandang Along. Along sudah siap dengan pakaian kerjanya. Mungkin menanti Angah yang masih bersiap mengalahkan perempuan. Mandi saja dah setengah jam, entah apa dia buat dalam bilik air tu. “Orang sedih,” “Huh, tiap kali Along tanya jawapan itulah yang Zaza bagi. Ni dah siap dengar lagu kecewa bagai. Zaza i sedang jatuh cinta? Patah hati?
Dia dah ada awek? Macam tu?” Aku garu kepala. Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak. Bantai ajelah. “Bukan awek tapi tunang. T U N A N G!!”
“Habis tu frust lah ni?” Boleh pulak di tanya aku soalan bodoh macam tu. Along nilah, geram pulak aku. “Agaklah!” Aku mencebik. Bercakap dengan Along ni buat aku semakin lemah. Bukannya dia nak bagi semangat.

“Itu yang sampai tak pergi kerja tu?” “Orang tunggu company tu pos surat pemecatan,” Hah, tekad benar nampaknya. Daripada aku jadi gila menghadap wajah dia kat office hari-hari, berlakon macam tak ada apa-apa, baik aku blah. Nyata Along terkejut dengan keputusanku yang sering berubah-ubah.

“Eh, Zaza ni biar betul? Tahu dek abah ni apa pulak kata dia? Baru kerja takkanlah dah nak berhenti?” “Daripada terseksa baik orang berhenti,” Along diam. Dia kelihatan sedang berfikir dan aku sudah malas untuk ambil tahu. Lantaklah abah nak marah atau pukul aku, aku redha. Lebih baik daripada aku buat dosa simpan perasaan pada tunang orang. Perasaan yang tulus suci dan ikhlas ni.

“Along, jom kita dah lewat ni,” Tiba-tiba Angah datang mencelah. Dan dan aje dia capai cawan aku dan habiskan kopi yang tak berapa panas itu. Along masih lagi merenungku. Aish!! Dia tak puas hati apa pulak ni? Sebaik sahaja kedua-duanya berlalu, sekali lagi aku mencapai iPad. Buat masa sekarang Hafiz saja boleh buat aku sedar tentang letak duduk hubungan aku dengan Zamarul Haniff. Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu……....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience