SATU

Young Adult Series 733

MACAM biasa, dunia rasa sunyi bila mata yang di pejam tenang terpaksa di celikkan. Jari laju dilarikan ke mata yang senak dicucuk cahaya yang masuk ke retina. Benda pertama yang dia nampak, adalah susuk baju biru yang berdiri di sebelah mejanya.

            “Awak bangun sekarang!” aiseh… kalau sehari dia ni tak naik suara, memang bisu agaknya.

            Lambat-lambat dia bangun dari duduknya. Seisi kelas yang lain dah merenung tepat ke arahnya.

            “Mana kerja yang saya suruh buat? Awak buat ke tidak,” tak boleh ke kau cakap perlahan je. Karang tak pasal telinga aku yang jelas ni jadi kurang pendengaran tak sampai umur kau.

            Tangan menggagau ke dalam beg di sebelah. Buku kulit hijau diletakkan atas meja,

            Pandangan diangkat bila si baju biru tu tak berganjak dari hujung mejanya. Uhu… tudung dia hari ni awning kembunglah. Ni mesti cuba gaya baru tak jadi ni.

            “Awak nak tunggu esok ke baru nak buka? Kerja yang saya bagi, mana?” lah… kau minta kerja kau je kan. Mana suruh aku tolong buka sekali.

            Jari laju berlari di hujung buku, dan menyelak muka secara rawak – tepat membuka muka 77. Kemas dengan dakwat biru di setiap kotak jawapan.

            Si baju biru tu menyelak kuat muka buku. Dan satu ke satu muka, dan kembali ke muka 77.

            “Kenapa awak buat lebih? Saya tak ajar lagi yang ni, kan. Pandai-pandai je buat tak ikut arahan,” aku buat lebih sikit pun salah. Baiklah tu daripada aku buat kurang. Tak pasal kau pula yang menyirap dekat aku.

            Entah apa yang dibebelkan lagi si baju biru tu, dia dah tak berapa dengar. Apa yang dia dengar jelas selepas tu, hanya perkataan duduk.

            Dan perlahan-lahan juga dia duduk. Kepala diletakkan semula atas meja, dan kembali ke tempat tadi.

DUNIA rasa macam di badai gempa bila tangan siapa di bahu menggoncang kuat tubuhnya. Sekali lagi. Mahu, tak mahu. Terpaksa dia mengangkat kepala dari meja. Mata tak dibuka kedua belah, sebaliknya sekadar mencelik sedikit.

            “Awak nak makan?” ah… minah ni lagi. Selamba dia menggeliat membetulkan sendi yang rasa tersimpul. Mata melirik ke arah jam, pukul sepuluh 30 minit pagi. Dalam otak, cuma satu.

            Waktu rehat.

            “Tak apa. Aku dah sarapan pagi tadi,” kepala diletakkan semula atas meja, dan memejam mata.

            “Tapi hari ni kan tak boleh balik. Awak makanlah, nanti lapar,” tak payah pandang pun dia tahu yang susuk di sebelahnya tu meletakkan bekas makanan yang dibawa atas meja.

            “Mak aku ambil pukul dua nanti,” kalau mama dah habis mitinglah.

            “Kalau mak awak tak boleh ambil nanti?”

            “Aku stay jelah sampai petang,” lebih baik rasanya dari suruh ayah ambil.

            “Tak makan?”

            “Tak ada selera”

            “Ala… Makanlah sikit. Nanti lapar kut,” eleh minah ni. Aku seligi baru tau. Takkan tak fahan kut bila aku kata aku tak lapar?

            Kepala diangkat semula dari meja. Kedua belah mata dicelik memandang susuk yang berdiri di sebelah mejanya.

            “Kau memang tak faham bahasa ke apa? Dah aku tak lapar, yang nak paksa-paksa segala bagai ni apahal? Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku,” ternaik sikit nada suaranya bila senyuman di muka tu semacam nak memerli.

            Makin lebar senyuman di bibir susuk itu bila mendengarkan jawapan yang keluar dari mulutnya.

            “Salah ke nak ambil berat fasal classmate sendiri?”

            “I didn’t even consider you as my classmate”

            “Still…” muka didekatkan ke wajahnya.

            “I’m your classmate”

            Ringan jari tengah nak diangkat ke depan muka. Tapi panggilan di muka pintu belakang kelas membantutkan niatnya.

            “Sial punya perangai…” rendah dia menutur bila susuk itu melangkah ke arah panggilan di muka pintu. Mata sekadar menjeling sekilas, dan menongkat dagu dengan tangan kiri.

            Bekas makanan hijau tema Boboiboy The Movie yang masih atas meja ditenung. Isinya diintai.

            Popia?

            Popia carbonara ke?

            Macam sedap. Liur ditelan menuruni kerongkong.

            Agak-agak dia marah tak kalau aku ambil satu?

            Tapi tadi kerek sangat kata tak lapar.

            Takkan dia nak marah kan kalau aku ambil? Lagipun tadi dia yang pelawa dulu.

            Mata beralih kembali ke arah dua susuk di muka pintu. Gayanya macam takkan habis bercakap sampai habis waktu rehat.

            Alah. Kau ambil jelah. Kalau dia marah, buat muka tak bersalah.

            Tangan dipanjangkan ke arah bekas. Diambil sebiji dari bekas. Diangkat, lalu…

            “Awak tak nak, kan? Saya ambil balik, eh. Terima kasih,” terlepas popia dari tangan. Kembali ke dalam bekas.

            Marwan terkedu seketika. Diiring langkah susuk yang menyambar bekas dari atas meja ke muka pintu. Dihulur ke arah lelaki yang padanya, boleh tahan juga rupanya.

Smart. Look powerful. Alpha male vibes. Dengan blazer lengkap warna biru gelap. Seratus peratus yakin, para gadis yang melintas takkan teragak-agak menoleh untuk kali kedua.

            Tapi, huh! Crazy acah-acah rich vibes. Berjalan sebelah orang pun pandang atas, bawah macam tak pernah jumpa orang. Entah macam mana minah ni boleh sangkut kat mamat perangai cenggini.

            Eh. Ye ke minah ni sangkut? Mana tau mamat tu abang dia ke? Tak ke lebih baik kalau

kita berbaik sangka.

            Masalahnya, minah tu boleh tahan ulat bulu juga dengan mamat tu. Mana mungkin hubungan hanya berhenti di perkataan abang. Mungkin, boleh jadi abang angkat?

            Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata lelaki di muka pintu itu. Tak semena-mena pandangan lelaki itu berubah. Mencerlung tak berapa tajam ke arahnya. Anak mata bergerak ke atas, ke bawah. Ke atas, ke bawah.

            See? Baru kata. Ingat dia seorang je yang ada mata.

            “Kenapa tak turun? Waktu rehat pelajar tak boleh ada kat kelas. Kau pergi turun sekarang,” Marwan pandang kosong pada tundingan jari lelaki itu ke arahnya. Mata melingas ke sekeliling kelas. Masih ada beberapa kepala yang tak turun ke bawah seperti yang disuruh lelaki itu.

            “Tapi ada yang tak turun?” mungkin kedengaran agak sarkastik, tapi niatnya hanya mahukan penjelasan kenapa hanya dirinya yang disuruh turun dan bukan yang lain juga.

            Adakah ini satu petanda bahawa sistem sekolah sebenarnya berat sebelah dan pilih kasih?

            Dapat dilihat dengan mata kasar bahawa lelaki itu merasakan kewibawaannya sebagai siapa-siapa dalam sekolah itu tercabar.

            Dan Marwan pun malas nak bergaduh. Lagi pula dia masih baru di sini. Nak pula mama pesan; enjoy and please make friend. Walaupun tak dinafikan yang mama suruh dia enjoy dengan hidup, tapi dia tahu yang mama tak teragak-agak nak piat telinga kalau mama tau yang dia cari lawan.

            Melintas melepasi lelaki itu, dia berhenti. Mata memandang ke arah si blazer biru. Kepala ditundukkan.

            “Sorry for my rude behavior,” mata turun ke bekas, masih ada dua biji isinya.

            Liur sekali lagi ditelan. Tapi dibuat selamba, dan melangkah keluar.

            Biarpun dia tersedar yang menjadi satu kebodohan untuk minta maaf pada orang asing bila buat salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience